Monday, April 4, 2011

ABPBH 2010 : Saheizy Sam menang...

Semalam telah berlangsung majlis ABPBH yang telah diwar2kan sekian lama dengan jayanya....Bintang paling fofular telah dimenangi oleh saheizy sam...tahniah sam..kalaula datuk ct tak tarik diri agak2 si sam tu boleh menang tak? bertuah  si sam tu dapat keter sebijik..haritu david teoh dah bagi rumah kat dia...pastu dapatlak barang kemas ratus2 ribu...so tak heranla kan bila mak dia pulak yang terlebih excited...anak yang menang tapi mak yang buat ucapan dulu...huhuhu

Oleh kerana malam tadi ada ABPBH so kat ofis aku pagi ni gossip2 orang2 kat ofis aku ni dah tentu la berkaitan dengan ABPBH...yang tak sempat tengok malam tadi sibuk la menanya seiapa pemenang dan siapa pengalah...aku ni cuma dengar dan memerhati dari jauh...sesambil buat keje aku dengar la sorang staff aku ni yang taraf makcik2 bercakap tentang pemenang malam tadi.

Lebih kurang macam ni la perbualan diorang tu:

makcik h: yuna menang penyanyi wanita popular. anak julie dahlan menang artis paling popular

aikkk!!! terkejut aku...sejak bila si sam tu jadi anak julie dahlan...tapi buat derk je malas nak betulkan fakta tu...pastu ada la staf lain yang muda sikit bagitau

staf muda : yang tu bukan anak julie dahla. dia tu adik zizie ezzette

makcik h: oooo tu kaa...tengok dia peluk mak dia tu nampak macam julie dahlan

wakakka...engko pi buat spek baru la makcik h..kata aku ( tapi dalam hati la )

staf muda : si zizie tu putih betul. kulit dia sama kaler dengan nasik. haritu tengok drama apa tah masa dia makan nasik sampai taktau yang mana tangan dia yang mana nasik...

makcik h : tangan kita pun sama kaler macam nasik. tapi nasik yang dah campur kuah masak kicap...

HAHAHHAAHHA...semua pakat gelak.....pandai jugak makcik h tu buat lawak...

6 comments:

Along Usop said...

nasik campur kuah kicap... muahahahahahahahah.... =p

Unknown said...

lawak lah makcik tu..sempat buat lawak tu

suffer8zine said...

tahniah sam

Terkini : Senarai Keputusan Dan Calon ABPBH 2010-2011 | Penyelesaian Masalah Error Button Older Post

yuka said...

Along/Ila- lawak selamba jer makcik h tu..hik3

suffer8zine- bertuah sam tu kan

kak long said...

kaklong peminat setia sam...lakonan dia best!..dia tak sombong..rajin update kat fb...:))

yuka said...

kak long- kak yuka tau kewujudan dia masa dia berlakon citer kasanova xxl. nak add dia kat fb gak la..hehhe