Sunday, October 23, 2011

Kursus fotografi

Sekarang ni memiliki kemera DSLR ni dah macam trend . budak2 sekolah dan IPT ramai yang ada kemera ni. Aku ni bukan minta sangat dengan benda2 cenggini...aku tak ambik pot pun hal2 kamera semua tu. Selama ni aku ambik gambar guna kamera hp cikai aku tu jer. ok gak gambar2 tu..pada pendapatan aku la...Abih kalau dah tak minat cemana aku boleh terbeli kemera tu kan? meh nak citer... sebenarnya anak2 aku la yang beria-ia nak sangat kemera dslr tu. Dah lama diorang suruh beli. suruhan tu jadi semakin hebat sejak awal tahun haritu. Sebabnya diorang nak masuk kelab fotografi kat sekolah. syarat nak masuk kelab fotografi kena ada kemera dslr ...materialistik betol sekolah2 zaman sekarang...zaman aku dulu xdak kemera pun boleh jadi ahli. Oleh kerana tak tahan dengan asakan demi asakan maka dekat nak hari raya haritu aku pun beli la kemera tu. mula2nya nak beli nikon5100..tapi entah cemana tokey kedai tu berjaya memujuk kami sekeluarga ambik canon la pulak....
Sejak dari beli aku tak penah pun belek2 kemera tu. Anak-anak aku yang ber3 tu jer la yang ligat ambik gambar. hujung bulan ni aku nak pergi kursus fotografi. Untuk tidak memalukan diri sendiri semalam aku dah kursus dulu dengan anak aku kat rumah. Nak tau apa yang aku belajar dengan anak2 aku tu? Aku belajar benda paling asas la. Yang pertama cemana nak on mende alah tu...dan perkara ke-2 ialah cemana nak buka cover lense kat depan tu...huhuhu siyes aku taktau buka benda depan tu. ingatkan main tarik jer. rupa-rupanya kene tekan sikit kat tepi tu...hadoii..kesian aku kan? Aku dah rasa tak sabar nak pi kursus walaupun rasa cuak gak. Lepas ni bolehla aku letak pic yng cun2 kat sini...

22 comments:

ibnuismaini said...

Takpe2, bljr pelan2. insyaAllah nanti leh jadi pro. Dah pandai nnt ajar saya pulak.

yuka said...

ibnuimaini- dah tua2 ni rasanya blajar susah nak masuk la

ibnuismaini said...

bljr yg fakta2 mgkn la ssh. kalau kemahiran senang sket kut nak msuk? my opinion la.

org muo said...

sama mcm org muo..baru beli kamera dslr nikon 3100..anak2 yg nak sgt, kenangan konvokesyen... mahal tapi amat berbaloi :)

yuka said...

ibnuismaini- kalau minat baru senang ingat bila blajar, kan?

org muo- biar alah membeli menang memakai..tak gitu?

DianaAzis said...

betul tu kak, ramai yg dah ada DSLR skrg ni..bdk2 skolah pun wat wishlist nak DSLR ni..

Akak dah ada tu leh la blajar pelan2..lama2 mesti pro :)

yuka said...

DianaAzis- kalau xder pilihan memang blaja tp sebab ada anak asyik suruh diorang jer la tu yg jd malas nak blajar. bebudak sekarang ni cepat pick-up bab2 gajet mcm ni

KiNa said...

waaa ni kamera idaman hati kina ni,..tp xmampu lg nk memiliki,..huk3,..mampu ada olympus jerr,...waaaa

yuka said...

kina- pujuk la mak/ayah suruh beli...hehehe

kakngah said...

haih.. aku ni.. compact kamera pun takde. mmg harap kamera enpon cikai aku tu jek la... hihihi!!

dslr?? teringin juga. tapi, buat masa sekarang.. takde pun ok lagi kot..

Fabulous Me said...

Mmg kne amik class.. Sbb byk sgt technical die kne blajo kn? btw slamat bkursus :)

ctk said...

hehe..xpe kak..blajar slow2..hihi..ct lg la zero sal kamera canggih2 ni :D

yuka said...

kngah- kalau ikut aku memang tak pk pun nak beli kemera mcm tu . guna kemera hp lg senang tapi bebudak tu la dok merengek suruh beli. nak masuk kelab fotografi bagai..tunggu anak ko besar sikit sure depa pun mintak kemera mcm tu gak

yuka said...

fabulous me- mula2 tak terpk pun nak kursus tp bila ada kwn yg terer guna kemera pun pi kursus tu yg nak pi jugak tu.

ctk- sama2 zero la kita ni...hehehe

Zeeqa ~ Ajie said...

kalau saya dah ada dslr nanti, sy pun nak pergi kursus dulu jugak. maklumlah, beginner kan..hihi

khairul said...

teringin gak nk pki..tp x mampu nk beli lagi..mahal ker ?

yuka said...

zeeqa- tapi kalau ada kwn2 kita yg teror guna dslr takyah la pi kursus dah kan. jimat duit.

khairul- yg kak yuka beli ni antara yg paling basic dan koman. tu pun rasa dah mahal sampai 2k lebih. kalau tgk kat kedai tu lens saja pun ada yang beribu-riban. kalau nak jd profesional fotografer berbaloi la beli yg mahal2. nak ambik gambar sendiri yg biasa2 pun ok dah kot

.: iEyLa :. said...

wahhh..sis g kursus??
ieyla dpt canon ari tu pon present konvo ayah bg..
godek2 sendiri je..pasni leyh blajar ngn sis..hihi

yuka said...

ieyla- bestnya ayah bagi..kak yuka pulak beli bg anak hehehe.... nak guna tak reti..kebetulan ada kursus tu yang nak menyelit gak. sekarang ni baru reti on dgn buka cover lens tu jer.hehhee

.: iEyLa :. said...

hihi...konvo bkn slalu kan kak.. ;)
pasni akk wat clas tuk ieyla la plak..huhu

yuka said...

ieyla- buat kelas tk jd hal tp kena bayar pengeras...hehhee

NURULHANIF said...

sy pun teringin gak nak pkai dslr.. hehe.. tp mhl jugak kan..:)