Wednesday, January 28, 2009

Antara SP dan Jakarta

Tak lama lagi aku nak ke Jakarta. Bukan ada urusan kerja pun. Saja jer nak memberi sokongan moral kepada airasia yang telah bersusah payah membuat kempen tambang murah. Untuk ke Jakarta ni memang murah gler tambangnya. tambang pergi dan balik untuk 2 orang cuma RM140.00... Aku booking tiket ni dari tahun lepas. Sepatutnya aku pergi bersama cikmin dan pasangan tapi disebabkan mereka ada hal yang tak dapat dielakkan maka aku hanya pergi dengan suami. Sebenarnya aku pun cuak gak kot2 tak dapat pergi sebab aku booking tiket tu tanpa pengetahuan suami. Dari sehari ke sehari aku dok cari jalan cemana nak kasi tau hubby tu . Takkan aku nak kata menang peraduan kot. kompom la hubby aku tu tak percaya. Nanti kalau dia tanya peraduan apa yang aku masuk, apa aku nak jawab. takkan nak jawab peraduan teka kacang pulak....hehhehe. nak kata tiket tu santa clause yang bagi lg tak logik. Aku tu bukan takut sebab apa cuma risau kene berleter ngn hubby sebab masa booking tiket tu tak berbincang dengan dia dulu. Oleh kerana masa dah semakin suntuk malam tadi aku terpaksa berterus terang psal trip ke jakarta tu. Perbualan aku lebih kurang macam kat bawah ni la:

" abg kita pi jakarta nak tak?"

" bila?" tanya hubby aku

"16 Februari ni" jawab aku

" Kenapa tetiba jer nak pi Jakarta tu?" tanya dia lagi

" sebenarnya orang dah booking tiket ke jakarta tu masa dia buat offer dulu tu. Murah jer tiket tu 140 hengget jer pergi balik" jawab ku pulak.

" ooo kalau dah beli tiket kita pergi jer la" jawab suami aku.

chehh! senangnyer .Memang unpredictable betulla laki haku ni. Aku ingat dia nak membebel sebab aku memandai-mandai booking tiket semua tu. Kalau aku tau dia tak marah dah lama aku habaq kat dia.
Tapi kan kawan2 walaupun aku dah lega sebab kes ke Jakarta ni dah selesai tapi ada 1 lagi yang membelenggu fikiran aku ni. Sebabnya di samping booking tiket ke Jakarta ni pada masa yang sama aku jugak telah membooking tiket ke kuching pada bulan Julai nanti. Yang ni aku belum kasitau hubby... cemana ni ek? harap2 yang ni pun dia tak marah sebabnya apa yang aku buat bukan untuk kepentingan aku tapi semua tu demi kasih sayang aku kat keluarga sebabnya trip ke serawak tu aku bawak semua sekali. huahuahua...

5 comments:

Cikmin said...

http://redmummy.com/2009/01/28/senayan-city-aditya-mansions/

cuba refer kt sini psl transport..redmummy ni baru balik dari jakarta..dia dah tolong tanyer kan pak rusli tu..16hb mmg free..nnt min fwd no tepon..knor kena kol sendiri pak rusli ni.

yuka said...

cikmin- tq for the information yang amat berguna tu.

charadeGT said...

Hehehehe...G jln2 lg yer...Jgn lupa souvenier...Ahaks

SaraLily said...

Salam Yuka,harap Yuka & family sihat walafiat...lama gak intan tak jengok kat cni...so byk gak cerite baru...jakarta yek...mesti best...klu pasal jakarta tuh leh tanya kat CikMin kite yek...rajin die tu kesana...hehehe

yuka said...

LilySara - sorry yer lambat reply komen. sebenarnyakan yuka memang nak pi ngn cikmin tu.hehhee