Tak lama lagi aku nak ke Jakarta. Bukan ada urusan kerja pun. Saja jer nak memberi sokongan moral kepada airasia yang telah bersusah payah membuat kempen tambang murah. Untuk ke Jakarta ni memang murah gler tambangnya. tambang pergi dan balik untuk 2 orang cuma RM140.00... Aku booking tiket ni dari tahun lepas. Sepatutnya aku pergi bersama cikmin dan pasangan tapi disebabkan mereka ada hal yang tak dapat dielakkan maka aku hanya pergi dengan suami. Sebenarnya aku pun cuak gak kot2 tak dapat pergi sebab aku booking tiket tu tanpa pengetahuan suami. Dari sehari ke sehari aku dok cari jalan cemana nak kasi tau hubby tu . Takkan aku nak kata menang peraduan kot. kompom la hubby aku tu tak percaya. Nanti kalau dia tanya peraduan apa yang aku masuk, apa aku nak jawab. takkan nak jawab peraduan teka kacang pulak....hehhehe. nak kata tiket tu santa clause yang bagi lg tak logik. Aku tu bukan takut sebab apa cuma risau kene berleter ngn hubby sebab masa booking tiket tu tak berbincang dengan dia dulu. Oleh kerana masa dah semakin suntuk malam tadi aku terpaksa berterus terang psal trip ke jakarta tu. Perbualan aku lebih kurang macam kat bawah ni la:
" abg kita pi jakarta nak tak?"
" bila?" tanya hubby aku
"16 Februari ni" jawab aku
" Kenapa tetiba jer nak pi Jakarta tu?" tanya dia lagi
" sebenarnya orang dah booking tiket ke jakarta tu masa dia buat offer dulu tu. Murah jer tiket tu 140 hengget jer pergi balik" jawab ku pulak.
" ooo kalau dah beli tiket kita pergi jer la" jawab suami aku.
chehh! senangnyer .Memang unpredictable betulla laki haku ni. Aku ingat dia nak membebel sebab aku memandai-mandai booking tiket semua tu. Kalau aku tau dia tak marah dah lama aku habaq kat dia.
Tapi kan kawan2 walaupun aku dah lega sebab kes ke Jakarta ni dah selesai tapi ada 1 lagi yang membelenggu fikiran aku ni. Sebabnya di samping booking tiket ke Jakarta ni pada masa yang sama aku jugak telah membooking tiket ke kuching pada bulan Julai nanti. Yang ni aku belum kasitau hubby... cemana ni ek? harap2 yang ni pun dia tak marah sebabnya apa yang aku buat bukan untuk kepentingan aku tapi semua tu demi kasih sayang aku kat keluarga sebabnya trip ke serawak tu aku bawak semua sekali. huahuahua...
Wednesday, January 28, 2009
Tuesday, January 20, 2009
Kejutan untuk CikMin
Jeng...jeng...jeng... sebenarnyer inilah perkara yang menyeronokkan berlaku on de way aku nak ke trengganu tu.. aku telah membuat kejutan kepada cikmin dengan menerjah kerumah beliau malam-malam hari... rasa macam nas ahmad yg dlm melodi tu pulak....ahaks. Aku tak bagi tau pun yang aku nak ke rumah dia tu. Kalau bagitau tak la nama kejutan kan... Lagipun aku sendiri pun pun lewat diberitahu oleh hubby nak ke ganu tu. kol 12 hari jumaat tu tetiba jer hubby ajak pegi. aku pun sepantas kilat.. eh lagi pantas dari kilat kot ( hehehe pinjam ayat kawan aku) siapkan baju2 aku dan hubby. bibik pulak siapkan baju anak2. Hubby aku tu senang jer bagitau nak pergi pastu dia relaks jer baca paper sambil tunggu kitorang siap kemas. barang keperluan dia semua aku yang cari dari berus gigi hingga ke spen*er pun akakkk jugak.....yang best tu bila dah setengah jam perjalanan baru hubby aku akan tanya "charger hp bawak tak? berus gigi bawak tak? spen*er bawak tak?" hrmmm too late ler bro... nasib baik dia ada bini yang efisyen macam aku ni taww. Sebelum kol 1 kitorang dah bertolak. aku ni pulak langsung tak tukar baju. pakai jer baju yg kt rumah tu. On de way tu kami singgah Tapah then ke Teluk Intan sebab hubby der keje sikit kat sana tu. Kol 5 baru selesai keje dia kt teluk intan tu.
