Wednesday, December 31, 2008

Cuti-cuti Malaysia....Part 1

Tanpa disedari cuti sekolah hampir sampai ke penghujungnya. Sewaktu awal2 cuti aku sibuk dengan kerja. sekejap ke KL, sekejap ke langkawi takder masa nak bercuti dengan keluarga. Namun di penghujung cuti dapat jugak aku bercuti. Cuti ini telah dirancang oleh kakak2 aku. Kami bercuti beramai-ramai ( 4 beradik serta kuarga masing2) ke cameron highland pada 18 Disember. Pada 19 Disember pulak turun dari cameron kami telah ke teluk batik. Tidur 1 mlm di sana. Ini munkin kunjungan aku yang ke13 kot ke cameron hiland tu. Memang kerap sangatla aku pi sana. Taktau la sebab apa aku suka sangat pegi cameron. bezanya kali ini lebih seronok sebab ramai2. Kakak aku yg buat rancangan ni rajin masak. Jd di cameron tu kami sewa apartment yang ada dapur jadi boleh la masak2 kat sana. Siap buat steamboat lagi. selalunya kalau aku pegi sendiri memang lenggang kangkung jer. tau la aku ni kan. Sedangkan dirumah pun aku ngelat malas nak masak apatah lagi kalau bercuti-cuti macam tu.ahaks.

Diteluk batik tu pulak anak-anak memang seronokla sebab dapat mandi laut. Aku yang tak suka mandi laut pun tergoda jugak. aku pun ikut berendam dalam air laut tu sampai 2 jam. Nasib baik muka aku tak sunburned teruk. Balik dari teluk batik sempat la kami singgah di econsave manjung. kakak aku nak belanja makan cendol paling sedap katanya. Memang sedapla aku rasa. So kalau sesiapa yang tinggal berhampiran manjung bolehla pi try test tengok.



OK yang kat atas tu cuti-cuti mesia fasa pertama. Cuti fasa ke 2 pulak bermula pada 24 Disember 2008. Cuti kali ini ditaja oleh kelab kebajikan ofis aku. Tapi kena gak topup sikit. kiterang buat family day di Tiara Beach Resort , teluk Kemang. Bertolak pada 24hb Disember kol 11.30 malam dengan 5 biji/buah (Tak pasti la penjodoh bilangan yang sesuai) bas. Subuh2 lagi kitorang dah sampai negri9. selepas bekfes / solat subuh/ mandi2 ( ramai yang tak mandipun)kat hentian rehat kami pun mula bertolak ke PD. mula2 tu ke Muzium tentera di Lukut. Menarik jugakla kat situ macam2 benda ada untuk dilihat. Tapi aku letih sikit la kat situ sebab ebiboy aku tu buat peel takmau berjalan. Berpeluh aku mendukung ebiboy tu. Bila ayah dia nak dukung takmau pulak. fenat aku tau. Dah habis tawaf muzium tu kitorang dibawak ke pantai teluk kemang untuk makan tengahari ( yang ni self sponsored). Kat pantai teluk kemang tu aku tengok manusia punya la ramai. . Dah habis round2 teluk kemang kitorang pun bertolak ke tiara beach resort. Ini kali ke -2 aku ke situ jadi tak terkejut la sangat bila tgk kolam mandi dier yang luas tu. Anak2 aku pulak first time pegi situ memang depa seronok sangatla tengok tempat mandi macam tu. Kalau boleh turun dari bas terus jer diorang nak masuk kolam mandi tu. Lepas dapat kunci bilik kami pun carila bilik masing2 sebab nak rest. maklumla kan semalaman tido atas bas jer. Sebaik sahaja pintu di bukak tengok2 bilik tu belum berkemas daa.... potong stim betul la. lepas dah komplen dekat setengah jam baru la diorang datang kemas. Anak-anak aku pulak sampai jer bilik , tukar baju terus turun ke swimming pool. Dari tingkap bilik nampak la diorang dok mandi-manda tu jadi idak ler risau sangat. Best pulak nampak diorang tu mandi. Aku pun teringin gak nak mandi tapi apa kan daya aku tak bawakbikini pakaian yang sesuai untuk mandi. takkan nak pakai suar jeans lak kan. kalau bawak track bottom tu ok la jugak.
Keesokan harinya kami dibawa jenjalan ke melaka bandaraya bersejarah. kami ronda-ronda naik beca di banda hilir lepas tu gi mkn mekdi. Agenda seterusnya sepatutnya ker ayer keroh tp dibatalkan sebab ramai yang mintak balik terus ke hotel sebab nak sambung mandi yang petang semalam tu.
So masa kat hotel tu aku ni dah tak tahan dengan godaan pantai buatan tu lantas aku pun mengajak hubby ke hotel shop kot2 ada jual baju mandi yang sesuai untuk muslimah macam aku ni...ahaks. (bersambung)

