Monday, December 22, 2008

Jatuh....

Psst!psst! meh sini aku nak bagitau korang 1 rahsia. Korang nak tau tak semalam kan aku dah jatuh. Bukan jatuh cinta atau pun jatuh tangga tapi aku terjatuh depan kedai daa.... malu giler masa tu. Cemana boleh jatuh? kesah dia begini, carpark kedai tu terletak kat kawasan yang tinggi sikit tapi betul2 depan kedai tu. Dari tempat parking tu aderla tangga dan jugak tempat turun yang tak bertangga( kalau bawak troli kena lalu ikut sini la). Sekali tu aku malas nak guna tangga. Dengan gaya lenggang kangkung dan ala2 catwalk aku pun turun ikut jalan troli tu. Sekali tu kasut aku licin la. terus aku jatuh terduduk( macam nangka busuk daa ). Malu wooo. Aku terus bangun cepat2 dengan harapan takder orang nampak. Tapi impossible la orang tak nampak sebab depan kedai tu jer. Aku pulak masa tu pakai baju kurung kaler merahnya makngah, Kalau lembu buta tengok pun nampak aku terjatuh tu. Tapi aku tetapla kontrol cun gitu. Masa aku bangun tu nampak la 1 couple tengah menolak troli kearah aku. Aku tengok muka depa tu slumber jer macam takder aper2 yang berlaku. Namun begitu aku taula dalam hati depa tu gelak guling2 kat aku yang jatuh ni. Silap haribulan masuk jer dalam keter mesti depa laki bini pakat2 gelak sakan kat aku. Kesian aku kan? Itu jer la gossip yang aku nak bagitau kat korang. Jangan bagitau sesaper tau. ekekeke.

2 comments:

CikMin said...

hahahahahaha...gelak guling tahap mawi world....

yuka said...

ahaks. tak baik tau cikmin gelakkan kita. hati2 masa guling2 tu kang terselak lak kain tu.