Ada 2 sebab kenapa aku tak bagitau cikmin yang aku nak kerumah dia. sebab pertama nak buat surprise dan sebab ke 2 pulak takut nanti dah bagitau tetiba pelan bertukar la pulak. knowing my hubby tu dia suka tukar2 plan last minit. Itu pun masa kat teluk Intan dia dah berbelah bahagi nak ke trengganu ker nak ke KL.... Walaupun aku yg nak buat surprise kat cikmin tp aku risau gak takut nanti aku yg surprise sebab takder orang kat rumah dia... tak ke naya tu... kami sampai kat Bentong lebih kurang pukol 8 malam. first time tu aku pi bentong. susah jugak nak cari taman cikmin tu sebab kurang pencahayaan. tak berapa nampak tulisan kat papan tanda nama taman tu. tapi berkat ketabahan aku akhirnya sampai depan rumah cikmin. Lega rasa hati bila aku tgk kedua2 kenderaan cikmin ada depan rumah. Tapi aku tak la terus terjah rumah dia tu. Aku call dia tanya dia buat apa. pastu pura2 tanya hubby dia pegi meneger ker. padahal sah2 la aku tau hubby dia ada ahaks. pastu baru aku bagitau aku kat depan rumah dia. mulanya dia tak percaya. pastu baru dia suruh hubby dia kuar tengok... hehhehe. suka aku tau berjaya buat cikmin terkejut giler... mana la member tu tak terkejut sebab tgahri tu kami bersms elok jer aku masih kat sp... masa aku sampai tu cikmin tengah lipat kain depan tv. cepat2 member kutip2 semua baju tu simpan. kalau dapat ambik gambar masa tu kan best...hehehhe lama gak kami kat rumah dia tu. walaupun pi mengejut kami telah dijamu dengan yong tau fu yang sangat sedap.. perghh.. Len kali taknak buat surprise lagi lah. nak bagitau 2-3 hari awal barula cikmin boleh buat pizza, roti nasi, puding sensasi dan macam2 lagi lah... tak gitu cikmin? ekceli disambping kejutan itu ada lagi kejutan lain yang buat tapi tak menjadi la pulak. teknikal error kot. seminggu sebelum tu aku pos something kat cikmin tapi aku tak bagitau dia. patutnyer benda tu dah sampai tapi tak sampai ( aku rasa tak sampai sebab cikmin tak kata apa2 pun) maka aku terpaksa la bertanya dengan cikmin. memang takder pun katanya. korang nak tau lepas aku dah balik dari ganu baru benda tu sampai tau. agaknyer posmen tu sesat kot...
Itulah cerita yang aku rasa seronok sangat tu.
kat atas tu pic anak2 aku dan anak2 cikmin.

Monday, January 19, 2009
Daulat Tuanku...
Pada hari Ahad 18 Januari 2009 merupakan hari keputeraan DYMM Sultan Kedah. Jadi orang kat Kedah ni dapat la cuti umum. Dek kerana cuti itew jatuh bedebuk pada hari ahad maka weekend minggu tu panjang la sikit kan, jadi 3 hari gitu. Oleh kerana cuti hujung minggu agak panjang maka panjang jugaklah langkah aku ni. Nak tau aku pi mana? Aku telah ke kuala trengganu. Saja jer nak meramaikan lagi manusia di kuala trengganu yang memang meriah pada hari sabtu itu. Tapi apa yang paling best bukan la trip ker trengganu tapi apa yang aku alami dalam perjalanan kesana macam pepatah orang putih kata " happiness is found along the way not at the end of the road". nak tau apadia yang best tu? tungguuuuuu....... ( next entry la yea)
Thursday, January 15, 2009
Jawab Tag Lagi...
