Thursday, August 25, 2011

Persiapan Raya Yuka...

Korang dah selesai buat persiapan untuk hari raya ker? yuka ni dah berapa kali kuar shopping tapi x jugak selesai. meh kita tengok apa yang yuka dah beli  untuk family yuka ni.

Persiapan anak lelaki sulong:
1. baju melayu  - beres
2. baju tak melayu - beres
3. kasut - x beres lagi

Persiapan anak perempuan nombor 2
1. Baju kurung - beres
2. tudung - beres
3. baju tak kurung- beres
4. kasut - x beres lagi

Persiapan anak perempuan no 3

1. Baju kurung - beres
2. tudung - beres
3. baju tak kurung- beres
4. kasut - x beres lagi

Persiapan anak lelaki no 4
1. baju melayu  - lom beres lagi
2. baju tak melayu - beres
3. kasut - x beres lagi

Persiapan untuk Baby

1. baju melayu  - tak yah kot..baby tak sesuai pakai baju melayu..panass
2. baju tak melayu - dah beli banyak pasang cukup untuk pakai seminggu
3. kasut - baby lom boleh jalan jadi pakai je la kasut yang dok ada ni dulu..hehee

Persiapan Emak diorang

1. Baju kurung - beres
2. tudung - beres
3. kasut - awai2 dah beli
4. duit raya - lom tukar lagi.esok sempat kot
5. kueh raya- sebahagian dah dapat dan masih ada yang belum diterima. yang dah habis pun ada gak

Persiapan Bapa Diorang

1. baju melayu  - Pakai yang tahun lepas pun ok lagi kot...
2. baju tak melayu - belum beres..kalau x sempat beli pakai je la yang mana ada..
3. kasut - kasut yang dok ada tu elok lagi kan...pakai jer la dulu ek
4. Zakat - yang ni belum beres. biasanya malam raya baru pi bayar

Kesimpulannya kena geledah kedai kasut la lepas ni.....



Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday


Pendapatan Terumpuk...hehehe

Monday, August 15, 2011

Bedak silky BB foundation powder @ guardian

Mari-mari aku nak cerita kat korang ni....petang semalam lepas balik keja aku hantar anak aku ke kelas tusyen. berdekatan tempat tusyen tu ada guardian. Oleh kerana bedak aku dah habis aku bercadang nak beli bedak kat situ... aku tertarik nak beli bedak keluaran silky girl yg namanya Silky BB foundation powder...almaklumla kan sekarang ni aku tengah pakai BB cream jd bila cari bedak pun nak la yang ada tulis  BB tu...Brand lain pun ada gak yang tulis BB...saja je aku nak try yang silky girl tu. harga bedak tu rm17.90 xder lak diskaun kat situ. Selepas pilih kaler yang sesuai untuk aku dengan dibantu oleh salesgirl kat guardian tu aku pun pegila kat kaunter untuk buat bayaran. Salesgirl td tu merangkap cashier jugak. Lepas bayar dan dapat balik duit belen rm sekupang budak tu bagitau aku resit xder sebab tak boleh nak keluar...memikirkan yang aku bukan nak buat claim apa2 pun dengan resit tu maka aku pun kata xperla xder resit pun dan aku terus keluar dari situ. Sebelum tu aku sempat gak ambik booklet merdeka sale atas kaunter tu.  Aku malas la nak buang2 masa hanya nak dapatkan resit tu kan. Kalau resit roll tu habis dia nak kena buka cash register tu pastu ganti kertas resit baru mesti ambik masa sedangkan aku nak cepat balik.
Sesampainya dirumah aku pun belek2 la booklet yang aku ambik tu nak tengok kot2 ada offer yang menarik. Tetiba aku terpandang bedak yang aku beli tadi tu. Aku beli rm17.90 dalam tu cuma rm14.88 jer...beza 3 ringgit tu. macam2 dah boleh beli dgn 3 ringgit tu. kalau kat sp ni dah boleh dapat murtabak 2 biji!! Sebenarnya aku bukan nak berkira pasal 3 ringgit tu tapi aku rasa macam kesilapan itu disengajakan. Tetiba jer pulak resit tu taknak keluar bagai. Mungkin diresit tu di print harga selepas offer. Aku takla menuduh sangat sebab budak tu nampak baik dan friendly pulak tu cuma bila dah jadi macam ni aku syak la dia buat macam tu. Mungkin jugak dia berani buat macam tu dengan anggapan takkanla disebabkan 3 ringgit aku nak pi lagi kat situ kan....hahhaha memang silap banyakla sebab memang aku akan pergi situ lagi sebab nak ambik anak aku dari kelas tusyen. Masa pergi ambik anak aku tu aku pergi lagi kat guardian tu. Aku tengok masih budak yang sama bertugas. Aku pun terus tanya dia dan tunjuk harga dalam buku offer tu. Budak tu suruh aku tunggu sekejap sebab dia nak pi tanya kat dalam. Lebih kurang 5 minit macam tu budak tu datang bagi balik duit aku rm3 tu. dia tak kata apa2 pun. aku pun malas nak tanya apa2 dah.
So aku nak tanya pendapat korang adakah kejadian itu:
A. Disengajakan
B. Kesilapan Teknikal

