Tuesday, March 6, 2012

Doa Ketika Mengerjakan Umrah

Salam Sejahtera semua..yuka doakan semoga anda semua sihat walafiat disamping keluarga dan teman-teman tersayang...Dah lama yuka tak update blog  kan...terima kasih yuka ucapkan kepada pengunjung  blog yuka yang sentiasa memberikan sokongan kepada blog yuka ni...Kebelakangan ini yuka tak dapat nak update blog sebab bz dengan tugas2 kat ofis ...pastu dicelah-celah kebizian tu yuka kena pegi meeting di Jitra la  then 2 hari lepas tu kena pi putrajaya pastu lepas ni yuka nak bercuti panjang pulak...makanya terpaksala siapkan kerja yang banyak itew dalam tempoh yang singkat... Yuka bercuti panjang sebab lusa nak ke Jakarta/bandung ( ada blogger kata yuka balik kampung..hehehe) mana tak balik kampong kan tiap2 tahun pi sana...biasanya yuka pi sana sebab nak jadi orang kaya...jutawan gitu...shopping pun syok jer kat sana...ada kalanya rasa macam selebriti la pulak...mana taknya turun jer dari kenderaan orang datang serbu...tp depa tu bukan la nak minta sain autograf ...Ops da terkeluar tajuk la pulak..len kali la yuka citer pasal tujuan pi jakarta tu...

Sebenarnya entry kali ini yuka nak citer pasal doa ketika mengerjakan umrah. Yuka bukan nak berkogsi doa yang perlu dibaca ketika buat umrah, okey. Yuka nak berkongsi doa-doa yang dikirim oleh anak2 yuka ketika ayah mereka nak pergi umrah 2 minggu lepas. Kesahnya begini, saat2 nak bertolak ke airport tu anak2 yuka tu pesan macam2la kat ayah diorang untuk didoakan disana..oleh kerana banyak sangat permintaan mereka tu..hubby yuka minta anak yuka tulis dalam buku nota sebab takut terlupa bila kat Mekah nanti. Maka anak yuka pun tulis la dalam buku.

Masa tengah bosan dalam kapalterbang tu hubby yuka nak tengokla apa permintaan anak2 bertuah dia tu...kat bawah ni adalah doa yang minta dibacakan oleh ayah mereka ketika di Mekah ( mulanya yuka nak scan jer buku nota tu baru boleh tengok sendiri tulisan diorang tu..tapi x cukup masa la pulak nak buat semua tu. so yuka type balik la apa yang diorang tulis)
Antara permintaan mereka:
1. Bagi Marsya dapat 5A dalam UPSR
2. Bagi Nayli dapat 8A dalam PMR
3. bagi Danial dapat semua A dalam SPM
4.Bagi thaqif dan firas pandai dan rajin beribadat
5. bagi buah kelapa sawit berbuah cepat dan banyak
6.Bagi walid beli kereta starex atau alphard
7. Temukan jodoh kepada bibik
8.Bagi walid dapat banyak projek
9. bagi nayli dapat i-pod
10. bagi keluarga maklong murah rezeki
11.Ampunkan semua dosa umat Islam

perghh banyak betoi permintaan depa tu.   Sangat duniawi kan. hubby aku kata doa yang nombor 7 tu dia tambah sikit. dia doakan bibik dapat jodoh lepas tamat kontrak..hehhe..kalau dapat jodoh sekarang jenuh la pulak kami nak mencari bibik baru...


4 comments:

caliph shuriken said...

amin utk semua doa2 tu ^^

Cikmin said...

wakakakak...sabaq jek baca tau...!

yuka said...

caliph- tq..moga semua doa itu dimakbulkan...cuma yg no 7 tu lambat sikit pun xper..hehehe

cikmin- semua tak sabaq tunggu hasil sawit..

Ohno!!! said...

Amin...
yang penting doakan diberi yang terbaik....
kadang2 apa yang kita nak tu tak semestinya baik untuk kita