Monday, January 12, 2009

Jalan-jalan Hujong Minggu....

Hari sabtu haritu aku & the family pegi central square (org sp tau la tempat ni) sebab nak merepair laptop hubby yg rosak. Pastu kan masa kat kedai tu ader la kawan hubby tepon nak jumpa dia pasal keja la kot. Aku malas nak pegi sama jadi aku dan anak2 stay jer la kat shopping complex tu. Sepemergian hubby aku tu kami (aku & anak2) pun meronda-ronda kat situ. then kami terjumpa booth untuk ambik gambar yang boleh buat sticker tu. Macam dalam gambar kat bawah ni. anak aku beria-ia ambik gambar kat situ. mulanya aku malas la tapi bila depa ungkit yang aku penah ambik gambar kat booth macam tu masa di jepun dulu2 tu maka aku pun ikut la jugak. sajala kan nak bagi anak-anak aku merasa benda2 macam tu. lagipun masa aku kecik2 dulu takder pun benda2 cam gini.


so kami pun masuk la ambik gambar dalam booth tu. Ingat kan 2-3 kali jer . rupa2nya kena ambik sampai 6 kali. Aku sampai dah taktau nak buat gaya cemana.

Inilah sebahagian gambar yang kami ambik. Gambar tu dijadikan sticker. bolehla lekatkan kat mana2. Gambar ni nampak blurr sikit sebab dia ada glitters. Jadi bila aku ambik semula dgn camera biasa nampak la mcm kelabu asap sikit tu. Tapi best gak la sesekali buat benda2 merepek macam tu. Nasib baik hubby aku takder masa tu kalau dia ada jgn harapla dia bagi buat benda2 merepek meraban macam tu.

4 comments:

CikMin said...

ok apa...mana ada meraban....eeeeee....

pB said...

dulu pB dok kat Jalan Ibrahim tu...

satu bangunan dengan mahkamah dan jab pendaftaran negara

yuka said...

Cikmin - ye ker tak meraban. boleh buat lg la kalau macam tu.hehhehee.


PB- ooo bangunan yang dekat jam besar tu kan.

~ yus ~ said...

sekali sekalai kak yuka. Buat seronok2 dengan anak2, ok aper. Kenangan tuh, mana ada merabannya..