Bila tengok tajuk di atas apa yang korang faham? Mengikut fahaman aku la kan...bila dikatakan beli 5 percuma 1, maknanya kita hanya membayar untuk 5 barangan sedangkan kita mendapat 6 benda yang sama. Contohnya kalau kita beli megi...kadang2 kat pek tu dia tulis beli 5 percuma 1. So dalam pek tu ada 6 bungkusan megi. Bagi aku ianya berbeza dengan ungkapan beli 5 dapat hadiah percuma. Korang sependapat tak dengan aku? Kenapa aku buat entry ni? Sebenarnya macam ni...hari selasa lepas aku pegi giant bersama 3 orang anak aku dan jugak bibik. Pastu masa kat situ ebiboy nak eskrim jadi aku pun nak beli la eskrim tu untuk kami semua kecuali baby firas la sebab dia lom boleh makan eskrim secara sah. Makan curi2 suap tu ada la...Aku pun ambik la 4 eskrim untuk kami ber4 pastu salesgirl yang jaga tong eskrim tu kata kak kalau beli 5 dapat free 1. pada mulanya aku dok fikir2 gak nak ambik 4 ke 5 sebab kami cuma ber4. Pastu bila fikir2 balik ok gak kalau beli 5 nanti dapat free1 dah jadi 6 semuanya. cukup la untuk 2 org lagi anak aku yang tak datang tu. Aku pun ambik la 6 eskrim tapi nak bayar untuk 5 je la...tetiba budak tu kata kak kena bayar untuk 6 sebab yang free eskrim lain . pastu dia pun tunjukla eskrim yang depa nak bagi free tu ( eskrim yang koman dari aku beli tu) hangin betoi aku masa tu...lain kali cakap la kalau betul2 ni saja jer macam nak mengena orang...dalam hangin2 tu sempat jugakla aku 'mengajar' budak tu bahasa melayu mengenai penggunaan ayat yang betul dengan percuma.
Aku nak tanya pendapat korang betul tak kefahaman aku dalam hal ini? bukan apa kalau aku yang salah faham naya jer budak tu kena dengan aku haritu..huhuhu
11 comments:
mmg budak tu vengong! Sengaja nk mengenakan org latu..bagus gak bagi je pekdah kat dia..mcm org tak sekolah gayanya. Lain kali, jelaskan la btul2 pd org ramai..beli 5 percuma 1 ice cream yg ni kak! Kan jelas tu..
patut minah tu cakap..
beli eskrem ni 5 percuma eskrem ni 1.
dia kene tunjukkan la eskrem yg mana hak percuma tu.
kdg2 arahan supervisor tak betul. p suruh staff dia ckp camtu.. tak explain kasi terang benderang camne nk promot kt customer.
lagenda- maknanya yuka tak salah faham la kan dalam kes ni. dan memang patut budak tu kena dengar pelajaran bahasa melayu dari yuka...hehehehe... yang geram tu kita ambik 4 eskrim dia suh ambik 5 sebab boleh dapat free 1...memang taktik kotor betul
kakngah- ko pun faham macam aku kan. rasanya depa memang sengaja buat mcm tu nak pedaya orang. aku memang dah lama geram dengan giant tu dah banyak kali menipu tapi x gak serik2 nak pi situ...huhuhu
kat mana2 biasanya diaorg guna taktik ni kan
ku-cit - biar la depa tu nak menipu kita kena jd pembeli yang bijak
tu la carenye nak bg aiskrim diowg laku, hehehe~
memang hangin kita kalu kena mcm tu...nak untung tu...ckp biar jelas dan kita faham...taktik nak perabihkan aiskrim laa tu..
adib - kalau ye pun guna la taktik lain
Idah- padan muka pompuan tu sebab taktik dah makan tuan...bukan saja yuka tak beli eskrim yang ke-5 tu malah kena sibijik dia tu dgn yuka...hehhee
sepatutnya budak tu bgitau awal2 ais krim mana yang free...kan dah buat pelanggan marah dan maklumat tak sampai...huhu
betul tu...kalau percuma tu mesti benda yang sama kan...huhuu
sot gle!die xtunjuk je free aiskrim apa?kalu ifa..mmg xmo byr..siap ckp nah ko amik la balik!penipu!
Post a Comment