Saturday, December 13, 2008

Harini aku malas nak update sebab takdak idea la nak cerita tapi since ada peminat tegar aku yang tanya bila nak update maka terpaksa la aku update . Untuk itu aku hanya akan berkongsi apa yang aku jumpa dekat blog kawan2 yang aku melawat td. Yang ni tentang peribahasa ala karam sing walia. munkin korang pun penah baca peribahasa ni kat mana2 tapi buat2 la macam tak penah baca. kesian aku tau penat2 aku kopi pes peribahasa tu ke blog aku ni.huhuhu. Meh kita baca sama-sama.....

karam singh walia - ayat power

1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah
2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macamrambutan
3. Tiada rotan, pelempang berguna juga
4. Biar lambat asalkan tak cepat
5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi
6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula
7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar
8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock
9. Secupak takkan jadi 18 cupak
10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit, manusia mati meninggal dunia
11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.
12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap
13. Alang-alang mandi biar guna sabun
14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras
15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun
16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang.... bisu
17. Hidup segan mati di tanam
18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa
19. Lembu punya susu cap teko dapat nama
20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis
21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut. (beli la pukat tunda lagi baik)
22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa
23. Membujur lalu melintang pukang
24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan
25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut
26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili
27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah!!
kuang..kuang..kuang

2 comments:

sya said...

Yuka.. kak sya baru friday lepas translate pd sorang kawan cina peribahasa

"far far smell flower... near near smell chicken shit"..

yuka said...

kaksya - mesti kawan tu rasa kelakar kan. tp tu la kan cemana org dolu2 boleh dpt ilham nak buat peribahasa mcm tu ek.