Hari ni aku nak jawab tag yang diberi oleh Cikmin yang sangat pemurah. Banyak dah tag yg cikmin bagi yang belum berjawab. Bukan taknak jawab tapi adajer halangan. Macam nak jawab tag ni, masa lah penghalangnyer. iyerlakan bukan senang nak search kat google pastu nak tempek pulak kat sini. kalau yang pakar IT, Pakar ekonomi , jaguh sukan negara boleh la jawab dengan sekelip mata tapi bagi aku yang agak2 rabun IT ni memang ambik masa la sikit nak jawab. Pastu pasal tag gambar kawen tu halangannya ialah gambar kawen. Aku taktaula album gambar kawen ada kat mana. Puas dah selongkar lemari, cari bawah katil, cari kat kitchen kabinet tapi tak jumpa jugak. serius ni bukan raja lawak. Jadi aku nak tanya pendapat korang perlukah aku bersanding sekali lagi untuk menjawab tag itew?...ahaks.
Sebelum aku melalut meh la kita tgk tag yang aku buat dengan penuh kasih sayang sambil makan mamee express.
Ni peraturan dia :
"The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tagged 5 people."
( bab nak tagged 5 people yang aku lomah ni)
1) Next year i'm..
Uisk! biar betol aku ni dah masuk 37 tahun ( Tag ni aku dapat end of 2008 jd nxt year tu kira tahun 2009 la .....)
2) I really want to go to...

Nak Pi Mekah. Harap-harap aku dapat pi sana dalam masa terdekat....
4) My favourite thing..
Lagi satu aku teringin nak pi venice. Nak pi naik gondola kat sana. Sebabnya naik gondola kat genting hiland tu tak best....
3) My favourite place
Aku suka berjalan-jalan kat shopping kompleks. kalau dapat beli barang2 yang aku berkenan lagi aku suka....
Tempat yang paling best sekali untuk melepak.
3) My favourite place
Aku suka berjalan-jalan kat shopping kompleks. kalau dapat beli barang2 yang aku berkenan lagi aku suka....
Tempat yang paling best sekali untuk melepak.
4) My favourite thing..
Aku memang suka alat2 mekap ni. Tapi aku takder la mekap beria-ia.
Hp ni wajib suka la kan. Susah kalau takder hp ni. Tambahan pulak sekarang ni aku dah ada blog. Kalau takder hp ni susah la aku nak ambik gambar.
5) My Fav Drink
5) My Fav Drink
Aku suka minum air suam. wahh macam pura-pura jer kan.
Air kelapa lagi aku suka
Yang paling aku suka air fresh oren dgn apple juice
6) My fav food
6) My fav food
aku suka makan cookies
Aku jugak suka makan pizza tetapi buat masa ini terpaksa di hentikan kegemaran ini sebab nak boikot benda2 yang ada kaitan dengan US
7) My fav color
7) My fav color
Sekarang ni aku suka kaler yang coklat2 macam ni. Mungkin jugak faktor usia mempengaruhi kaler kesukaan aku ni.
Dari aku kecik2 sampai dah jadi mak budak aku masih suka kaler pink. Tapi aku tak la berhasrat nak beli kereta kaler pink macam dalam gambar tu.
8) I live in
Inilah daerah tempat aku tinggal sekarang ni. Ader sesaper yang penah datang sini?
9) I was born in
10) A nickname i had
Gambar nickname ni yang paling susah nak cari. macam yang korang tau kan yuka tu kan nick name aku. bila aku search images yuka kat google tu kuar macam2 gambau yg pelek2. gambau pompuan2 seksi gitu. Ada sesetengah tu aku sendiri takut nak tengok. Jadi aku pun terpaksa la berfikir dgn lebih kreatif. Gambar diatas adalah pakaian pompuan jepun yang di panggil YUKAta. Jadi ada lajuga nama aku kat situ kan. Ok judges boleh terima tak gambar tu? hehhehee.
11) My College Major

12) My Bad Habit
Tabiat buruk aku ialah aku ni kadang2 macam malas jer sikit. Sebab tu lah tag ni pun lambat nak berjawap. ahaks...
13) My Hobby
13) My Hobby
Orang malas pun ada hobi ker? hehehhee. hobi yang sesuai untuk org malas apa lagi kalau tak menonton tv.
Walaupun aku malas tapi aku suka baca buku.
14) I Wish
Aku mengharapkan aku hidup sihat sehingga tua nanti tanpa dihinggapi oleh penyakit2 yang kronik.
Apa lagi yang diharapkan oleh manusia di mukabumi ini selain dari mempunyai keluarga yang bahagia. betul tak?
