Friday, December 5, 2008

Rebonding....guna jari pun bolehhhh

Hari ini aku cuti. Hubby lak pegi kl. So oleh kerana bosan kat rumah aku pun pegi la buat rebonding rambut. Memang dah lama aku nak try teknik ni tapi selalu takder masa. sebab nak buat benda ni amik masa lama. Itupun sebelum aku pegi kene berleter dengan anak (dah terbalik pulak) sebab sebelum tu dia mintak duit yuran tusyen kelas piano tapi aku cakap takder duit, aku suruh dia mintak ngn daddy diorang. tetiba dia tengok aku nak pegi buat rebonding ni. terus dia kata macam ni:



" Mummy ni tadi nayli mintak duit kelas piano mummy kata takder duit. Ni nak pi buat rebonding ada duit pulak. Rebonding tu lagi mahal. Orang bagi duit untuk anak belajaq dulu"



isk..isk..isk adeh la kena aku sebijik. Tapi aku jawab balik macam ni:



"Ala duit piano tu petang ni ker esok2 ker pun boleh. Rebonding kene buat sekarang. Kalau daddy ada nanti dah tak bley pi buat". hehhehehe adakah aku seorang ibu yang selfish? lu pikir la sendiri. ahaks.

Memang lama sungguh buat benda tu. Dari pukol 12.30 sampai pukol 4.30 baru siap. Hingga sakit belakang aku sebab terlampau lama duduk. Adakalanya aku dudk bersila atas kerusi . Ada ketika tu siap bertimpuh lagi sebab dah taktau nak duduk cemana nak bagi selesa. Bab lapar tu tak usah cakapla. Memang berbunyi-bunyi perut aku. Hambik kau nak buat sangat rebonding tu. Hasilnya? hrmm sikalang ah muka aku sudah itu macam pelempuan cina maa.....

2 comments:

Cikmin said...

Haiyak....sgguh2 la selfish...hehehehe....xdpt ku bayangkan..sorg pompuan cino yg bertudung..ahaks....

yuka said...

cikmin- kuang...kuang...kuang