Monday, March 4, 2013

Krisis Pencerobohan di Lahad Datu

krisis  pencerobohan oleh tentera sultan sulu masih berlarutan. sebelum ni aku ingat kes ni tak la serius sangat, boleh ditangani dengan mudah oleh kerajaan kita. ternyata sangkaan aku meleset sama sekali. krisis pencerobohan ini semakin besar hingga telah menyebabkan 8 anggota keselamatan kita terkorban
( Al-Fatihah untuk semua mangsa). Mula-mula aku heran jugak apasal la lambat sangat kerajan kita nak bertindak terhadap penceroboh2 tu, selepas aku cari maklumat di tenet rupa-rupanya bukan mudah isu ini hendak ditangani. bukan macam nak bunuh lalat. spray ja ridsect kat lalat tu habis cerita.

 Dalam kes ini katanya tentera penceroboh dalam hutan pada ketika krisis ini tersebar mungkin hanya 100 orang lebih, tp puak2 sultan sulu yg berpakaian biasa ada dalam bandar lahad datu dan sekitarnya hampir ribu kot jumlahnya. Ini yang jadi masalah. kalau kita serang tentera mereka yang dalam hutan tu takut orang2 mereka yg dalam bandar serang rakyat tempatan.

 Berita terkini yg aku baca dalam akhbar mereka ini telah memasuki 3 kawasan iaitu lahad datu, semporna dan manuk. Aku harap sangat krisis ini dapat diselesaikan segera dan malaysia kembali aman. Mantan PM (Tun Mahathir)  pun kata depa elok ja di serang habis-habisan. sebab depa ni bukan jenis yang boleh bawak berunding. Pastu siap menipu lagi. Angkat bendera putih pastu serang polis kita. memang tidak bermoral langsung.

Tapi aku pelik jugakla cemana mereka ini boleh terlepas masuk ke negara kita dengan bersenjata macam tu? xdak orang jaga ka laut kita? Dimana alat2 ketenteraan kita yang canggih?

6 comments:

alin alias said...

betul tu, tertanya tanya gak mcm mn diorang boleh masuk dalam negara dengan senjata mcm tu..

apa2 pun Al-Fatihah kepada yg terkorban, dan takziah kepada keluarga mereka..

noornazuha said...

kadang2 diowg suka sebarkan khabar angin yang melampau lampau...tayang gambar yang x ada kena mengena..tu yg geram....!

Ya ALya said...

doakan semuanyer selamat...samala mula2 ya pun ingat tak serious,rupanyer sangat serious....hati ni takut,Allah je yg tahu....

yuka said...

alin- undang2 malaysia ni longgar sgt kot. mungkin lepas kejadian ni kawalan akan diperketatkan.

zuha- yg geram tu kabar angin melampau pastu dipolitikkan pulak.

ya alya- memang takut rasa macam palestine pulak boleh diceroboh. tp yg malangnya malaysia negara kuat tp x mampu nak lawan sulu tu. mungkin terlampau berlembut

Azuria Abdullah said...

hurmm..takutnye kak..
al-fatihah buat wira yg bkorban utk negara...

El Hardy said...

pembetulan : xda nma tempat 'manuk' dekat sabah ni,klu pulau manukan adala.mungkin Kunak kot..klu nk baca review terperinci,konspirasi teori n info terkini ttg insiden lahad datu,just visit my site k...

btw, 'manuk' tu bermksud 'ayam'. :)