wah!!! cuba tengok tajuk tu siap ada 'episod' lagi. Bukannyer apa saja saja aku buat macam tu supaya aku boleh cerita sedikit demi sedikit...bila takder idea nak berblog aku boleh la selit2 cerita pengalaman di perantauan aku tu. Oleh kerana aku di perantauan agak lama makanya banyak la cerita pahit manis aku .cerita yang nak aku share di episod ni pasal aku dengan bespren aku. kisah ini berlaku di UK semasa aku ikut suami aku blaja kat sana tu... kiranya memang dah lama la citer ni...era jurasic tu...
Masa ikut suami aku tu aku tak la duduk saja menggoyang kaki di rumah tetapi aku telah bekerja untuk menambah pendapatan keluarga. Aku bekerja sebagai kerani akaun di brunei high comission...rumah aku di pinggir london manakala ofis aku tu di tengah kota london makanya utk ke ofis aku naik la tube a.k.a underground bersama-sama kawan aku. dia ni pun macam aku jugak ikut suami yg blajar kat sana. cuma yg berbeza aku ni orang malaysia , kawan
aku tu org brunei...
kami berdua kalau naik tube tu memang suka bersembang sampai tak hengat orang kiri kanan dah. sepanjang perjalanan yang hampir 1 jam tu kami tak abis2 bersembang antaranya isu semasa, hal artis tp kerap kalinya kami suka la mengata-ngata dan ngumpat orang2 yg kt dalam tube tu... kalau nampak pelek sikit jer memang akan jd bahan bualan kami la dan yang best tu kitorang boleh ngumpat tanpa perlu cover2 sebab diorang bukannya paham pun...kadang tu diorang pun ikut ketawa jugak bila kami ketawa...agaknya kelakar la kot tgk kami bercakap non-stop...kadang tu kan bila nampak penumpang len yang over sangat aku mula la bisik2 tp kuat (macam cerita p.ramli yang masam2 manis tu)..aku akan kata macam ni "sapa tu kiah?" (kawan aku ni memang nama kiah) kemudian si kiah tu akan jawab " orang gila mak oii" mcm dlm cerita masam2 manis tu la kan...pastu kami akan gelak2...ekekekeke
Tapi yang paling aku tak boleh lupa ada 1 ptg tu...masa tu kami nak balik dari ofis...dari ofis kami tu kami akan naik bas ke stesen tube yg berhampiran...masa kat atas bas tu ada 2 jer seat yg kosong dan bukan bersebelahan...maknanya aku dan kawan aku terpisah la sikit tp tak la jauh sgt masih boleh lagi nak sembang/mengata-ngata..ahaks... kat sebelah aku tu ada sorang pompuan mat salleh...aku rasa dia tu mcm loaded jugakla sebab baru lepas shopping kat harvey nichole ( aku dah lupa la ejaan kedai tu)..aku nampak kawan aku dah sengih2 mcm kerang busuk...mesti dalam kepala otak dia tu dah ada ilham nak mengata dekat pompuan sebelah aku tu...tapi lom sempat dia kata apa2 konduktor bas dah naik...konduktor tu aku rasa mcm org belah2 jamaica tu jer dgn rambut yg macam sabut kena pintal tu...kemudian dgn selamba kawan aku tu kata "yuka tengok tu rambut penjual tiket tu macam tali guni" ( tak boleh la sebut konduktor bas takut diorang paham) pastu kitorang pun sama2 la ketawa...pompuan sebelah aku pun ketawa sama...aiiii tumpang sekaki nampak.... tetiba kan aku dengar pompuan tu kata macam ni " lain kali kalau cakap kena hati-hati...sebab saya boleh faham bahasa melayu" astagaaaa..... memang malu/takut/gabra/panik..erm apa lagi ek perkataan yg sesuai nak guna? rasa macam nak kuar ikut tingkap bas pun ada gak...muka member aku tu aku tengok dah merah menahan malu...muka aku taktau la merah ker tak sebab mana nampak muka sendiri kan?... memang gabra gila masa tu... ya Allah lindungilah hambaMu yang lemah ini...tapikan nasib baik pompuan tu ok jer... bila sembang2 ngn dia baru tau rupanya bapak dia orang melaka...lepas turun dari bas aku dan member aku tu tak habis ketawa...pastu dia kata... " nasib baik konduktor bas tu naik awal kalau tidak memang pompuan sebelah u tu yang i nak kata td tu" aku yang teringin nak tau apa yg bermain dlm kepala dia terus bertanya " u nak kata apa kat pompuan tu.nampak ok jer"
" nak kata macam ni jer, pompuan sebelah u tu cantik jugak tp sayang mukanya byk sgt tahi lalat...kesian dia masa kecik2 dulu maknya biarkan saja lalat berak kt muka dia" mak oiii! memang kami patut bersyukur yg konduktor bas tu naik cepat....
