Oleh kerana tahun lepas dia dah ada pencil case maka aku mencadangkan pensil case tersebut dibeli untuk sesi persekolahan tahun 2009. ( sebenarnya aku takmau beli pun saja ja bagi lama2 sikit nanti dia dah tak minat la dengan pencil case tu. hehehhe. jahat tak aku?) Tetapi telahan aku silap sama sekali. Dia memang tak lupa dengan pencil case tu. Baru sahaja cuti sekolah ujong tahun bermula 2 minggu, dia dah suruh aku beli pencil case itew. Mula-mula aku buat derk jer la. Tapi dah hari2 dok merengek mintak belikan benda alah tu maka aku pun terpaksa la beli jugak. Sejak hari itu pi mana2 pun dia bwk la pencil case tu. hatta balik kampong ( nak menunjuk kat kazen dia la tu) dan semasa kami ke PD haritu pun dia bwk jugak. Pastu siap tak sabar tunggu sekolah buka sebab dah tak sabar nak menayang dekat kawan-kawan pulak.
Akhirnya hari yang di tunggu pun menjelang tiba. Malam sebelum hari pertama persekolahan itew aku tengok anak aku sibuk menulis nama di buku-buku yang telah dibeli. Setelah selesai semua buku dimasukkan dalam beg. Keesokkan paginya aku dan suami pergi menghantar ketiga-tiga anak aku ke sekolah. Lepas hantar kami pun balik kerumah tengok2 pencil case dia teringgal kat rumah.
" kesian nayli tu punya la lama tunggu sekolah nak bukak sebab tak sabar nak guna kotak pensil tu tiba2 hari ni di tinggal pulak" kata aku kat suami.
"Hrm tu la niat nak menunjuk terus lupa nak bawak" kata suami aku .
selepas tu aku dan suami ketempat kerja macam biasa. Kemudian tu kan dalam kira-kira jam 2.00 petang anak aku menalipon aku di ofis sambil menangis meraun-raung. sudah! per hal lak budak ni. tanya aku dalam hati.
" Mummy tadi nayli tinggal kotak pensil kat rumah." kata anak aku sambil menangis
"kan ada kat depan atas tv tu" kataku pula
" tak. manada kat situ ada atas meja. kotak pensil tu dah rosak. ebiboy gunting" katanya sambil meraung dengan lebih kuat.
Astaga... belum sempat
6 comments:
Laaa sian nayli.. patutlah meraung kalau kena kat anak kaksya selain dr meraung menjerit marah pd adik pun ada
hehehhe - tak leh nak bayangkan riaksi nayli tu bila tgk pencil case dia jadi macam tu sbb yuka kt ofis. tp waktu yuka sampai rumah kol 6 tu dia masih menangis. adik tu pun nangis gak. hehehe. agaknyer kene marah ngn si kakak la tu.
ebiboy ni..'eta' dia xmo dirosakkan..
cikmin - eta dia pun sama gak. kalau time dia geram sbb di sakat habis semua di baling.
Salam Yuka ,siann kat nayli tuh...sampai ati dik die gunting pencil case kakak die....tapi tak per dpt yg lagi baru...hmmm bau kedai lagi..bila tayang kat kengkawan....
LilySara - memang kesian kat nayli tu tapi dekat mak nayli tu lagi kesian sebab kena beli pencil case tu lagi sekali.huhuhu.
adik tu baru 2 tahun lebih tak tau apa2 pun lagi.
Post a Comment