Thursday, August 11, 2011

Pelajar Malaysia Kena Pukul dan Samun Semasa Rusuhan Di London

Korang dah tengok tak video pelajar ni kat youtube? kesian asyraf haziq. Dah la bulan puasa, jauh dari mak bapak pulak tu. Sudah la dipukul sampai cedera rahang pastu  di samun ...Masa mula-mula tengok berita di buletin tv3 semalam aku takla berapa kisah sangat ( tengah sibuk dengan baby masa tu) tetiba dengar diorang sebut pelajar tersebut dalam perjalan mencari juadah berbuka di Barking terus je aku fokus kat berita tu. Sebab pertama memang aku nak tau cerita tentang kejadian tu. Sebab ke-2 pulak aku penah tinggal kat Barking tu selama 2 tahun. jadi bila tgk tempat kejadian tu terimbau la semula nostalgia lama..mujur masa aku kat sana tiada kejadian yang tiada diingini berlaku.

Moral of the story: Sebab tu la kerajaan malaysia tak benarkan perhimpunan haram@ jalanan semua tu. Sebabnya takut ada pihak lain yang ambik kesempatan membuat rusuhan semasa berhimpun tu. Britain tu bangga sangat dengan dasar kebebasan bagai tu sekarang tengok apa dah jadi? Orang kata polis malaysia kejam dan zalim sebab pukul orang semasa perhimpunan bersih tu. Aku tengok kat britain pun polis diorang pukol gak. Kalau pukul salah, sembur air salah, lepaskan gas pemedih mata pun salah polis dok rumah jer tengok rusuhan tu dalam tv kan?

Wednesday, August 10, 2011

cool pendrives

Ini sticky note. sila skrol ke bawah untuk entry terbaru.




Sesiapa yang berminat untuk memiliki pendrive yang unik dan comel macam dalam gambar kat atas tu boleh email yuka di sinar_julai@yahoo.com . Boleh pakai pegi beraya tu...hehhehe


 Yang kat atas ni sesuai untuk lelaki

Tuesday, August 9, 2011

Penjawat Awam Dapat Bonus Raya!

Syukur Alhamdulillah....

Sunday, August 7, 2011

Aku Kaya!!!!!

Pagi tadi buka emel tengok2 ada 1 emel dari sapa entah yang bermurah hati sangat tu. Korang baca la sendiri kat bawah tu. Taktau la apa muslihat diorang tu tetiba nak bagi duit banyak pulak tu. depa ingat aku nak percaya ke semua tu. baikla aku kumpul duit iklan nuff tu. walaupun ciput tapi memang betul2 dapat. tak gitu kawan2?


Today your e-mail id was selected through the computer ballot system,as a winner of Amount Won 500,000(Euros)in our Elgordo Espanol lottery program.You have to contact your claim agent for your payment process and include your personal information for a smooth transaction.

Claim Agent: Mr Sirine Cesar
Email Address to contact: agencysectordept@aim.com
Tel/fax:+34 634 100 126

Thursday, August 4, 2011

Doa Di Bulan Ramadhan

Dalam rangkaian ayat Al-Qur’an mengenai puasa di bulan Ramadhan terselip suatu ayat yang secara khusus membicarakan soal berdoa. Di dalamnya Allah subhaanahu wa ta’aala perintahkan orang beriman untuk berdoa kepadaNya. Dan Allah subhaanahu wa ta’aala berjanji untuk mengabulkan doa siapapun asalkan memenuhi tiga syarat: (1) Memohon hanya kepada Allah subhaanahu wa ta’aala, bukan selainNya. (2) Memenuhi segala perintahNya dan (3) Beriman kepada Allah subhaanahu wa ta’aala sebagai Rabb yang Maha Kuasa mengabulkan permintaan dan menetapkan taqdir segalanya.




أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
“Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo`a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (QS Al-Baqarah ayat 186)

Bulan Ramadhan merupakan bulan di mana orang beriman mempunyai kesempatan begitu luas untuk berdoa kepada Allah subhaanahu wa ta’aala. Dan waktu-waktu mustajab(saat doa berpeluang besar dikabulkan Allah) tersebar dalam beberapa momen khusus sepanjang Ramadhan.
ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ وَالْإِمَامُ الْعَادِلُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ

“Ada tiga golongan yang doa mereka tidak ditolak: (1) orang yang berpuasa hingga ia berbuka, (2) imam yang adil dan (3) doa orang yang dizalimi.” (HR Tirmidzi 3522)
Subhanallah…! Dalam hal berdoa orang berpuasa disetarakan dengan pemimpin yang adil dan orang terzalimi. Doa orang berpuasa mustajab. Didengar, tidak ditolak Allah subhaanahu wa ta’aala. Bahkan dikabulkan insyaAllah. Setiap orang yang faham hadits ini sangat bergembira menyambut Ramadhan. Sebab itu berarti selama 29 atau 30 hari selama ia berpuasa peluang doanya dikabulkan Allah subhaanahu wa ta’aala sangatlah luas…!
Dan terlebih lagi saat menjelang berbuka ketika menanti tibanya azan Magrib. Kita harus memanfaatkan waktu sebaiknya untuk berdoa saat itu. Maka, saudaraku, manfaatkan kesempatan emas menjelang berbuka dengan mengajukan berbagai permintaan kepada Allah ta'aala. 

Wednesday, August 3, 2011

Cikmin's macaron In Da House!!!

Semalam kan org gedik gdex datang rumah yuka membawa bungkusan. masa tu yuka xder kat rumah sebab keje kan....Bungkusan itu datang jauh dari Bentong nun....penghantar bungkusan itu ialah CIKMIN ...alaa cikmin  pembuat macaron fofular kat alam cyber ni....Nak tau tak apa isi kat dalam tu? alaaa korang ni sudah terang lagi bersuluh...sah2 la isi kat dalam tu macaron..hehehe. Sebenarnya cikmin hantar macaron tu sempena besday yuka yang ke 29+10. bungkusan tu sepatutnya sampai pada 31 Julai tetapi disebabkan oleh cuti umum dan sebagainya macaron tu sampai dengan selamat pada 2 Ogos bersamaan dengan besday hubby yuka. Kiranya surprise untuk yuka dah jadi surprise untuk hb yuka la pulak....dan kebetulan la pulak masa benda tu sampai hubby yuka yang tengok dulu sebab yuka ada di ofis. Masa hb yuka called ofis bagi tau dapat bungkusan tu sempat yuka pesan dengan dia macam ni " kena kasukkan dalam peti ais dulu benda tu. jangan makan lagi" ( terlupa kata bulan puasa mana boleh makan kan....nasib baik la bulan puasa kalau tidak mesti yuka tak senang hati dok kat ofis takut benda tu abis dimakan dik hb dan anak2...
Balik rumah terus yuka buka peti sejuk nak tengok macaron tu...wah meleleh sudah air liur gua...rasa lambat nak buka puasa....sebaik saja buka puasa, apa lagi kan terus ngap la benda tu....alamak aiii memang sedap la benda tu...memang kena dengan lidah yuka yang suka benda2 manis kencing manis tak suka la  yuka makan dengan penuh penghayatan membiarkan inti2 macaron itu berlari-lari dalam mulut kemudian masuk kebawah lidah...benda mahal oii mana boleh telan terus macam tu jer...rugi la kan...lagipun first time makan macaron so kena la hayati betoi2...Tq na cikmin sebab bagi hadiah macaron tu.sesungguhnya ingatan dari cikmin tu sungguh bermakna.

p/s: dah ambik gambar macaron tu tapi tunggu anak2 upload gambar tu lama sangat. dulu yuka upload sendiri kat laptop tapi sekarang laptop dah bo liau...nanti yuka letak pic macaron tu tau

Tuesday, August 2, 2011

Happy Birthday...

Hari ini hari ulang tahun kelahiran suami aku...2 hari lepas birthday aku tapi x sempat nak buat entry...bz sikit time tu...lagipun kurang mood nak buat entry sebab rumah baru lepas masuk pencuri. laptop aku dah kena kebas so susah sikit nak update blog kat rumah. malas nak berebut pc dengan anak2....
 Tadi masa on the way nak ke ofis kakak aku sms...katanya adik aku ( yg dalam gambar kt sebelah tu ) dah selamat bersalin pagi tadi jam 6.15 pagi... nampaknya anak sedara aku tu share tarikh yang sama dengan suami aku...ada 365 hari dalam setahun hari ni jugak yang dia nak keluar....heheehe