Sunday, December 28, 2008

Kek anivesari

Glitter Photos
Kek dari CIkmin

Balik dari Bercuti terus buka blog sendiri pastu buka blog cikmin. Tengok ader kek untuk yuka sempena aniversari yang ke 14. Tq yea cikmin. sayang cikmin muahh!muahh!

Wednesday, December 24, 2008

Happy Anniversary......

25/12/2008 aku punya anniversary yg ke 14.
Rasa macam tak percaya jer tp itulah hakikatnyer. Semoga rumahtangga yang terbina ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat....aminnnn

p/s: 1. Cikmin nanti yuka jawab tag gambar kawen tu yer.
2. Aku sengaja buat entry ni awal sikit sebab pada 25hb aku will be away from
keyboard. so tak leh nak update.

Monday, December 22, 2008

Jatuh....

Psst!psst! meh sini aku nak bagitau korang 1 rahsia. Korang nak tau tak semalam kan aku dah jatuh. Bukan jatuh cinta atau pun jatuh tangga tapi aku terjatuh depan kedai daa.... malu giler masa tu. Cemana boleh jatuh? kesah dia begini, carpark kedai tu terletak kat kawasan yang tinggi sikit tapi betul2 depan kedai tu. Dari tempat parking tu aderla tangga dan jugak tempat turun yang tak bertangga( kalau bawak troli kena lalu ikut sini la). Sekali tu aku malas nak guna tangga. Dengan gaya lenggang kangkung dan ala2 catwalk aku pun turun ikut jalan troli tu. Sekali tu kasut aku licin la. terus aku jatuh terduduk( macam nangka busuk daa ). Malu wooo. Aku terus bangun cepat2 dengan harapan takder orang nampak. Tapi impossible la orang tak nampak sebab depan kedai tu jer. Aku pulak masa tu pakai baju kurung kaler merahnya makngah, Kalau lembu buta tengok pun nampak aku terjatuh tu. Tapi aku tetapla kontrol cun gitu. Masa aku bangun tu nampak la 1 couple tengah menolak troli kearah aku. Aku tengok muka depa tu slumber jer macam takder aper2 yang berlaku. Namun begitu aku taula dalam hati depa tu gelak guling2 kat aku yang jatuh ni. Silap haribulan masuk jer dalam keter mesti depa laki bini pakat2 gelak sakan kat aku. Kesian aku kan? Itu jer la gossip yang aku nak bagitau kat korang. Jangan bagitau sesaper tau. ekekeke.

Sunday, December 21, 2008

Roti Nasi...

Salam... jumpa lagi kita setelah lama aku menyepi. Sebenarnyer lately ni aku bz sangat. biasala kan year end macam ni. Hari ini aku nak cerita pasal roti nasi yang aku buat. actually aku telah dicabar oleh cikmin suruh buat benda ni. Lagipun mana aci asyik cikmin jer dok tayang roti nasik dia kat blog. aku pun nak la tunjuk skill gak. so meh kita tengok jadi ke idak.

Langkah pertama kena la uli doh tu. Kat dalam gambar ni tangan aku yang sedang menguli doh roti nasi dengan penuh kasih sayang. hehehhehehe..... Lenguh gak uli doh tu walaupun sikit. ermm lepas ni kenala beli bread maker...





Setelah penat menguli doh itu dibiarkan selama 1 jam. Lepas 1 jam dia akan jadi macam dalam gambar ni. Nampak gebu jer kan....

Lepas tu aku pun lilit2 doh tu di sosej macam yg dibuat oleh cikmin. setelah siap aku pun bakar dalam oven.
Hasilnya....


Tadaaaa........ tidak mengecewakan


Ini trip yang ke 2. kaler dia light sikit sebab yang ini aku bakar dalam microwave oven .
Tak sampai 30 minit habis roti nasik aku tu.
So cikmin ada lagi ke resipi yang nak cabar yuka buat?











