Thursday, January 15, 2009

Jawab Tag Lagi...

Hari ni aku nak jawab tag yang diberi oleh Cikmin yang sangat pemurah. Banyak dah tag yg cikmin bagi yang belum berjawab. Bukan taknak jawab tapi adajer halangan. Macam nak jawab tag ni, masa lah penghalangnyer. iyerlakan bukan senang nak search kat google pastu nak tempek pulak kat sini. kalau yang pakar IT, Pakar ekonomi , jaguh sukan negara boleh la jawab dengan sekelip mata tapi bagi aku yang agak2 rabun IT ni memang ambik masa la sikit nak jawab. Pastu pasal tag gambar kawen tu halangannya ialah gambar kawen. Aku taktaula album gambar kawen ada kat mana. Puas dah selongkar lemari, cari bawah katil, cari kat kitchen kabinet tapi tak jumpa jugak. serius ni bukan raja lawak. Jadi aku nak tanya pendapat korang perlukah aku bersanding sekali lagi untuk menjawab tag itew?...ahaks.
Sebelum aku melalut meh la kita tgk tag yang aku buat dengan penuh kasih sayang sambil makan mamee express.
Ni peraturan dia :
"The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tagged 5 people."


( bab nak tagged 5 people yang aku lomah ni)


1) Next year i'm..




Uisk! biar betol aku ni dah masuk 37 tahun ( Tag ni aku dapat end of 2008 jd nxt year tu kira tahun 2009 la .....)


2) I really want to go to...


Nak Pi Mekah. Harap-harap aku dapat pi sana dalam masa terdekat....




Lagi satu aku teringin nak pi venice. Nak pi naik gondola kat sana. Sebabnya naik gondola kat genting hiland tu tak best....

3) My favourite place

Aku suka berjalan-jalan kat shopping kompleks. kalau dapat beli barang2 yang aku berkenan lagi aku suka....


Tempat yang paling best sekali untuk melepak.

4) My favourite thing..

Aku memang suka alat2 mekap ni. Tapi aku takder la mekap beria-ia.


Hp ni wajib suka la kan. Susah kalau takder hp ni. Tambahan pulak sekarang ni aku dah ada blog. Kalau takder hp ni susah la aku nak ambik gambar.

5) My Fav Drink


Aku suka minum air suam. wahh macam pura-pura jer kan.



Air kelapa lagi aku suka
Yang paling aku suka air fresh oren dgn apple juice


6) My fav food


aku suka makan cookies



Aku jugak suka makan pizza tetapi buat masa ini terpaksa di hentikan kegemaran ini sebab nak boikot benda2 yang ada kaitan dengan US


7) My fav color

Sekarang ni aku suka kaler yang coklat2 macam ni. Mungkin jugak faktor usia mempengaruhi kaler kesukaan aku ni.


Dari aku kecik2 sampai dah jadi mak budak aku masih suka kaler pink. Tapi aku tak la berhasrat nak beli kereta kaler pink macam dalam gambar tu.

8) I live in



Inilah daerah tempat aku tinggal sekarang ni. Ader sesaper yang penah datang sini?


9) I was born in


Haaa... jangan taktau aku ni dilahirkan di kota baru, Kelantan.


10) A nickname i had


Gambar nickname ni yang paling susah nak cari. macam yang korang tau kan yuka tu kan nick name aku. bila aku search images yuka kat google tu kuar macam2 gambau yg pelek2. gambau pompuan2 seksi gitu. Ada sesetengah tu aku sendiri takut nak tengok. Jadi aku pun terpaksa la berfikir dgn lebih kreatif. Gambar diatas adalah pakaian pompuan jepun yang di panggil YUKAta. Jadi ada lajuga nama aku kat situ kan. Ok judges boleh terima tak gambar tu? hehhehee.

11) My College Major

Adakah gambar ini menjawab soalan yang ke 11 itew?


12) My Bad Habit


Tabiat buruk aku ialah aku ni kadang2 macam malas jer sikit. Sebab tu lah tag ni pun lambat nak berjawap. ahaks...


13) My Hobby



Orang malas pun ada hobi ker? hehehhee. hobi yang sesuai untuk org malas apa lagi kalau tak menonton tv.




Walaupun aku malas tapi aku suka baca buku.


14) I Wish



Aku mengharapkan aku hidup sihat sehingga tua nanti tanpa dihinggapi oleh penyakit2 yang kronik.

Apa lagi yang diharapkan oleh manusia di mukabumi ini selain dari mempunyai keluarga yang bahagia. betul tak?


Fuhhhh! berjaya juga aku menjawab tag ini. 2 hari aku buat tag ini tau... hari pertama cari gambar jer. hari kedua baru tempek kat blog.






8 comments:

CikMin said...

siap ada description lagi tu..bagus2..tap part 'my fav place 'tu x upload gambar nyer....tang air suam putih tu..mmg berpura2 jek kan...hihihi...klu x berpura pun..cuma segelas mcm lam gambar tu jek leh minum...

pB said...

NewCastle area mana ??

yuka said...

Cikmin - sorry la cikmin gambar utk faveret place tu tertinggal la pulak. haritu dah amik kat google. tgklah kalau der pree time yuka masukkan ek? pastu bab air suam tu sekarang yuka tgh belajar untuke menyukainya..hehhehe

PB- map newcastle ker tu... isk2 cemana leh jadi camtu pulak. haritu yuka search map SP. ok nanti tukar map tu yer....

sya said...

Aha memang kaya cikmin tu arini.. org dok bayar utang tag aje

Azita said...

salam yuka... ingatkan nickname tu tadi "kimono"...hehehe.. sowi!

reena said...

*ihik* kite pon suke pink.. tapi kite pinky2 pon ganaz gak... *ahaks*

yuka said...

kaksya- yuka ada 2 lg utang tag cikin yg belum berbayar. nasib baik yg 1 tu cikin dah bersetuju untuk dihapuskira...kekkeke

Azita- salam. Hehehehe cute gak kan kalau guna nickname kimono. kalau org jepun ada beza kimono ngn yukata. tapi kita kat mesia ni bentuk mcm tu semua panggil kimono.

Reena - iyerker ganaz? maca tak percaya jer...

yuka said...

pembetulan sikit yer. sebenarnyer nak type cikmin tp js cikin pulak.
huruf 'm' suka tak lekat. ermm nak kena beli laptop baru ker ni ek...