Wednesday, December 31, 2008

Cuti-cuti Malaysia....Part 1

Tanpa disedari cuti sekolah hampir sampai ke penghujungnya. Sewaktu awal2 cuti aku sibuk dengan kerja. sekejap ke KL, sekejap ke langkawi takder masa nak bercuti dengan keluarga. Namun di penghujung cuti dapat jugak aku bercuti. Cuti ini telah dirancang oleh kakak2 aku. Kami bercuti beramai-ramai ( 4 beradik serta kuarga masing2) ke cameron highland pada 18 Disember. Pada 19 Disember pulak turun dari cameron kami telah ke teluk batik. Tidur 1 mlm di sana. Ini munkin kunjungan aku yang ke13 kot ke cameron hiland tu. Memang kerap sangatla aku pi sana. Taktau la sebab apa aku suka sangat pegi cameron. bezanya kali ini lebih seronok sebab ramai2. Kakak aku yg buat rancangan ni rajin masak. Jd di cameron tu kami sewa apartment yang ada dapur jadi boleh la masak2 kat sana. Siap buat steamboat lagi. selalunya kalau aku pegi sendiri memang lenggang kangkung jer. tau la aku ni kan. Sedangkan dirumah pun aku ngelat malas nak masak apatah lagi kalau bercuti-cuti macam tu.ahaks.

Diteluk batik tu pulak anak-anak memang seronokla sebab dapat mandi laut. Aku yang tak suka mandi laut pun tergoda jugak. aku pun ikut berendam dalam air laut tu sampai 2 jam. Nasib baik muka aku tak sunburned teruk. Balik dari teluk batik sempat la kami singgah di econsave manjung. kakak aku nak belanja makan cendol paling sedap katanya. Memang sedapla aku rasa. So kalau sesiapa yang tinggal berhampiran manjung bolehla pi try test tengok.



OK yang kat atas tu cuti-cuti mesia fasa pertama. Cuti fasa ke 2 pulak bermula pada 24 Disember 2008. Cuti kali ini ditaja oleh kelab kebajikan ofis aku. Tapi kena gak topup sikit. kiterang buat family day di Tiara Beach Resort , teluk Kemang. Bertolak pada 24hb Disember kol 11.30 malam dengan 5 biji/buah (Tak pasti la penjodoh bilangan yang sesuai) bas. Subuh2 lagi kitorang dah sampai negri9. selepas bekfes / solat subuh/ mandi2 ( ramai yang tak mandipun)kat hentian rehat kami pun mula bertolak ke PD. mula2 tu ke Muzium tentera di Lukut. Menarik jugakla kat situ macam2 benda ada untuk dilihat. Tapi aku letih sikit la kat situ sebab ebiboy aku tu buat peel takmau berjalan. Berpeluh aku mendukung ebiboy tu. Bila ayah dia nak dukung takmau pulak. fenat aku tau. Dah habis tawaf muzium tu kitorang dibawak ke pantai teluk kemang untuk makan tengahari ( yang ni self sponsored). Kat pantai teluk kemang tu aku tengok manusia punya la ramai. . Dah habis round2 teluk kemang kitorang pun bertolak ke tiara beach resort. Ini kali ke -2 aku ke situ jadi tak terkejut la sangat bila tgk kolam mandi dier yang luas tu. Anak2 aku pulak first time pegi situ memang depa seronok sangatla tengok tempat mandi macam tu. Kalau boleh turun dari bas terus jer diorang nak masuk kolam mandi tu. Lepas dapat kunci bilik kami pun carila bilik masing2 sebab nak rest. maklumla kan semalaman tido atas bas jer. Sebaik sahaja pintu di bukak tengok2 bilik tu belum berkemas daa.... potong stim betul la. lepas dah komplen dekat setengah jam baru la diorang datang kemas. Anak-anak aku pulak sampai jer bilik , tukar baju terus turun ke swimming pool. Dari tingkap bilik nampak la diorang dok mandi-manda tu jadi idak ler risau sangat. Best pulak nampak diorang tu mandi. Aku pun teringin gak nak mandi tapi apa kan daya aku tak bawakbikini pakaian yang sesuai untuk mandi. takkan nak pakai suar jeans lak kan. kalau bawak track bottom tu ok la jugak.
Keesokan harinya kami dibawa jenjalan ke melaka bandaraya bersejarah. kami ronda-ronda naik beca di banda hilir lepas tu gi mkn mekdi. Agenda seterusnya sepatutnya ker ayer keroh tp dibatalkan sebab ramai yang mintak balik terus ke hotel sebab nak sambung mandi yang petang semalam tu.
So masa kat hotel tu aku ni dah tak tahan dengan godaan pantai buatan tu lantas aku pun mengajak hubby ke hotel shop kot2 ada jual baju mandi yang sesuai untuk muslimah macam aku ni...ahaks. (bersambung)

3 comments:

Cikmin said...

buah..buah...

yuka said...

buah...buah? aper tu? buah stoberi ker?

Cikmin said...

buah tuk bas...hehehe....