Tuesday, February 14, 2012

Wau


ewau..ewau..ewau buley..ewau buley teraju tigo...korang penah main wau tak? Aku tak penah main...tengok orang main penah la..tu pun aku tak sure benda tu layang2 ke wau... wau ni orang main kat kelantan jer..kalau di negeri lain orang tempek kat dinding je buat hiasan...kan?

Harini aku bukan la nak cerita pasal kehebatan atau ke popularan wau tu...tapi aku nak citer pasal anak aku yang kena buat wau untuk pendidikan seni.

Petang semalam masa balik keja aku tengok anak aku tengah buat wau. Dia tanya aku cemana nak buat corak2 di wau tu. Aku ada gak la bagi idea yang tak berapa bernas sikit-sikit. Pastu yang kelakar tu dia cerita kat aku sebelum aku balik dia ada tanya kat bibik macamana nak buat wau. pastu bibik tu suruh dia ambil buku bahasa arab. yang anak aku ni pun pi la ambik buku bahasa arab bagi kat bibik tu.( Dalam hati heran jugak la cemana bibik tu boleh tau dalam buku tu ada gambar wau.)... sekali tu bibik tu tunjuk kat dia macam ni la wau ( sambil menunjuk ke arah sesuatu dalam buku tu)... Rupa-rupanya bibik tu tunjuk huruf  'wau'..ekekekekeke...sengal kan?

10 comments:

.: iEyLa :. said...

haha..pandai la plak si bibik ni wat lawak sengal..
aduishh..sakit perot gelak..hahaha

kakngah said...

kehkehkeh!!
kelas bibik ko jah!

yuka said...

ieyla- rasanya dalam kes ni bibik tu memang innocent dan ikhlas nak membantu ... sebab bila kak yuka tanya dia, dia kata dia betol2 ingat anak kak yuka tanya dia tu pasai huruf wau.

kakngah- di indonesia ada wau tak ek

.: mama lynn :. said...

da lama tak tengok org main wau..best kan

mama lynn tag yuka. singgah k

Choki said...

Hehehe..Klakar la bibik XD Saya x prnh main wau..Tp dikir barat wau bulan tu prnh la masa kat MRSM K.Terengganu dulu.Hehe ^_^

yuka said...

mama lynn- sekarang org main wau time ada festival jer....alamak kena tag la pulak...hehehe

choki- bibik buat klakar yg x disengajakan...wow bekas student MRSM ek..

Cik tikah said...

teringin nak main wau :(

-Incek Fik- said...

hahaa.. sengal laa, sekali huruf jawi 'wau' pulak keluar :)


*bagus bibik tu, memartabatkan tulisan jawi yang kian diambang kepupusan pada zaman ni

yuka said...

cik tikah- jom kita main

incek fik- bibik tu masa kt indon dia ajar mengaji

Nur Hawa Mohd Zin said...

haritu baru buat wau ni ngan anak murid..hehe