Thursday, May 28, 2009

Kenangan di Perantauan - episod 'bahasa'

wah!!! cuba tengok tajuk tu siap ada 'episod' lagi. Bukannyer apa saja saja aku buat macam tu supaya aku boleh cerita sedikit demi sedikit...bila takder idea nak berblog aku boleh la selit2 cerita pengalaman di perantauan aku tu. Oleh kerana aku di perantauan agak lama makanya banyak la cerita pahit manis aku .cerita yang nak aku share di episod ni pasal aku dengan bespren aku. kisah ini berlaku di UK semasa aku ikut suami aku blaja kat sana tu... kiranya memang dah lama la citer ni...era jurasic tu...


Masa ikut suami aku tu aku tak la duduk saja menggoyang kaki di rumah tetapi aku telah bekerja untuk menambah pendapatan keluarga. Aku bekerja sebagai kerani akaun di brunei high comission...rumah aku di pinggir london manakala ofis aku tu di tengah kota london makanya utk ke ofis aku naik la tube a.k.a underground bersama-sama kawan aku. dia ni pun macam aku jugak ikut suami yg blajar kat sana. cuma yg berbeza aku ni orang malaysia , kawan
aku tu org brunei...
kami berdua kalau naik tube tu memang suka bersembang sampai tak hengat orang kiri kanan dah. sepanjang perjalanan yang hampir 1 jam tu kami tak abis2 bersembang antaranya isu semasa, hal artis tp kerap kalinya kami suka la mengata-ngata dan ngumpat orang2 yg kt dalam tube tu... kalau nampak pelek sikit jer memang akan jd bahan bualan kami la dan yang best tu kitorang boleh ngumpat tanpa perlu cover2 sebab diorang bukannya paham pun...kadang tu diorang pun ikut ketawa jugak bila kami ketawa...agaknya kelakar la kot tgk kami bercakap non-stop...kadang tu kan bila nampak penumpang len yang over sangat aku mula la bisik2 tp kuat (macam cerita p.ramli yang masam2 manis tu)..aku akan kata macam ni "sapa tu kiah?" (kawan aku ni memang nama kiah) kemudian si kiah tu akan jawab " orang gila mak oii" mcm dlm cerita masam2 manis tu la kan...pastu kami akan gelak2...ekekekeke



Tapi yang paling aku tak boleh lupa ada 1 ptg tu...masa tu kami nak balik dari ofis...dari ofis kami tu kami akan naik bas ke stesen tube yg berhampiran...masa kat atas bas tu ada 2 jer seat yg kosong dan bukan bersebelahan...maknanya aku dan kawan aku terpisah la sikit tp tak la jauh sgt masih boleh lagi nak sembang/mengata-ngata..ahaks... kat sebelah aku tu ada sorang pompuan mat salleh...aku rasa dia tu mcm loaded jugakla sebab baru lepas shopping kat harvey nichole ( aku dah lupa la ejaan kedai tu)..aku nampak kawan aku dah sengih2 mcm kerang busuk...mesti dalam kepala otak dia tu dah ada ilham nak mengata dekat pompuan sebelah aku tu...tapi lom sempat dia kata apa2 konduktor bas dah naik...konduktor tu aku rasa mcm org belah2 jamaica tu jer dgn rambut yg macam sabut kena pintal tu...kemudian dgn selamba kawan aku tu kata "yuka tengok tu rambut penjual tiket tu macam tali guni" ( tak boleh la sebut konduktor bas takut diorang paham) pastu kitorang pun sama2 la ketawa...pompuan sebelah aku pun ketawa sama...aiiii tumpang sekaki nampak.... tetiba kan aku dengar pompuan tu kata macam ni " lain kali kalau cakap kena hati-hati...sebab saya boleh faham bahasa melayu" astagaaaa..... memang malu/takut/gabra/panik..erm apa lagi ek perkataan yg sesuai nak guna? rasa macam nak kuar ikut tingkap bas pun ada gak...muka member aku tu aku tengok dah merah menahan malu...muka aku taktau la merah ker tak sebab mana nampak muka sendiri kan?... memang gabra gila masa tu... ya Allah lindungilah hambaMu yang lemah ini...tapikan nasib baik pompuan tu ok jer... bila sembang2 ngn dia baru tau rupanya bapak dia orang melaka...lepas turun dari bas aku dan member aku tu tak habis ketawa...pastu dia kata... " nasib baik konduktor bas tu naik awal kalau tidak memang pompuan sebelah u tu yang i nak kata td tu" aku yang teringin nak tau apa yg bermain dlm kepala dia terus bertanya " u nak kata apa kat pompuan tu.nampak ok jer"
" nak kata macam ni jer, pompuan sebelah u tu cantik jugak tp sayang mukanya byk sgt tahi lalat...kesian dia masa kecik2 dulu maknya biarkan saja lalat berak kt muka dia" mak oiii! memang kami patut bersyukur yg konduktor bas tu naik cepat....

p/s: masa aku type entry ni MU tgh lawan dgn Barca.... tp barca dah gol sebijik.... masih harap MU menang sebab aku tengah pakai Tshirt MU ni...kalau kalah malu ar dekat hubby...ahaks...

2 comments:

sya said...

Aduhai Yuka, sengih kak sya baca entry kali ni

yuka said...

kaksya- jahatkan kitorang nih..hik3