Wednesday, December 10, 2008

Selamat Hari Raya Haji

Rasanya belum terlambat yuka nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada pembaca blog yuka-luv. Kalau kat tempat yuka orang panggil Raya Haji. Mulanya malas dah nak buat entry pasal raya haji ni sebab dah lepas. Tapi bila yuka buat lawatan ke blog kawan-kawan semua bercerita pasal raya haji ni so yuka pun takmau kalah la kan. hehehehe

Since awal tahun ini aku dengan rasminya bergelar anak yatim piatu maka secara otomatik jugak giliran balik kampung untuk hari raya di mansuhkan. Untuk tahun ini dan tahun tahun tahun tahun akan datang aku beraya di kg suami jer la. Raya haji baru2 ni kami balik kampong awal. Pagi2 sabtu lagi org gaji mak mertua aku dah tepon tanya pukol baper kitorang sampai. sebab dia nak bajet byk mana nak masak. Sebenarnyer bukan jauh mana pun kg suami aku tu. dari rumah aku 30 minit dah sampai. huhuhu. takder feel balik kg pun. kalau balik kg sesambil dengar radio tak sempat 5 lagu dah sampai ( kan iklan kat radio tu lama). Berbalik kepada cerita balik kg taditu pada hari raya haji baru2 ini kami yang pertama sekali sampai. besttt. Nak tau kenapa aku suker jd yang pertama sampai? Sebabnyer ialah rumah MIL aku tu guna konsep first come first serve. sapa sampai awal dapat la bilik yg 5 bintang.Bilik ni jadi rebutan sebab ada ekon, tv dan bilik pun besar. Tahun ini bilik ni jatuh ke tangan aku. hehehhe suker akak tau.



Sehari sebelum raya semua dah balik kecuali seorang abang ipar aku yang beraya di rumah MIL dia. Suami aku ada 10 beradik jadi korang bayangkan lah 10 orang tu semua dah kawen dah jadi 20 campur anak2 lagi. campor mak/pak mertua lagi campur org gaji aku dan org gaji mak mertua aku lagi. Aku rasa dekat 60 orang kot dalam rumah tu. memang meriah giler la. macam ader kenduri. Kalau nak masak apa2 tak boleh buat sikit. Macam haritu kitorang buat ketupat daun palas sampai 2 gantang beras pulut. Nasib baik la anak, menantu, cucu pandai balut ketupat. Menantu yang tulis blog ni pun baru setahun 2 ni jer pandai balut ketupat.huhuhuhu. Kalau dulu2 kalau aku buat ketupat memanjang jadi ketupat betina. Sekarang dah terer walaupun teknik aku tu tak sama dengan yang MIL buat. Untuk kuah ketupat pulak kakak ipar aku cadang buat dengan daging itik nila ( aku taktau la kat tempat lain panggil itik nila tu apa tapi yang pasti itik nila ni bukan itik angsa yang leher panjang tu). Abang ipar aku beli 5 ekor itik dengan harga rm117.oo Frust jugak aku sebab aku ni tak makan itik . Tapi nak buat cemana kan. Kena ikut jer la. aku ni kan menumpang jer. isk..isk..isk sedeh nii. Memandangkan ketupat yang nak dibuat tu banyak dah tentulah ianya mengambil masa yang lama. Dah lama macam tu tentula macam2 topik yang jadi bualan. topik yang hangat masa tu dah tentu la kes tanah runtuh kat bukit antarabangsa tu. Lepas tu kisah makcik wook pun masuk jugak dalam topik perbincangan. terer makcik tu kawen sampai 22 kali. Tak ketinggalan jugak isu rambut rebonding aku ni .ekekekkeke. kakak ipar aku tu siap tanya rega pastu buat kat mana. sampai naik segan aku tau. Aku bagitau ngn kakak ipar aku tu kos nak buat rebonding tu sama dengan rega 5 ekor itik yg diorang nak buat rendang tu. hahahhaa. memang fakta ni.

Hari Raya Haji tu macam biasa la . AKu tak pergi semayang kat masjid pun. Takder geng. ajak kakak ipar dia kata pegi tahun depan jer lah. hrmmm. aktiviti masa raya di rumah MIL tu makan...makan....makan dan makan saja. Sampai aku rasa badan aku ni dah berat sangat. Lepas raya ni aku berazam nak kurus kan badan . aku nak kurangkan makan. aku nak buat eksesais banyak2.

Hari Raya ke 2 aku dah ada kat rumah sendiri. Aku buat laksa. Punyala sedappppp. tak sangka aku pandai masak.hehehhehee. ( angkat bakul sendiri nampak). Tapi yang ni memang fakta. laksa yang aku buat tu sungguh sedap. Rugi la sapa yang tak rasa.

Hari rya ke 3 pulak aku dah masuk ofis. ujong tahun gini keje memang banyak. keje atas meja aku pun banyak. tapi baru buat separuh jalan sistem down syndrom pulak. tak leh nak buat keje. tapi bagus jugak dapat la aku buat posting pasal raya ni. hehehhehee
Akhir coretan Selamat Hari Raya Haji. kepada yang merantau dan raya sensorang tu jangan sedeh2. Hayatilah pengertian korban tu. hehehhhehehe.

3 comments:

Cikmin said...

hu..pjg sgguh n3...sume kuar cite ek..psl mawikikin x kuar ke?hehehehe....

yuka said...

cikmin- citer mawi ekin tak masuk sebab citer makcik wok tu lagi sensasi.huahahaha

Sya said...

Yuka .. kat kampung kak sya pun panggil itik nila, itik yg bulu dia ada kaler2 biru tuh..

Nak gak tenguk rambut yg cam harga 5 ekor itik tu he he he