Saturday, December 13, 2008

Harini aku malas nak update sebab takdak idea la nak cerita tapi since ada peminat tegar aku yang tanya bila nak update maka terpaksa la aku update . Untuk itu aku hanya akan berkongsi apa yang aku jumpa dekat blog kawan2 yang aku melawat td. Yang ni tentang peribahasa ala karam sing walia. munkin korang pun penah baca peribahasa ni kat mana2 tapi buat2 la macam tak penah baca. kesian aku tau penat2 aku kopi pes peribahasa tu ke blog aku ni.huhuhu. Meh kita baca sama-sama.....

karam singh walia - ayat power

1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah
2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macamrambutan
3. Tiada rotan, pelempang berguna juga
4. Biar lambat asalkan tak cepat
5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi
6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula
7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar
8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock
9. Secupak takkan jadi 18 cupak
10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit, manusia mati meninggal dunia
11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.
12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap
13. Alang-alang mandi biar guna sabun
14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras
15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun
16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang.... bisu
17. Hidup segan mati di tanam
18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa
19. Lembu punya susu cap teko dapat nama
20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis
21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut. (beli la pukat tunda lagi baik)
22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa
23. Membujur lalu melintang pukang
24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan
25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut
26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili
27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah!!
kuang..kuang..kuang

Wednesday, December 10, 2008

Selamat Hari Raya Haji

Rasanya belum terlambat yuka nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada pembaca blog yuka-luv. Kalau kat tempat yuka orang panggil Raya Haji. Mulanya malas dah nak buat entry pasal raya haji ni sebab dah lepas. Tapi bila yuka buat lawatan ke blog kawan-kawan semua bercerita pasal raya haji ni so yuka pun takmau kalah la kan. hehehehe

Since awal tahun ini aku dengan rasminya bergelar anak yatim piatu maka secara otomatik jugak giliran balik kampung untuk hari raya di mansuhkan. Untuk tahun ini dan tahun tahun tahun tahun akan datang aku beraya di kg suami jer la. Raya haji baru2 ni kami balik kampong awal. Pagi2 sabtu lagi org gaji mak mertua aku dah tepon tanya pukol baper kitorang sampai. sebab dia nak bajet byk mana nak masak. Sebenarnyer bukan jauh mana pun kg suami aku tu. dari rumah aku 30 minit dah sampai. huhuhu. takder feel balik kg pun. kalau balik kg sesambil dengar radio tak sempat 5 lagu dah sampai ( kan iklan kat radio tu lama). Berbalik kepada cerita balik kg taditu pada hari raya haji baru2 ini kami yang pertama sekali sampai. besttt. Nak tau kenapa aku suker jd yang pertama sampai? Sebabnyer ialah rumah MIL aku tu guna konsep first come first serve. sapa sampai awal dapat la bilik yg 5 bintang.Bilik ni jadi rebutan sebab ada ekon, tv dan bilik pun besar. Tahun ini bilik ni jatuh ke tangan aku. hehehhe suker akak tau.



Sehari sebelum raya semua dah balik kecuali seorang abang ipar aku yang beraya di rumah MIL dia. Suami aku ada 10 beradik jadi korang bayangkan lah 10 orang tu semua dah kawen dah jadi 20 campur anak2 lagi. campor mak/pak mertua lagi campur org gaji aku dan org gaji mak mertua aku lagi. Aku rasa dekat 60 orang kot dalam rumah tu. memang meriah giler la. macam ader kenduri. Kalau nak masak apa2 tak boleh buat sikit. Macam haritu kitorang buat ketupat daun palas sampai 2 gantang beras pulut. Nasib baik la anak, menantu, cucu pandai balut ketupat. Menantu yang tulis blog ni pun baru setahun 2 ni jer pandai balut ketupat.huhuhuhu. Kalau dulu2 kalau aku buat ketupat memanjang jadi ketupat betina. Sekarang dah terer walaupun teknik aku tu tak sama dengan yang MIL buat. Untuk kuah ketupat pulak kakak ipar aku cadang buat dengan daging itik nila ( aku taktau la kat tempat lain panggil itik nila tu apa tapi yang pasti itik nila ni bukan itik angsa yang leher panjang tu). Abang ipar aku beli 5 ekor itik dengan harga rm117.oo Frust jugak aku sebab aku ni tak makan itik . Tapi nak buat cemana kan. Kena ikut jer la. aku ni kan menumpang jer. isk..isk..isk sedeh nii. Memandangkan ketupat yang nak dibuat tu banyak dah tentulah ianya mengambil masa yang lama. Dah lama macam tu tentula macam2 topik yang jadi bualan. topik yang hangat masa tu dah tentu la kes tanah runtuh kat bukit antarabangsa tu. Lepas tu kisah makcik wook pun masuk jugak dalam topik perbincangan. terer makcik tu kawen sampai 22 kali. Tak ketinggalan jugak isu rambut rebonding aku ni .ekekekkeke. kakak ipar aku tu siap tanya rega pastu buat kat mana. sampai naik segan aku tau. Aku bagitau ngn kakak ipar aku tu kos nak buat rebonding tu sama dengan rega 5 ekor itik yg diorang nak buat rendang tu. hahahhaa. memang fakta ni.