Fuhhhh! berjaya juga aku menjawab tag ini. 2 hari aku buat tag ini tau... hari pertama cari gambar jer. hari kedua baru tempek kat blog.

award...
Monday, January 12, 2009
Jalan-jalan Hujong Minggu....
Hari sabtu haritu aku & the family pegi central square (org sp tau la tempat ni) sebab nak merepair laptop hubby yg rosak. Pastu kan masa kat kedai tu ader la kawan hubby tepon nak jumpa dia pasal keja la kot. Aku malas nak pegi sama jadi aku dan anak2 stay jer la kat shopping complex tu. Sepemergian hubby aku tu kami (aku & anak2) pun meronda-ronda kat situ. then kami terjumpa booth untuk ambik gambar yang boleh buat sticker tu. Macam dalam gambar kat bawah ni. anak aku beria-ia ambik gambar kat situ. mulanya aku malas la tapi bila depa ungkit yang aku penah ambik gambar kat booth macam tu masa di jepun dulu2 tu maka aku pun ikut la jugak. sajala kan nak bagi anak-anak aku merasa benda2 macam tu. lagipun masa aku kecik2 dulu takder pun benda2 cam gini.
so kami pun masuk la ambik gambar dalam booth tu. Ingat kan 2-3 kali jer . rupa2nya kena ambik sampai 6 kali. Aku sampai dah taktau nak buat gaya cemana.
so kami pun masuk la ambik gambar dalam booth tu. Ingat kan 2-3 kali jer . rupa2nya kena ambik sampai 6 kali. Aku sampai dah taktau nak buat gaya cemana.
Inilah sebahagian gambar yang kami ambik. Gambar tu dijadikan sticker. bolehla lekatkan kat mana2. Gambar ni nampak blurr sikit sebab dia ada glitters. Jadi bila aku ambik semula dgn camera biasa nampak la mcm kelabu asap sikit tu. Tapi best gak la sesekali buat benda2 merepek macam tu. Nasib baik hubby aku takder masa tu kalau dia ada jgn harapla dia bagi buat benda2 merepek meraban macam tu.
Tuesday, January 6, 2009
Tragedi Pencil Case
Salam. Bertemu kita sekali lagi. Harini aku nak cerita pasal 1 tragedi yang menyayat hati. Jadi sesiapa yang berjiwa sensitif tu harap2 dapat la standby tisu kat sebelah semasa membaca entry ini. Kisah ini memang benar-benar berlaku, tiada yang tidak benar melainkan benar belaka. Cerita dia macam ni. Anak pompuan aku yang pertama tu kan memang dah lama nak beli pencil case macam dalam gambar kat bawah ni.
Oleh kerana tahun lepas dia dah ada pencil case maka aku mencadangkan pensil case tersebut dibeli untuk sesi persekolahan tahun 2009. ( sebenarnya aku takmau beli pun saja ja bagi lama2 sikit nanti dia dah tak minat la dengan pencil case tu. hehehhe. jahat tak aku?) Tetapi telahan aku silap sama sekali. Dia memang tak lupa dengan pencil case tu. Baru sahaja cuti sekolah ujong tahun bermula 2 minggu, dia dah suruh aku beli pencil case itew. Mula-mula aku buat derk jer la. Tapi dah hari2 dok merengek mintak belikan benda alah tu maka aku pun terpaksa la beli jugak. Sejak hari itu pi mana2 pun dia bwk la pencil case tu. hatta balik kampong ( nak menunjuk kat kazen dia la tu) dan semasa kami ke PD haritu pun dia bwk jugak. Pastu siap tak sabar tunggu sekolah buka sebab dah tak sabar nak menayang dekat kawan-kawan pulak.
Akhirnya hari yang di tunggu pun menjelang tiba. Malam sebelum hari pertama persekolahan itew aku tengok anak aku sibuk menulis nama di buku-buku yang telah dibeli. Setelah selesai semua buku dimasukkan dalam beg. Keesokkan paginya aku dan suami pergi menghantar ketiga-tiga anak aku ke sekolah. Lepas hantar kami pun balik kerumah tengok2 pencil case dia teringgal kat rumah.