p/s: masa aku type entry ni MU tgh lawan dgn Barca.... tp barca dah gol sebijik.... masih harap MU menang sebab aku tengah pakai Tshirt MU ni...kalau kalah malu ar dekat hubby...ahaks...
Thursday, May 28, 2009
Tuesday, May 26, 2009
Teka -teki...
semalam sabik saja sampai dirumah anak anak aku bagi 1 teka-teki...simple jer pun teka teki tu...soalannya berbunyi begini... "binatang apa yang paling seksi?" masa tu aku baru jer sampai .belom sempat buka tudung. beg pun tak sempat nak letak penat drive pun tak ilang lagi mana la aku rajin nak pk jawapan dia tu...kalau tanya binatang yang pandai masak aku taula... jawapan dia ular tedung senduk...binatang seksi mana aku tau.lagipun aku rasa semua binatang seksi sebab sumer tak pakai baju...hehehe...
bila aku tak dapat jawab anak aku pun bagi la jawapan...nak tau tak apa binatang yang seksi tu?
Jawapannya ialah zebra...korang tau kenapa zebra tu dikatakan seksi? aku pun tak tau gak pastu aku tanya dgn anak aku tu...dia kata zebra tu binatang paling seksi sebab dia buka zip nampak bra sebab tu jd zebra....ish camtu la pulak...pastu dengan inocentnya aku tanya kat anak aku tu "bra tu apa?" pastu anak aku jawab "bra tu tempat utk t*t*k tu la. mummy ni saja buat2 taktau.." ermm budak2 sekarang baru darjah 3 dah tau...aku dulu masa form 1 baru tau bra tu apa...hik3

Sunday, May 24, 2009
weekend d Putrajaya....
Hari Khamis lepas aku dan family telah pergi ke putrajaya sebabnya swami aku tu ada hal di kl pada hari jumaat tu. Cadangnya kami nak pergi selepas aku balik dari ofis...lebih kurang pukul 6 la nak bertolak dari SP ni...
Tapi biasala kan swami aku bukannya nak ikut pelan sgt, aku dah sampai kat rumah dia masih kat ofis...dekat pukul 7 baru kami turun dari rumah...tapi bukannya terus ke putrajaya sebaliknya kami pergi menghantar maid aku tu kerumah MIL aku. maknanya kami menghala ke arah utara lagi .... tujuan kami hantar maid aku tu sebab kesian kat MIL aku nak buat semua keje2 rumah semenjak maid beliau melarikan diri 2 minggu lepas...kalau maid aku disana dpt la dia menolong apa yang patut... lebih kurang pukul 8.30 kami pun bertolak ke putrajaya...Oleh kerana kami tak berhenti makan di mana2 cuma mengisi minyak sahaja di R&R Juru maka kami telah sampai di rumah kakak aku lebih kurang kol 12.45 mlm..nasib baik diorang lom tido..
Hari jumaat tu suami aku kuar menguruskan hal yang nak dibereskan manakala aku kat rumah tido je keje sampai sakit2 belakang...hehehe puas hati aku... ptg tu kitorang kuar kejap bwk anak2 mandi dkt prcint 9 tu... malamnyer kitorang keluar mkn dekat taman warisan...aku rasa tempat ni mmg wajib kitorang pergi kalau sampi di putrajaya tu..