Hari Raya Haji tu macam biasa la . AKu tak pergi semayang kat masjid pun. Takder geng. ajak kakak ipar dia kata pegi tahun depan jer lah. hrmmm. aktiviti masa raya di rumah MIL tu makan...makan....makan dan makan saja. Sampai aku rasa badan aku ni dah berat sangat. Lepas raya ni aku berazam nak kurus kan badan . aku nak kurangkan makan. aku nak buat eksesais banyak2.

Hari Raya ke 2 aku dah ada kat rumah sendiri. Aku buat laksa. Punyala sedappppp. tak sangka aku pandai masak.hehehhehee. ( angkat bakul sendiri nampak). Tapi yang ni memang fakta. laksa yang aku buat tu sungguh sedap. Rugi la sapa yang tak rasa.

Hari rya ke 3 pulak aku dah masuk ofis. ujong tahun gini keje memang banyak. keje atas meja aku pun banyak. tapi baru buat separuh jalan sistem down syndrom pulak. tak leh nak buat keje. tapi bagus jugak dapat la aku buat posting pasal raya ni. hehehhehee
Akhir coretan Selamat Hari Raya Haji. kepada yang merantau dan raya sensorang tu jangan sedeh2. Hayatilah pengertian korban tu. hehehhhehehe.

Friday, December 5, 2008

Rebonding....guna jari pun bolehhhh

Hari ini aku cuti. Hubby lak pegi kl. So oleh kerana bosan kat rumah aku pun pegi la buat rebonding rambut. Memang dah lama aku nak try teknik ni tapi selalu takder masa. sebab nak buat benda ni amik masa lama. Itupun sebelum aku pegi kene berleter dengan anak (dah terbalik pulak) sebab sebelum tu dia mintak duit yuran tusyen kelas piano tapi aku cakap takder duit, aku suruh dia mintak ngn daddy diorang. tetiba dia tengok aku nak pegi buat rebonding ni. terus dia kata macam ni:



" Mummy ni tadi nayli mintak duit kelas piano mummy kata takder duit. Ni nak pi buat rebonding ada duit pulak. Rebonding tu lagi mahal. Orang bagi duit untuk anak belajaq dulu"



isk..isk..isk adeh la kena aku sebijik. Tapi aku jawab balik macam ni:



"Ala duit piano tu petang ni ker esok2 ker pun boleh. Rebonding kene buat sekarang. Kalau daddy ada nanti dah tak bley pi buat". hehhehehe adakah aku seorang ibu yang selfish? lu pikir la sendiri. ahaks.

Memang lama sungguh buat benda tu. Dari pukol 12.30 sampai pukol 4.30 baru siap. Hingga sakit belakang aku sebab terlampau lama duduk. Adakalanya aku dudk bersila atas kerusi . Ada ketika tu siap bertimpuh lagi sebab dah taktau nak duduk cemana nak bagi selesa. Bab lapar tu tak usah cakapla. Memang berbunyi-bunyi perut aku. Hambik kau nak buat sangat rebonding tu. Hasilnya? hrmm sikalang ah muka aku sudah itu macam pelempuan cina maa.....

Thursday, December 4, 2008

Kursus...kursus...

Bulan November lepas aku pergi kursus di Pulau Langkawi. Aku memang suka sangat kalau kena berkursus atau pun bermeeting di Pulau Langkawi. Walaupun ini mungkin merupakan
kunjungan aku yang ke 59 ke Pulau Langkawi aku tetap teruja nak kesana. Kali ini tempat kursus diadakan di Hotel Helang nun di padang matsirat . jauh tu dari jeti. Kalau yg dtg dgn flight tu memang ok la sebab hotel tu sebelah airport. Sebenarnya aku sendiri tak penah ke hotel tu. cemana rupa hotel tu pun aku taktau. menurut kata kawan aku ( dia pun dengar cerita orang ). hotel yang aku nak pegi tu banyak nyamuk. Nak tido pun tak selesa. Tak dapat aku bayangkan cemana rupa hotel itew. Tapi tak kisahla kan. bukan nak kene bayar pun. so masa dalam teksi tu aku dok imagine cemana la rupa hotel tu. Sebaik jer sampai dekat hotel tu terjawab la persoalan aku. Ini lah rupa hotel tu. tadaaa.....




