Monday, August 15, 2011

Bedak silky BB foundation powder @ guardian

Mari-mari aku nak cerita kat korang ni....petang semalam lepas balik keja aku hantar anak aku ke kelas tusyen. berdekatan tempat tusyen tu ada guardian. Oleh kerana bedak aku dah habis aku bercadang nak beli bedak kat situ... aku tertarik nak beli bedak keluaran silky girl yg namanya Silky BB foundation powder...almaklumla kan sekarang ni aku tengah pakai BB cream jd bila cari bedak pun nak la yang ada tulis  BB tu...Brand lain pun ada gak yang tulis BB...saja je aku nak try yang silky girl tu. harga bedak tu rm17.90 xder lak diskaun kat situ. Selepas pilih kaler yang sesuai untuk aku dengan dibantu oleh salesgirl kat guardian tu aku pun pegila kat kaunter untuk buat bayaran. Salesgirl td tu merangkap cashier jugak. Lepas bayar dan dapat balik duit belen rm sekupang budak tu bagitau aku resit xder sebab tak boleh nak keluar...memikirkan yang aku bukan nak buat claim apa2 pun dengan resit tu maka aku pun kata xperla xder resit pun dan aku terus keluar dari situ. Sebelum tu aku sempat gak ambik booklet merdeka sale atas kaunter tu.  Aku malas la nak buang2 masa hanya nak dapatkan resit tu kan. Kalau resit roll tu habis dia nak kena buka cash register tu pastu ganti kertas resit baru mesti ambik masa sedangkan aku nak cepat balik.
Sesampainya dirumah aku pun belek2 la booklet yang aku ambik tu nak tengok kot2 ada offer yang menarik. Tetiba aku terpandang bedak yang aku beli tadi tu. Aku beli rm17.90 dalam tu cuma rm14.88 jer...beza 3 ringgit tu. macam2 dah boleh beli dgn 3 ringgit tu. kalau kat sp ni dah boleh dapat murtabak 2 biji!! Sebenarnya aku bukan nak berkira pasal 3 ringgit tu tapi aku rasa macam kesilapan itu disengajakan. Tetiba jer pulak resit tu taknak keluar bagai. Mungkin diresit tu di print harga selepas offer. Aku takla menuduh sangat sebab budak tu nampak baik dan friendly pulak tu cuma bila dah jadi macam ni aku syak la dia buat macam tu. Mungkin jugak dia berani buat macam tu dengan anggapan takkanla disebabkan 3 ringgit aku nak pi lagi kat situ kan....hahhaha memang silap banyakla sebab memang aku akan pergi situ lagi sebab nak ambik anak aku dari kelas tusyen. Masa pergi ambik anak aku tu aku pergi lagi kat guardian tu. Aku tengok masih budak yang sama bertugas. Aku pun terus tanya dia dan tunjuk harga dalam buku offer tu. Budak tu suruh aku tunggu sekejap sebab dia nak pi tanya kat dalam. Lebih kurang 5 minit macam tu budak tu datang bagi balik duit aku rm3 tu. dia tak kata apa2 pun. aku pun malas nak tanya apa2 dah.
So aku nak tanya pendapat korang adakah kejadian itu:
A. Disengajakan
B. Kesilapan Teknikal

7 comments:

kakngah said...

mungkin kesilapan teknikal. anggap je yg budak tu tak hafal harga barangan yg ada diskaun...

yuka said...

kakngah- tu la kena bersangka baik di bulan puasa yang mulia ini.

maya anis said...

kslipan kot kak.. :

yuka said...

maya anis- harap2 itu cuma 1 kesilapan dan resit takmo keluar tu hanya 1 kebetulan....

fiezah91 said...

hehe. tak tau nak kata apa.. mungkin kesilapan taknikal kot. *positive* hehehe

Unknown said...

ada dua kemungkinan di sini
mungkin cashier tu lupa
hahha,
mungkin lah kan kesilapan teknikal,
tetapi pengalaman saya
sbg cashier (cewah, tapi bukan saya yg buat tau)

kwan2 senior yg ajar,
discount ttp diberi,
jadi jika pembeli byr harga asal,
duit lebih tu kira side income
diorang pun tahu,
kdg2 customer xperasan,
jadi ambik je ah
dah rezeki an..
huhu
tapi bukan zaki yg buat mcm ni eh
:-)

yuka said...

fiezah91- ok la kan kita pk positive

zetchi henry - zaki budak baik mesti la tak buat macam tu kan...hehhe