Thursday, August 11, 2011

Pelajar Malaysia Kena Pukul dan Samun Semasa Rusuhan Di London

Korang dah tengok tak video pelajar ni kat youtube? kesian asyraf haziq. Dah la bulan puasa, jauh dari mak bapak pulak tu. Sudah la dipukul sampai cedera rahang pastu  di samun ...Masa mula-mula tengok berita di buletin tv3 semalam aku takla berapa kisah sangat ( tengah sibuk dengan baby masa tu) tetiba dengar diorang sebut pelajar tersebut dalam perjalan mencari juadah berbuka di Barking terus je aku fokus kat berita tu. Sebab pertama memang aku nak tau cerita tentang kejadian tu. Sebab ke-2 pulak aku penah tinggal kat Barking tu selama 2 tahun. jadi bila tgk tempat kejadian tu terimbau la semula nostalgia lama..mujur masa aku kat sana tiada kejadian yang tiada diingini berlaku.

Moral of the story: Sebab tu la kerajaan malaysia tak benarkan perhimpunan haram@ jalanan semua tu. Sebabnya takut ada pihak lain yang ambik kesempatan membuat rusuhan semasa berhimpun tu. Britain tu bangga sangat dengan dasar kebebasan bagai tu sekarang tengok apa dah jadi? Orang kata polis malaysia kejam dan zalim sebab pukul orang semasa perhimpunan bersih tu. Aku tengok kat britain pun polis diorang pukol gak. Kalau pukul salah, sembur air salah, lepaskan gas pemedih mata pun salah polis dok rumah jer tengok rusuhan tu dalam tv kan?

3 comments:

Gen said...

kesian kat student tu kan.. semoga dia cepat sihat.. huhu

Nur Hawa Mohd Zin said...

orang lain punya masalah...orang lain yag jadi mangsa...harap rakyat malaysia di malaysia amik iktibar kan kak :)

sinar said...

liyanalalala- kesian dahla kat tempat orang...

awe- betul tu..semoga rakyat malaysia dapat ambil iktibar dan faham kenapa kerajaan x benarkan demonstrasi jalanan. mula2 memang la elok..lama2 mula jadi kecoh