Ini entrance hotel tu....

( berkata jugak aku dalam hati takkan hotel besar macam ini pun banyak nyamuk)




Luasnya bilik.... first time aku pi kursus dpt bilik besar macam ni.
Bilik air dia pun besar tapi aku lupa nak ambik gambar.




Ini pulak gambar lobi dari tingkat 1. memang spacious betul la.

Kesimpulan kat sini ialah fakta yang aku terima tentang hotel tu memang tak benar sama sekali.




Kursus di langkawi tu berjalan dengan lancar. walaupun agak membosankan pada mulanya. Mana la tak bosan penceramah tu cakap lambat sangat. Pastu dia tu pulak statik jer kat depan tu. Memang aku betul2 bored to death. i tell you.(teringat pulak komen hattan masa konsert af3) . Apa yang pasti keburukan berkursus di Langkawi ialah walaupun tempat yang disediakan cukup selesa, cukup aman dan tenteram tapi peserta tak dapat nak bg tumpuan sebabnya jiwa diorang tak tenteram dan dalam hati bergelora kerana diseru-seru oleh kedai Idaman suri dan hj ismail grup.hehhehehe. Diorang ni pulak kan kalau beli tu sampai tak hengat. Kalau boleh 1 pulau tu diorang nak hangkut. Aku bukan nak main tuduh2 sembarangan. kalau tak percaya cuba tengok gambar kat bawah ni.





Ini la barang2 yang dibeli. Datang kursus bawak sorang 1 jer beg. Time nak balik beg tu dah beranak pinak jadi 2-3 beg sorang. Nasib la aku tak K.O di timbus oleh beg2 itew.



Beg aku pun beranak jugak. tapi anak kecik jer hehehehee. Ini jer yang aku beli untuk diri sendiri masa pegi Langkawi tempohari. Yang lain2 tu aku cuma beli cekelat dan cashew nut.


Aku balik dari kursus hari jumaat. Hari Hari ahad lepas tu aku kursus lagi. Tapi kali ini di INTAN sg. petani jer. Jadi aku berulang -alik hari2. Tak habis2 dengan kursus. Bila tak habis2 kursus maka aku pun tak berenti-renti makan. bila tak berenti-renti makan maka badan aku pun dah terasa berat. Pipi aku dah makin tembam. sampai ada teman2 yang tegur. AKu perlu lakukan sesuatu . MUlai lepas hari raya haji aku akan mendisiplinkan diri aku untuk melakukan senaman supaya badan aku tidak menjadi bertambah berat.huhuhu.










Lambat

Korang nak tau tak? Hari ni kan ada orang tu bangun lambat. tido sampai terbabas. Bila terjaga tengok2 dah cerah kat luar tu. Tengok jam dah pukul 7.35 pg. Mula2 tu ingatkan hari ini hari minggu rileks jer la. pastu baru teringat harini bukan hari minggu. Apa lagi terus melompat bangun macam spring. ekekekke. (kalau suruh lompat bergalah pun boleh lepas rasanya.) Jadi harini ini orang tu sampai lambat di ofis. Tapi yang tak best tu kan masa sampai tu boss tengah dok sembang2 dgn 2-3 pegawai di lobi ofis tu. Kantoi la. Masa datang awal takder pulak boss nak menyembang-nyembang kat lobi tu. Menci tau...

Sunday, November 23, 2008

Jalan-jalan Kl

Dalam entry yang lepas aku ada cerita pasal hotel yang aku check in masa kat kl. Ni aku nak cerita pasal trip ke kl tu la. Memang best bila sesekali ada keje di kl sebabnya dapat la aku pegi rumah kakak aku dan aku juga dapat jumpa kawan2 yg ada di kl. Hajat hati nak jumpa cikmin di bentong tapi hubby dah tak sabar-sabar nak balik kedah. Biasala keje sendiri macam dia tu tak leh nak tinggal lama-lama. Walaupun nak cuti tu bila2 masa pun boleh.


Sebelum bertolak ke kl haritu suami aku sempat jugakla meninjau pekerja2 di tapak binaan.