Hari sabtu tu aku dan suami bercadang nak balik awal sebab ahad dah keje dan anak2 pulak ada exam minggu ni ... tapi anak2 aku tak nak balik lg sebab diorang nak masuk pertandingan mewarna dekat program petronas streetsmart...kesian jugakla bila diorang dah merayu-rayu akhirnya suami pun mengalah...so lebih kurang pukul 3 kami pun ke dewan serbaguna precint 11 untuk membawa anak2 aku dan anak2 kakak aku menyertai pertandingan tersebut. Pertandingan tu mula pukul 3.30...menurut kakak aku yang anaknya tiap2 minggu masuk pertandingan itu, majlis penyampaian hadiah pukul 5...nampak gayanya lambat la kami nak sampai SP...
Yang paling best tu kan masa acara penyampaian hadiah tu...tanpa disangka anak aku yang ebigirl tu telah mendapat tempat ke 3 bagi kategori 7-9 tahun...manakala anak aku yang sorang lagi tu mendapat johan bagi kategori 10-12 tahun...anak2 kakak aku yang selama ni sering menang dalam coloring contest tu dpt saguhati jer pulak...hehehhe. Berbaloi la jugak kitorang balik lambat haritu... bagi anak2 aku pulak itu adalah pengalaman yang sgt manis la bg diorang sbb first time masuk contest pastu menang ...sepanjang perjalanan tu asyik bercerita tentang pertandingan tu jer la...

Thursday, May 21, 2009
Sukarnya nak buat keputusan
Sekarang aku tengah diet...siyes nih..
Tapi kan taditu tengah aku buat kerja dengan tekun tetiba aku rasa teringin nak makan megi goreng yang digoreng oleh makcik kat kafe di ofis aku tu...ternampak-nampak makcik tu dengan tangannyer yg gebu dan badannya yang melintuk liuk sedang menggoreng megi...
Yang jadi masalah sekarang ni ialah...perut aku tak rasa lapar tetapi mulut aku teringin nak makan...apa harus aku buat?...perlukan aku pergi mendapatkan megi goreng itu? Puas aku pk utk mencari jawapan kepada persoalan aku itew...Akhirnya aku terpaksa bertanya pendapat kawan2 aku...kawan yang pertama tu kata "kalau teringin pegi la makan." ermm senang jer dia jawab...tapi aku masih berpikir lagi nak pergi ker idak...pastu aku tanya kawan yg sorang lagi...dia jawab macam ni " kalau tingin nak makan jangan biar....makan adalah 1 daripada nikmat hidup"...wah jawapan itu membuatkan aku tak berfikir panjang lagi...untuk kesekian kalinya aku curang lagi dengan diet aku tuh...

Wednesday, May 20, 2009
Phuket,Penang,JB...
Untuk 2 minggu pertama dalam bulan Mei ni aku telah ke Phuket. 3 hari selepas balik dari phuket aku berkursus di Penang seminggu lepas tu aku meeting di JB...Harap2 dalam bulan Mei ni takder lagi outstation mana2... dah pokai ni..
Namun begitu rasa2nya aku terpaksa menutup bulan Mei ni dengan menghadiri kenduri kawen di Kota bharu... maka lengkaplah sudah perjalanan aku. Utara,selatan, barat dan timur...
Harap2 bulan Jun nanti aku dapat duduk di opis diam2 nak buat keje dengan tekun...ahaks..

Sunday, May 17, 2009
Monday, May 11, 2009
Akibat Terlupa....
Pagi tadi aku dengar sinarfm. Topik pagi ni tentang akibat terlupa...ramaila yang menelepon dan sms cerita pengalaman masing2...aku pun ada gak pengalaman pasal terlupa ni...banyak sangat tapi aku tak rajin la nak tepon kak engku/sy dan krill tu... jadi kisah akibat terlupa ni aku nak kongsi dgn blog reader aku jer la...
