Sunday, March 17, 2013

sticky traditional hand-made yummy

Korang penah makan tak sticky ni? sticky ni sejenis gula-gula yang dibuat secara tradisional menggunakan tangan. candy yang masih lembut di uli dengan tangan. nak buat corak dalam sticky tu pun guna tangan sehinggalah ke peringkat memotong sticky tu. sebab tu la sticky tu ada yang panjang ada yang pendek size dia. 
Uniknya gula-gula sticky ni kat dalam dia tu ada corak/gambar. ada gambar buah-buahan, kereta, tulisan sticky dan macam-macam lagi. gula-gula sticky ni sangat kiut okay! nak makan pun sayang. pastu rasa dia pun sangat la sedap. sesetengah gula-gula tu warna jer berlain tapi rasa sama. tapi sticky ni tak macam tu. ada rasa lemon, kiwi, grape, mint pun ada kot. 

Aku ni kenal dengan sticky pun sebab anak2 la. depa yang tau benda-benda macam ni. sticky ni pulak katanya hanya terdapat di pavillion , 1 Utama dan KLIA sahaja. negeri -negeri lain kat malaysia xdak jual benda ni. mintak mahap... anak aku pulak bila teringin makan benda ni sanggup mintak kazen yang dok kl tolong beli lepas tu kurier hantar ke sp. kos penghantaran pun dah 10 hengget...2 hari lepas kami pi kl, makanya anak aku takmau melepaskan peluang untuk pergi ke kedai sticky yang dekat pavillion tu. Kat situ aku tengok sendiri la bagaimana depa buat benda tu. sebelum ni aku tengok kat youtube ja..memang kreatif la depa tu...yang best tu korang boleh tempah untuk tulis nama korang dalam sticky tu...tapi kena tempah dalam kuantiti yang banyak la... aku tgk ada org tempah untuk bagi cenderamata untk majlis kawen. so dlm sticky tu ada nama pengantin..unik kan?

11 comments:

lila. said...

wahhh sedapnyaa. teringin mau makan juga .. tp saya di sabah :(

yuka said...

cik vanilasusu- x rugi pun kalau x dapat makan benda tu...tp kalau teringin jugak mintak kwn di kl tolong belikan

Cik Nor said...

apa function dia?huhu

yuka said...

normi- function dia mcm gula-gula lain la jugak cumanya sticky ni terlampau kiut nampak mcm plastik

myezatul aQma said...

comelnya..mcm tak sanggup nak mkn

yuka said...

myezatul aqma- memang pun rasa x sanggup nak makan. sebab pertama sticky tu terlampau kiut sebab kedua pulak mahal sangat...

lila. said...

yakan. natie saya minta kirim. hehe. tq bagi infomasi ttg gula2 comel nie ^^

anakMommy said...

macam teringin je

zahidahwahid said...

comelnya...

Unknown said...

tak pernah dengar lagi. halal ke ?

Canon Rider said...

Ada jugak merasa sticky tu kat KLIA2.. sedap laa jugak