Ni pulak view dari tingkap hotel yang aku duduk tu. Lawakan pemandangan dier. Nampak la awan kelabu di puncak bangunan pencakar langit.


Yang ni pulak gambar di dataran merdeka. (Semasa di kl haritu sepatutnyer sebilik 2 orang tapi tah cemana roommate aku tak datang. Malam yg mula2 tu aku tido tak lena sebab takut. aku ni memang trauma sikit kalau tido sorang2 kat hotel. Mula la aku dok pk yang bukan2. Jadi hari yg ke 2 aku mintak hubby datang temankan aku di hotel. Anak-anak tak nak ikut sebab diorang lagi suker stay di rumah kakak aku sebab boleh main dgn kazen diorang.) Kebetulan malam tu takder aktiviti jadi aku dan suami pun meronda-ronda kat kl. Bila sampai kat dataran merdeka nampak org tengah buat raptai untuk sambutan Melaka bandar warisan. so kitorang pun berhenti sekejap kat situ.


Hari jumaat tu lepas check-out aku terus ke puchong sebab nak jumpa kawan aku yang kat dalam gambar ni. Dia ni kawan aku sejak di form 1. Dulu dia kerja kat MBF tapi sekarang ni dah berhenti buat bisnes laundry. dulu ada 1 kedai sekarang dah ada 2. caya lah. Dah jadi tauke.
Dalam gambar tu kitorang kat kedai makan Ipoh Station. Kedai tu ala2 old town la jugak. banyak barang2 antik ada kat situ.

Yang ini pulak tempat mandi kat presint 9. Dalam gambar tu anak2 aku dan anak sedara sedang mandi manda. Ebiboy aku tak dibenarkan mandi sebabnya dia nak mandi berbogel. puas pujuk suruh pakai seluar dia taknak jugak. akhirnya terpaksa hantar dia balik rumah. kesian dia menangis-nangis nak mandi. apa nak buat kan . mana boleh mandi bogel kat tempat publik macam tu.hehehhee.

Lepas ni aku kene kursus di langkawi pulak.. yahooo i likeeeeee. boleh soping2 maa. gaji pun dah masyukk time tu.

Saturday, November 22, 2008

Hotel oh hotel

Baru-baru ni aku ke kl sebab ada tugas di sana. Semasa di KL tu aku stay di Hotel Grand continental. Dari awal lagi aku dah agak mesti tak best punya hotel ni. Sebab tiap kali aku stay di hotel ni tak kira la di negeri mana pun mesti ada benda yang tak memuaskan. Macam baru-baru ni lif hotel ni punya la lembap dan lambat macam siput 'tutt' dah la guest ramai. Jenuh berakar umbi tunggu lift tu bila kena time peak hours. waktu pagi dan tengahari orang berebut-rebut nak masuk lift ( orang lain yer tuan2 dan puan2. aku tak buat keje macam tu.hehehhe). sampaikan pekerja hotel terpaksa menjaga depan pintu lift tu. Scene masa tu sama macam dalam citer titanic. yang mana org berebut-rebut nak naik safety boats. Itu bab lift. Bab network connection pun sama gak. mahal betul diorang caj. 1 jam 10 hengget. Nasib baik la cikmin bagi idea kat aku suruh gunakan celcom daily broadband. rm6 for 24 hours. kalau ikutkan aku memang tak terpk pun nak guna broadband tu. Kalau pk pun aku tak reti nak guna. setelah diberi guide oleh cikmin maka dapatla aku bertenet. Thanx yer cikmin. lepas ni cikmin jadi blog engineer merangkap network consultant.hehehehe . Kalau hotel kat sp ni walaupun yang cokia2 jer kebanyakan boleh tenet free jer. keje aku tu selesai hari jumaat. Tapi pihak penganjur dengan baik hati bagi aku stay lagi 1 mlm di hotel tu supaya aku dapat bawak anak2 aku jenjalan sebab alang2 dah datang kl.

Sunday, November 16, 2008

Tag

Tag - My work station


Rules:snap work station andathen... taruk link blog anda kat bawah gambar work station anda...iaitu bersebelahan dengan link-link blog yang ada..tengok contoh yang dibuat nih...begitulah seterusnya sampai bila-bila, ok...sekiranya tag ini berkembang... pasti akan ada banyak link-link di bawahnya...kalau tak... terencat la dia... ha ha ha...lastly...tolong pass tag ini pada tujuh (7) blogger lain...pass la pada siapa-siapa..


