Thursday, December 15, 2011

MasterChef


Sapa suka tengok rancangan masterchef? Dulu2 aku ingat tak best...rupa-rupanya best gak...lebih best dari akademi fantasia. Tengok masterchef ni boleh dapat ilmu masakan dan duit pun tak abis sebab program ni xder afundi macam AF tu...
Sapa tengok Masterchef 2 hari lepas?alaa hari yg sama dengan cinta elysa tu...masa tu dua2 citer best sampai taktau nak tgk mana 1. Tapi malam tu priority aku cinta elysa tu la sebab dah final episode kan...
Apa yang aku nak share kat sini pasal masterchef malam tu ialah tentang tugasan kumpulan yang diorang kena buat. Haritu diorang kena masak di rumah selebriti. kumpulan merah kena masak dirumah sazzy falak dan kumpulan biru kena masak dirumah Azura ( selebriti ni aku tak kenal ).
 Rumah sazzy falak  tu besar dan cantik gila la aku tengok. dapur pun kemain besar siap macam ada island kat situ. nak masak ramai2 memang x der masalah la...aku siap kata kat anak aku untung kumpulan merah ni sebab masak kat rumah orang kaya. macam2 peralatan dan kemudahan ada...
Rumah Azura tu pulak biasa2 jer la. Dapur pun sempit macam rumah aku. Memang susah la kumpulan biru nak masak sebab agak sesak. aku bersimpati jugakla dengan kumpulan biru. Dalam hati aku kata mesti kumpulan merah menang...
Tetapi tidak tuan2 dan puan2. yang menang pada malam itu ialah kumpulan biru...kenapa kumpulan merah kalah? sebab besarnya masih ada tali dalam daging steak tu...sebab ke-2 rumah yang kumpulan merah masak tu adalah rumah orang kaya..dan seperti yang kita sedia maklum kebanyakkan org2 kaya ni sangat la cerewet. Pastu si sazzy tu siap kata dia takkan makan kalau benda tu x sama macam yang dia nak..sombong gila la statement dia tu.
Berbalik kepada kumpulan biru yang masak dirumah golongan sederhana masakan depa mendapat pujian dan dihargai oleh azura dan ahli keluarganya...
Oklah aku benti sini jelah entry ni. sebab x reti nak buat penutup dia...hehehe

Moral of the story: lu pikirlah sendiri!

14 comments:

Ucu Faridah said...

salam kenal...
orang kalau dah kaya raya semua nak lengkap...padahal hempehhh ...

yuka said...

Ucu Faridah- masa tgk mlm tu family diorang berlagak kan..macam la bagus sgt depa tu. padan muka dpt daging ada tali...hahhaha

afzalsukasuki said...

lepasni saya tanak masak umah akak la..sebab akak kan kaya ngan ke-oseman :P

yuka said...

afzalsukasuki- sapa kata akak kaya? roti kaya pun xder kat rumah...hehehe

mr.curly said...

den pn suko tgk masterchef..mmg famili azura tu lg sempoi..

#akibat masterchef, skg ni den tetapkn mase tuk laling den siapkn masakan..hikhik

yuka said...

mr.curly- sungguh kejam la tetapkan masa utk masak. sian laling tu nasib baik x kene singkir..hehehe

sabree hussin said...

orang kaya.. action dia lebih sikit

.: iEyLa :. said...

klu ieyla pon sme ngn afzal..
xmo masak umah akk la..hihi...

yuka said...

sabree hussin- macam citer antara 2 darjat kan

iEyla- masalahnyer sekarang bukan pasal rumah akak ke rumah org lain, yg akak nak tau ieyla ni pandai ke masak? hehehe

binboy said...

I really love reading articles that has lots of knowledge to impart. I admire those writers who share the best of their knowledge in writing such articles. Keep up the good work and continue inspiring readers.Thank you so much.

share the love subaru

Nurul Faiz Bikers said...

suka gak tgk master chef ni
lagi satu, kan kumpulan merah ada wat silap kan,
salah sorg ahli dah spoil kan dessert pastu tukar menu lain lak.
tu sebab dorang kalah.

miss Fyqa said...

rumah xde astro.. T_________T

yuka said...

Nurul Faiz- kumpulan merah buat silap byk masa tu...

miss fyqa- xper la tak tgk pun xder rugi apa2...hehhe

Cikgu Fikri said...

yeker sazzy falak cm tu?
kesian kumpulan merah kan?
klu fiq, lebih rela pergi rumah org sederhana... :)