Thursday, December 4, 2008

Kursus...kursus...

Bulan November lepas aku pergi kursus di Pulau Langkawi. Aku memang suka sangat kalau kena berkursus atau pun bermeeting di Pulau Langkawi. Walaupun ini mungkin merupakan
kunjungan aku yang ke 59 ke Pulau Langkawi aku tetap teruja nak kesana. Kali ini tempat kursus diadakan di Hotel Helang nun di padang matsirat . jauh tu dari jeti. Kalau yg dtg dgn flight tu memang ok la sebab hotel tu sebelah airport. Sebenarnya aku sendiri tak penah ke hotel tu. cemana rupa hotel tu pun aku taktau. menurut kata kawan aku ( dia pun dengar cerita orang ). hotel yang aku nak pegi tu banyak nyamuk. Nak tido pun tak selesa. Tak dapat aku bayangkan cemana rupa hotel itew. Tapi tak kisahla kan. bukan nak kene bayar pun. so masa dalam teksi tu aku dok imagine cemana la rupa hotel tu. Sebaik jer sampai dekat hotel tu terjawab la persoalan aku. Ini lah rupa hotel tu. tadaaa.....




Ini entrance hotel tu....

( berkata jugak aku dalam hati takkan hotel besar macam ini pun banyak nyamuk)




Luasnya bilik.... first time aku pi kursus dpt bilik besar macam ni.
Bilik air dia pun besar tapi aku lupa nak ambik gambar.




Ini pulak gambar lobi dari tingkat 1. memang spacious betul la.

Kesimpulan kat sini ialah fakta yang aku terima tentang hotel tu memang tak benar sama sekali.




Kursus di langkawi tu berjalan dengan lancar. walaupun agak membosankan pada mulanya. Mana la tak bosan penceramah tu cakap lambat sangat. Pastu dia tu pulak statik jer kat depan tu. Memang aku betul2 bored to death. i tell you.(teringat pulak komen hattan masa konsert af3) . Apa yang pasti keburukan berkursus di Langkawi ialah walaupun tempat yang disediakan cukup selesa, cukup aman dan tenteram tapi peserta tak dapat nak bg tumpuan sebabnya jiwa diorang tak tenteram dan dalam hati bergelora kerana diseru-seru oleh kedai Idaman suri dan hj ismail grup.hehhehehe. Diorang ni pulak kan kalau beli tu sampai tak hengat. Kalau boleh 1 pulau tu diorang nak hangkut. Aku bukan nak main tuduh2 sembarangan. kalau tak percaya cuba tengok gambar kat bawah ni.





Ini la barang2 yang dibeli. Datang kursus bawak sorang 1 jer beg. Time nak balik beg tu dah beranak pinak jadi 2-3 beg sorang. Nasib la aku tak K.O di timbus oleh beg2 itew.



Beg aku pun beranak jugak. tapi anak kecik jer hehehehee. Ini jer yang aku beli untuk diri sendiri masa pegi Langkawi tempohari. Yang lain2 tu aku cuma beli cekelat dan cashew nut.


Aku balik dari kursus hari jumaat. Hari Hari ahad lepas tu aku kursus lagi. Tapi kali ini di INTAN sg. petani jer. Jadi aku berulang -alik hari2. Tak habis2 dengan kursus. Bila tak habis2 kursus maka aku pun tak berenti-renti makan. bila tak berenti-renti makan maka badan aku pun dah terasa berat. Pipi aku dah makin tembam. sampai ada teman2 yang tegur. AKu perlu lakukan sesuatu . MUlai lepas hari raya haji aku akan mendisiplinkan diri aku untuk melakukan senaman supaya badan aku tidak menjadi bertambah berat.huhuhu.










2 comments:

Cikmin said...

huahuahua..ye ke berat??tgk ada la mcm bdk skolah je yuka ni..

yuka said...

ye ker macam budak sekolah? tapi budak sekolah pun ada yang berat kan.ahaks....