Inila rupanya workstation Yuka. very the berselerak. Tag ni CikMin yang hadiahkan kat yuka. Dan dia bg masa 30 minit untuk jawap. hadoi kejam sungguh. Jadi terpaksa la buat jugak. Dan-dan tu jugak yuka ambik gambau. atas meja tu ada 2 komputer. Macam rajin benau buat keje. sajer jer tu nak menunjuk kerajinan.ahaks. Tapi kan yuka tak reti nak letak link kat bawah gambar seperti yang tertulis di rules and regulation tu. Harap2 blog engineer yuka dapat la membantu yuka dalam hal ini. tq. Harap-harap cikmin berpuashati dengan jawapan tag ni. hehehhe

p/s: cikmin ingat tak dulu tag yang cikmin bg? sampai sekarang lom jawab. Agak-agak boleh hapuskira tak yang tu?huhuhu

Pecah

Pukol 7 pagi semalam semasa suami nak masuk kedala kereta dia ternampak cermin tingkap belakang sebelah penumpang telah dipecahkan. Ini adalah kali pertama cermin kereta dipecahkan dikawasan rumah aku. Selama ini memang dah bertahun kereta letak diluar tapi tak berlaku kejadian sebegini. Sebenarnya penat jer pun pencuri tu pecahkan tingkap tu sebab tak ada duit pun dalam tu. Dokumen yang ada dalam kereta tu pun hanya berharga untuk suami aku. kalau orang lain nak guna tak laku pun. Smart tag yang ada dalam tu pun tak diambil. Mungkin tak sampai. Kalu mereka buka pintu depan dah tentu alarm akan berbunyi. Nasib baik malam tu kereta suami aku tu yang ada kat luar kalau keter yang aku naik selalu tu tak ke naya. dah la haritu tukar cermin depan pun dah beribu. Nampak gayanya selepas ini semua kereta kena sumbat masuk dalam kawasan rumah. Biar mereka berhimpit macam sardin dalam tin.


Ini la rupa kereta yang telah dipecahkan. Dalam tu ada beg dokumen. agaknya mereka ingat dalam beg itew ada laptop kot. Kesian mereka disangka ada notebook tapi yang ada hanya buku nota.hehehehehehe.

Ini pulak kereta jiran aku. kereta dia pun di pecahkan pada malam yang sama. sama seperti kereta suami aku tu, dalam kereta ini takder pun benda yang berharga.


Dokumen dan segala barang yang diambil dari kereta suami dan kereta jiran di buang tidak jauh dari rumah kami. Nasib baik segala sijil2 kepunyaan suami aku tu tidak di koyak. cuma basah sikit sebab malamnya hujan. Setengah dari barang2 ada dalam longkang.


Oleh kerana kereta yang di luar tu dah dipecahkan, suami aku terpaksa la guna kereta lain. Kereta kembara ni dah lama tak diguna. Jadi bila nak start tu susah la sikit. terpaksala buat jump start. (betul ke istilah tu?)
Malam tadi semua kereta berjaya di masukkan dalam kawasan rumah. Ada yang senget ke kiri dan ada yang senget kekanan. Dah macam used car punya tempat la pulak kawasan rumah aku.

Saturday, November 15, 2008

Outstation

harini aku ke ofis walaupun hari sabtu. rajin kan aku? hehhehe. sebenarnya aku terpaksa merajinkan diri ada maklumat yg diminta oleh HQ yang perlu dihantar esok. Hujung2 tahun begini memang time yg paling bz utk saper2 yg kejer bhg akaun macam aku ni. Sampai ofis aku terus buat kerje dengan tekun. tetiba aku ternampak surat yg baru di fax hari jumaat lepas atas meja aku. Surat tu kata aku kena jadi penceramah/fasilitator kat KL. Ish cemana ni baru 3-4 hari lepas aku dapat surat kene pegi kursus kat langkawi. Walaupun tarikh tak sama tapi selang beberapa hari jer. pasal kursus tu pun aku lom bagitau kat hubby ni dah kene gi kl lak. Nak bagitau hubby tu pun kena ada kaedah yang sesuai gak walaupun dia akan bagi pada akhirnya tapi yang awalan tu macam2 la alasan dia bagi supaya aku tak pegi. itu satu hal. yg masalah sekarang ni aku kena jadi penceramah. apa aku nak cakap sedangkan modul kursus tu diorang lom bagi. Haritu kata nak bagi tapi janji tingggal janji jer. ( macam penah ku baca ayat ni tapi di mana yea?)
Berita terkini: pagi td sepatutnya aku ke ofis awal. tapi disebabkan keter suami aku telah dipecahkan cerminnya maka jd lambat aku ke ofis. Mula tu ingat nak buat entry kejadian tu tapi pospon dulu sebab pic kejadian belom di upload.

