Salam semua...entry seterusnya tentang percutian aku ke vietnam ni lebih banyak menggunkan cerita bergambar...sebabnya aku tak larat dan takder idea nak mengarang...
Haritu seabik sahaja sampai di airport kami terus naik teksi menju ke Mai Hotel (pastikan ejaan hotel tu..sebab ada 1 lagi May hotel) aku xder buat booking pun...terus pergi macam tu jer... hotel tu aku cari kat tenet...tengok dalam gambar macam best jer bilik dia...katil pun nampak gebu...sebab tu aku pilih hotel tu...kalau tak best boleh tukar hotel lain untuk mlm berikutnyer ....Hotel kat vetnam macam di Indon jugak...kita boleh tengok dulu bilik tu...kalau berkenan on je la kan...
Inilah bilik yang kitorang ambik...tak dapat jadi VIP kat Malaysia jadi VIP sekejap kat vetnam pun jadi la kan.....
Bilik ni luas...ada ruang tamu...
Kemudahan PC dan internet pun ada... tapi bilik2 lain xder pc...hanya ada WIFI... ok gak kan...kalau hotel kat Malaysia banyak yang takder kemudahan internet free ni...
Ini bilik mandi dia yang sangat besar dan modern style...ada jacuzzi lagi... semua jenis bilik ada jacuzzi ni
Ini bilik tido...katil dia macam dalam gambar yang aku tengok kat tenet tu... selesa dan gebu kan?
Ini sebahagian dari bilik air dia...
Ok dah habis bab bilik...ni aku nak tunjuk apa yang kitorang makan kat sana...
(aku taktaula knp gambar ni takmau dok kat center tu)
Yang ni lunch hari last...kitorang makan dekat kedai yang nama dia halal saigon...kedai ni tak jauh dari hotel...aku makan mee goreng mamak..hb aku pulak makan nasik goreng...semua harga dia lebih kurang USD14.00
Ni korang pun tau kan buah apa...yang sebelah kiri ialah buah longan yer adik2..manakala yang merah tu buah rambutan...buah rambutan kat sana bulat2 dan kecik sikit size dia...tapi buah longan tu besar...macam size buah laici...rasa dia pulak tersangat la sedap juicy bersari dan seumpamanya...kalau tak silap aku harga longan tu RM10/kg...mahal gak kan...
Ini motor Vespa...masa kat sana hb aku cukup berkenan dengan motor vespa ni...kitorang sampai siap pegi kedai motor tanya harga...tapi memang mahal la... RM23k++ sebijik
Belakang Hb aku tu post office...mula2 kami ingat yang tu railway station...kami pun masukla dalam tu nak tengok cemana rupa stesen keretapi kat sana...sampai dalam tu baru tau yg tu pejabat post...best gak post office diorang tu...kat vetnam tu semua tempat ditulis dalam bahasa ibunda diorang jer...takder dalam bahasa inggeris...tu yang susah sikit
Yang ni pulak telefon awam yang terdapat dalam pejabat pos...kat vetnam ni susah nak beli simkad...tak macam indon kita boleh beli je kat mana-mana...haritu kami pun menggunakan telefon awam tu la untuk telefon anak2 di rumah...kos panggilan RM1/minit...tak la mahal sangat kan...sekali tu je pun kitorang call ...hari2 lain chat kat FB jer dengan bebudak kat rumah...
Berhadapan psot office ada church.... Haritu adala 2-3 couple yang kawen...lepas kuar church diorang posing2 la kt luar tu...macam2 gaya la depa buat...fotografer pun sampai baring2 atas jalan....
Jom kita merempit...hahaha
Hari ke-3 kami sewa motorsikal...hb aku nak sewa vespa...tapi diorang tak buat sewa sebab vespa mahal...pastu kami pun sewa motor lain bentuk sebijik macam vespa tapi nama dia attilia kot... mula2 tu aku gerun gak nak naik motor kat sana...tapi bila baca blog
masviona tentang trip diorang ke vetnam...dimana depa pun sewa motor gak...maka aku pun jadi berani... tapi memang mencabar gakla naik motor kat sana...sebab trafik light tak banyak sangat...pandai2 korang la....
Belakang tu church yang ada orang kawen tadi tu...
Ini pulak dekat lobby hotel...cemana tah pic ni tersesat kat sini...aku pun malas dah nak ubah2..gasakla kan...
Kat lobi hotel tu ada disediakan kemudahan pc dan internet jadi bagi pengembara yang tak bawak laptop boleh la guna kat situ...kebanyakan hotel kat sana sedia kan kemudahan macam tu...bagus kan?
Ini pemandangan di tengah2 bandar...kat depan tu ada Binh Tanh Market...
Yang kedai makan Four Season...sebelah jer dengan hotel yang kitorang stay tu... kawan2 yg penah pi vetnam ramai yang sebut restoran four season ni...tak sangka pulak rupa2nya sebelah hotel kitorang jer...senang nak makan....
yang ni kat salah 1 pulau di Delta mekong..Lunch kat situ la...tapi aku dengan hb makan roti jer....nak tau kenapa? sebanya aku tengok kat first page menu dia tu ada snake rice with soup...siap ada gambar ular lagi...geli geleman tekak aku...so lunch yang kami dapat tu kami sedekah dekat pelancong lain....
yang ni kilang buat coconut candy
Masih di Delta Mekong
Naik boat Besar
Bila masuk anak sungai kena tukar boat kecik pulak...tapi masih guna enjin
Bila sampai kat sungai yang lebih kecik kena tukar naik sampan pulak...yang ni didayung oleh orang vetnam...gambar sampan tu x sempat nak ambik sebab masa tu hp aku dah xder bateri....
posing di kedai kraftangan...mahal2 barang kt sini...semua dalam USD...baik beli kat Binh Tanh Market
Yang ni dinner kat four season .... makan tomyam/sup ekor/kailan ikan masin...sedap gak...
ni area ho chi minh ...aku taktau belakang tu bangunan apa
Di Vietnam Airport
Bersama receptionis Mai Hotel yang sangat mesra...
Masa untuk Bye2...
sekian sahaja cerita percutian aku kat vietnam...
p/s: terima kasih dekat
masviona yang telah berkongsi pengalaman beliau di vietnam dengan sangat detail...trip aku ke vietnam ni aku rujuk dari blog beliau...kalau ada sesiapa yang nak pergi vietnam tanpa melalu travel agen bolehla rujuk di blog beliau tu...