Sebenarnya entry kali ini yuka nak citer pasal doa ketika mengerjakan umrah. Yuka bukan nak berkogsi doa yang perlu dibaca ketika buat umrah, okey. Yuka nak berkongsi doa-doa yang dikirim oleh anak2 yuka ketika ayah mereka nak pergi umrah 2 minggu lepas. Kesahnya begini, saat2 nak bertolak ke airport tu anak2 yuka tu pesan macam2la kat ayah diorang untuk didoakan disana..oleh kerana banyak sangat permintaan mereka tu..hubby yuka minta anak yuka tulis dalam buku nota sebab takut terlupa bila kat Mekah nanti. Maka anak yuka pun tulis la dalam buku.
Masa tengah bosan dalam kapalterbang tu hubby yuka nak tengokla apa permintaan anak2 bertuah dia tu...kat bawah ni adalah doa yang minta dibacakan oleh ayah mereka ketika di Mekah ( mulanya yuka nak scan jer buku nota tu baru boleh tengok sendiri tulisan diorang tu..tapi x cukup masa la pulak nak buat semua tu. so yuka type balik la apa yang diorang tulis)
Antara permintaan mereka:
1. Bagi Marsya dapat 5A dalam UPSR
2. Bagi Nayli dapat 8A dalam PMR
3. bagi Danial dapat semua A dalam SPM
4.Bagi thaqif dan firas pandai dan rajin beribadat
5. bagi buah kelapa sawit berbuah cepat dan banyak
6.Bagi walid beli kereta starex atau alphard
7. Temukan jodoh kepada bibik
8.Bagi walid dapat banyak projek
9. bagi nayli dapat i-pod
10. bagi keluarga maklong murah rezeki
11.Ampunkan semua dosa umat Islam
perghh banyak betoi permintaan depa tu. Sangat duniawi kan. hubby aku kata doa yang nombor 7 tu dia tambah sikit. dia doakan bibik dapat jodoh lepas tamat kontrak..hehhe..kalau dapat jodoh sekarang jenuh la pulak kami nak mencari bibik baru...
4 comments:
amin utk semua doa2 tu ^^
wakakakak...sabaq jek baca tau...!
caliph- tq..moga semua doa itu dimakbulkan...cuma yg no 7 tu lambat sikit pun xper..hehehe
cikmin- semua tak sabaq tunggu hasil sawit..
Amin...
yang penting doakan diberi yang terbaik....
kadang2 apa yang kita nak tu tak semestinya baik untuk kita
Post a Comment