" kesian nayli tu punya la lama tunggu sekolah nak bukak sebab tak sabar nak guna kotak pensil tu tiba2 hari ni di tinggal pulak" kata aku kat suami.
"Hrm tu la niat nak menunjuk terus lupa nak bawak" kata suami aku .
selepas tu aku dan suami ketempat kerja macam biasa. Kemudian tu kan dalam kira-kira jam 2.00 petang anak aku menalipon aku di ofis sambil menangis meraun-raung. sudah! per hal lak budak ni. tanya aku dalam hati.
" Mummy tadi nayli tinggal kotak pensil kat rumah." kata anak aku sambil menangis
"kan ada kat depan atas tv tu" kataku pula
" tak. manada kat situ ada atas meja. kotak pensil tu dah rosak. ebiboy gunting" katanya sambil meraung dengan lebih kuat.
Astaga... belum sempattayang kat kawan-kawan guna dah jadi arwah kotak pensil tu. sedeh tak cerita ni? bagi aku memang sedeh la sebab aku kene kuarkan duit rm14.90 lg sekali untuk menggantikan kotak pensil itew.
Oleh kerana tahun lepas dia dah ada pencil case maka aku mencadangkan pensil case tersebut dibeli untuk sesi persekolahan tahun 2009. ( sebenarnya aku takmau beli pun saja ja bagi lama2 sikit nanti dia dah tak minat la dengan pencil case tu. hehehhe. jahat tak aku?) Tetapi telahan aku silap sama sekali. Dia memang tak lupa dengan pencil case tu. Baru sahaja cuti sekolah ujong tahun bermula 2 minggu, dia dah suruh aku beli pencil case itew. Mula-mula aku buat derk jer la. Tapi dah hari2 dok merengek mintak belikan benda alah tu maka aku pun terpaksa la beli jugak. Sejak hari itu pi mana2 pun dia bwk la pencil case tu. hatta balik kampong ( nak menunjuk kat kazen dia la tu) dan semasa kami ke PD haritu pun dia bwk jugak. Pastu siap tak sabar tunggu sekolah buka sebab dah tak sabar nak menayang dekat kawan-kawan pulak.
Akhirnya hari yang di tunggu pun menjelang tiba. Malam sebelum hari pertama persekolahan itew aku tengok anak aku sibuk menulis nama di buku-buku yang telah dibeli. Setelah selesai semua buku dimasukkan dalam beg. Keesokkan paginya aku dan suami pergi menghantar ketiga-tiga anak aku ke sekolah. Lepas hantar kami pun balik kerumah tengok2 pencil case dia teringgal kat rumah.
" kesian nayli tu punya la lama tunggu sekolah nak bukak sebab tak sabar nak guna kotak pensil tu tiba2 hari ni di tinggal pulak" kata aku kat suami.
"Hrm tu la niat nak menunjuk terus lupa nak bawak" kata suami aku .
selepas tu aku dan suami ketempat kerja macam biasa. Kemudian tu kan dalam kira-kira jam 2.00 petang anak aku menalipon aku di ofis sambil menangis meraun-raung. sudah! per hal lak budak ni. tanya aku dalam hati.
" Mummy tadi nayli tinggal kotak pensil kat rumah." kata anak aku sambil menangis
"kan ada kat depan atas tv tu" kataku pula
" tak. manada kat situ ada atas meja. kotak pensil tu dah rosak. ebiboy gunting" katanya sambil meraung dengan lebih kuat.
Astaga... belum sempat
Sunday, January 4, 2009
Jawab Tag
Salam. Hari ini aku nak jawab tag yang diberikan oleh cikmin. tag ni tentang purse/begduit/dompet. Ekceli hari ni aku busy body tapi disebakan aku dah berjanji dengan cikmin ni untuk menjawab tag ini dalam tempoh 72 jam dari tag ini diterima maka terpaksa la aku curi2 masa masa untuk mennagkap gambar purse aku tuh dan menepek di blog aku ni. Meh ler kita tengok cemana rupanya purse aku tu.