Thursday, November 13, 2008

Berakhirnya satu penantian...

waaah! tengok tajuk tu macam tragis jer.hehehee. Sebenarnyer takder la penantian apa sangat pun. Cuma entry ni berkaitan dengan entry yg sebelum ni tentang keputusan UPSR anak aku. Awal pagi tadi akau dah berjumpa dengan pegawai peperiksaan di ofis aku untuk mengetahui keputusan anak aku tu. Kalau nak tunggu dia ambik kat sekolah lambat sangat. Pukol 10 baru dapat mana larat nak tunggu lama2. Keputusan anak aku seperti yang telah aku ramalkan Jadi aku tak la kecewa ataupun pengsan bagai. Namun begitu aku sedikit terkejut apabila subjek BM Penulisan dia dapat B. seingat aku dia tak pernah dapat B dalam ujian dan lain2 peperiksaan. Biasanya dapat C atau D jer. Kali ini aku menjangka dia akan dapat C rupa-rupanya B. Masa bulan puasa haritu aku terjumpa kad raya yang nak dihantar kepada kazen dia tapi tak jadi. Bila baca apa yang dia tulis dalam kad tu aku tak boleh nak bayangkan cemana dia buat karangan semasa upsr. Walaupun cuma 5-6 ayat aku rasa macam nak guling2 atas lantai sebab kelakar sangat bunyi ayat dia tu. Walaubagaimanapun aku tetap bersyukur dengan pencapaian anak aku walaupun hanya mendapat 4B1C. Memang setimpal la dengan dia yg tak berusaha tu.

Wednesday, November 12, 2008

satu keputusan

esok 13 November 2008 keputusan upsr akan diumumkan. Seperti ibu2 yang lain aku rasa berdebar jugakla walaupun aku tak meletakkan harapan yang tinggi. Apapun keputusan tetap diterima dengan hati yang terbuka. Nak buat cemana lagikan. Ramai yang kata kebanyakkan anak lelaki mmg macam tu. Masa awal2 ni tak cemerlang bila di sekolah menengah baru nak menonjol. mengikut sejarah keluarga aku pun memang macam tu. contohnya macam abang aku masa peperiksaan penilaian darjah 5 dapat 1 A jer tp result srp dan spm cemerlang. dapat belajar kat US. yang aku ni pulak periksa penilaian dapat 5A tapi takder la masuk U pun. Takat ITM jer. Aku ingat lagi masa aku darjah 5 sehari sebelum keputusan periksa diumumkan aku di panggil ke bilik guru besar. masa tu waktu persekolahan hampir tamat. GB tu kata hari itu dia nak hantar aku balik. Basikal aku pun di suruh kawan aku yang tolong bawa balik. Gb tu kata nanti dia nak cium pipi aku sampai merah depan mak ayah aku. masa tu aku punya la takut. tapi tak berani nak kata apa2. setau aku GB tu baik dan dia kenal arwah mak aku ( mak aku ajk PIBG takkan dia nak buat benda pelek2 kot. Sepanjang perjalanan tu aku memang takut dan berdebar-debar. rumah aku tu pun rasa jauh sangat. Hati aku rasa lega yang teramat bila dah sampai rumah. Sebaik sahaja masuk ke dalam rumah Gb tu pun menceritakan hal yang sebenar kepada parents aku. Dia kata hanya aku seorang yang dapat 5A. sebab itu dia nak hantar aku balik rumah sebab nak menyampaikan sendiri berita gembira itu kpd parents aku. katanya cikgu2 lain pun dia belom bagitahu kerana katanya parents aku lebih berhak tahu terlebih dahulu. Baik sungguh GB aku tu.
Keesokannya sewaktu perhimpunan GB mengumumkan keputusan peperiksaan. Biasalakan dia akan mulakan yang dapat A sikit dulu baru yg 5A. oleh kerana aku dah tau keputusan awal sehari jadi tak la rasa suspen. Sekarang ni aku tengah suspen tunggu result anak aku tu. Selain anak aku, 3 anak sedara aku jugak mengambil peperiksaan upsr. salah seorang darinya aku yakin akan dapat 5A.

Sunday, November 9, 2008

Mukaddimah

welcome to the blog.
Maaf yer belom ada entry.
Segala kesulitan amat dikesali.