Sunday, July 4, 2010

Petua bagi memudahkan bersalin

Tadi semasa aku sedang mencari-cari jamu yang sesuai untuk dalam pantang, aku terjumpa 1 petua bagi memudahkan bersalin. Cara-caranya taklah susah . Apa kata sesiapa yang tengah berbadan 2 sekarang ni kita try petua tersebut. caranya seperti dibawah:


  1. Membaca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempoh kehamilan.
  2. Amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus.
  3. Amalkan minum air lebihan suami.
  4. Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi.
  5. Amalkan makan buah kurma sepanjang tempoh kehamilan ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan seangkatannya/memudahkan laluan bayi/selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi disertai zikir/selawat.
  6. Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi.
  7. Kerap makan sayur bendi sebagai pelincir utk memudahkan bayi keluar
  8. Bagi kulit bayi bersih - amalkan makan buah epal dan minum susu/soya

11 comments:

TUKANG KATA said...

belum kahwin lg..tp i.Allah bakal ikut petua ni..tq info :)

cikmin said...

kita berusaha..tapi kalau akhirnya nanti tak mudah jugak..terima je ketentuan ALLAH SWT.. :)

p/s semoga yuka selamat dan mudah melahirkan..

yuka said...

Tukang Kata- lama lagi tu boleh ingat ker?

cikmin - iyerla cikmin kita berusaha jer...terima kasih diatas doa cikmin tu

kak long said...

dan jangan lupa..
minta ampum dan maaf dr suami...

dan sekiranya ibu kita berada jauh dr kita...telefon la..mintak ampun dan maaf dr dia juga..
mintak halalkan makan dan minum dr kedua-duanya...
insyallah lg mudah bersalin...

aNIe said...

Alamak yuka...kena bagi petua ni kat anak menantu pulak dah...hehehe

yuka said...

kak long - terima kasih diata stip tambahan itu.

kak anie - tak dapat bygkan cemana bila akak dah ada cucu..hik3

Cik Bucken said...

cik bucken ade member yg tgh tggu hari..akan cikbucken gtau tips2 ni kat die laju2!! ehehe ^_^

~ yus ~ said...

Petua berguna untuk semua wanita...terima kasih infonya. Sebahagian darinya memang di amalkan, sbhg lagi baru tahu, mcm makan buah kurma dan bendi tu..hehe

yuka said...

Cik Bucken- petua yang berguna sangat elok kita kongsi bersama...cepat bgtau member sebelum terlambat...hik3

yus - sama la yuka pun..minum air lebihan suami dan air hujubg rambut tu baru kali pertama jumpa petua tu..

anmy said...

bila harinya....?

anmy said...

bila harinya....?