Kat bawah ni dia punya rules ang regulations:
1) Snap the picture both inner and outer of your wallet
2) Introduce the wallet brand, price and where you buy
3) take out whatever its inside your wallet (at least 5 pictures)
4) Snap the picture of the wallet and yourself
5) Tag another 5 person
Macam ini la rupanya purse aku yang aku usong ke sana kemari. Memang buruk sikit la rupa dia tu. kaler pun tak berapa menarik. Tapi walaupun rupa tak elok, aku sayang sangat purse aku nih. Purse ni sebenarnya pemberian teman aku yang pegi astolia 2 tahun lepas. maknanya dah 2 tahun la aku guna purse ni. (patutla buruk. ahaks) . Aku rasa purse ni takder brand kot. tapi ader engrave peta astolia dan tulisan astolia. harganya pulak kompom aku taktau. sebab aku dapat pree jer. Takkan nak tanya rega pulak kan?
setelah aku kuar kan isi dompet tu baru aku tau serba mak nenek der dalam tu. Macam2 kad ada. ada kredit kad, kad atm,kad pengenalan, kad touch'n'go, lesen memandu dan kad2 klinik. kad pengenalan pulak aku ada 2 yang lama dan jugak yg bermutu tinggi tu. sebabnyer pihak JPN telah tidak memasukkan no kad pengenalan lama dalam kad pengenalan baru tu. Jadi mereka kenala bagi aku kad lama aku tu jugak. kalau nak buat kad baru tu lagi sekali pun boleh gak tapi kene la bayar seploh hengget. malas la kan bukan salah aku pun. patut buat pree jer la.

Kalau korang tengok kat real life memang kembong giler dompet aku ni. mana idaknya dompet aku ni wild organized. Macam2 der dalam tu. ader pic anak2. Duit pun der gak tu. ader duit brunei, duit rupiah yang lebih masa trip ke bandung haritu pun ada lagi 300 ribu. Biasanya duit rm1 byk dlm dompet aku tu. tapi harini dah tak banyak sebab aku dah bagi kat anak2 untuk belanja di sekolah harini. ( hari pertama sekolah kat kedah ni)
setelah aku kuar kan isi dompet tu baru aku tau serba mak nenek der dalam tu. Macam2 kad ada. ada kredit kad, kad atm,kad pengenalan, kad touch'n'go, lesen memandu dan kad2 klinik. kad pengenalan pulak aku ada 2 yang lama dan jugak yg bermutu tinggi tu. sebabnyer pihak JPN telah tidak memasukkan no kad pengenalan lama dalam kad pengenalan baru tu. Jadi mereka kenala bagi aku kad lama aku tu jugak. kalau nak buat kad baru tu lagi sekali pun boleh gak tapi kene la bayar seploh hengget. malas la kan bukan salah aku pun. patut buat pree jer la.
Akhir sekali aku kene amik gambar dengan purse aku nih. pic kat atas ni aku tgh posing dengan purse antik aku tu. hehehhe. ok dak gaya macam tu?
yang jadi masalah sekarang ni nak kene tag 5 orang kawan. mana aku der kawan byk tu. Jadi sesiapa yang baca blog aku ni otomatikla kene tag dengan aku ni. boleh gitu?
p/s: cikmin dah jawab tag no 2 ni.
Thursday, January 1, 2009
gudbye 2008.... welkam 2009
Salam.. Tanpa disedari 2008 dah pun melabuhkan tirainya. Banyak peristiwa pahit manis yang berlaku dalam hidup aku sepanjang tahun 2008. Yang paling pahit bagi aku ialah pemergian insan tersayang pada 17 mac 2008. Yang manis der banyak sangat... antaranya aku telah berjumpa dengan beberapa orang blogger. Mereka ialah Cikmin, kaksya, kak anie dan pnut. Rasanya banyak lagi yang manis2 tapi aku dah luper daa..
Bila sebut bab tahun baru ianya memang sinonim dengan azam. aper azam korang? aku ada azam tapi malas nak bagitau ngn orang azam aku tu sebab aku tau takkan tercapai punya.
Akhir kata aku ucapkan Selamat Tahun Baru Kepada semua pengunjung blog aku yang aku sayang semoga terus setia untuk mengunjungi blog aku ni pada tahun 2009. Sempena tahun 2009 ini aku harap kita semua kan menjadi lebih baik, lebih berjaya, lebih rajin berblog,lebih slim ( untuk yg tgh berdiet) , lebih cun dan lebih ensem dari tahun sebelumnya...Insyaallah...

Subscribe to:
Posts (Atom)