Citer dier macam ni...3 tahun lepas aku keje di tepeng...boleh dikatakan tiap2 minggu aku and the family akan balik kg ( kg hubby aku ) dan bila balik kg pulak selagi tak lewat malam tak reti2 nak balik rumah sendiri...bukan kami jer, family ipar2 aku pun macam tu jugak. sekali tu seperti biasa kitorang balik kg...dan seperti biasa dah pukol 11 lebih baru nak bertolak balik ke tepeng..(nota: untuk makluman kg hubby tu di yan kedah) jarak tu hampir 200 km jugak la... since kitorang balik tengah2 malam macam tu semua pun pakai baju tido jer la termasukla aku yang pakai pijama ...tudung pun aku tak pakai sebab dah tgh mlm kan...saper la nak tengok sebab dok dlm keter ...yang hubby aku pulak lagi la sempoi pakai kain pelekat dengan baju pagoda jer...masa tu aku ni punya la mengantok rasa lambat betol nak sampai rumah aku tu...selalunyer kalau balik lewat macam tu takder lak rasa ngntok... bila dah sampai tepeng aku rasa teramatlah lega sebab dah terbayang-bayang katil dan tilam...bila hubby aku dah berenti keterkan baru kitorang sedar yang kunci rumah tertinggal kat kampung....adoilaaa masa tu hilang sumer rasa ngantok...takkan la nak patah balik ambik kunci malam tu jugak... kalau buat mcm tu maunyer suboh baru kami sampai semula kat tepeng...akhirnye malam tu terpaksa la kami tido hotel...hoteltu pulak dekat dgn rumah aku, lebih kurang 300meter ... sakit jer hati nampak rumah sendiri tp kene tido hotel...tapi yang memalukan tu bila kami nak check in dan check out dalam keadaan yang teramatla selebet...pakai baju tido jer... masa check in tu ok la jugak tengah malam takder org pun kat lobby tu...
Untuk haritu anak2 aku terpaksa la ponteng sekolah ( depa memang suka la bab ponteng2 ni)dan aku pulak kene la ambik cuti...ni semua akibat terlupa la.....

Sunday, May 10, 2009
Happy Mothers Day....
Hari ni Hari Ibu... pepagi lg aku dpt sms ucapan hari ibu dari kwn aku yang juga seorang ibu..cuma yang beza dia ibu 3 anak tp aku ni ibu 4 anak...hehehe
' Nothing compares to a mum's love.
She looks with her heart and feels with her eyes.
A mum is the bank where her children deposit all their worries and hurt.
A mum is the cement that keeps her family together....
and her love lasts a life time.
Happy Mothers Day...
2-3 hari lepas anak aku yg no 3 tu sibuk jer mintak duit , bila ditanya nak buat apa dia kata nak beli hadiah hari ibu... then aku kata kat dia mana aci nak beli hadiah untuk mami tapi mintak kat mami, pastu dia jawab balik takper la asalkan beli hadiah...hrm macam tu ...
Harini ada kawan aku tanya apa yg hubby aku hadiahkan kat aku sempena hari ibu ni? aku jawab macam ni " Hari ini hari ibula bukan hari bini..." Ok tak aku jawab macam tu? dah hubby aku tak bg hadiah kene la jwb macam tu kan...ahaks
Friday, May 8, 2009
vaio
Alhamdulillah... laptop putih gebu kesayangan aku dah boleh digunakan...aku hanya mengeluarkan 5 hengget untuk membolehkan laptop ni digunakan seperti biasa... nasib baik aku tak order charger/adaptor yg sony tu...kalau idak terbang la rm 280... dan sekarang laptop kecik aku tu pulak yang der problem...semua ini angkara ebiboy aku tu la...selama ni diala yang jd virus dok menjahanamkan laptops kat rumah aku nih...ahaks.. dengan adanya laptop vaio ni maka aku lebih bersemangat nak update blog...semangat nak update dah ada tp masa pulak yang kurang...entry tentang trip ke phuket terpaksa ditangguhkan dulu sebab kekurangan gambar...aku masih menanti gambar2 yang akan diemel oleh kawan2 yg pergi sama2 haritu... gambar yang aku amek sendiri sikit jer sebabnyer masuk hari ke-2 hp aku dah takder bateri...nak caj lak tak boleh...rasanya dah tiba masa untuk aku kumpul duit beli camera...
Subscribe to:
Posts (Atom)