Monday, October 24, 2011

Sebab kekalahan Besar Manchester United...

Pagi tadi semua orang bercakap tentang kekalahan MU kepada Manchester City. bukan sikit punya kalah tapi 6 biji gol tu... kalau setakat kalah 1-2, 2-3 ok lagi kot. yg ni sampai 6. Dengar kata pihak pengurusan MU dah pun kenal pasti punca kekalahan dan amat kesal dengan kesilapan mereka.
Nak tau apa sebab kekalahan tu? Sebab kekalahan MU ialah Sir Alex tidak menurunkan Ramli masa perlawanan semalam...waakkakakkaka...chill!

Sunday, October 23, 2011

Kursus fotografi

Sekarang ni memiliki kemera DSLR ni dah macam trend . budak2 sekolah dan IPT ramai yang ada kemera ni. Aku ni bukan minta sangat dengan benda2 cenggini...aku tak ambik pot pun hal2 kamera semua tu. Selama ni aku ambik gambar guna kamera hp cikai aku tu jer. ok gak gambar2 tu..pada pendapatan aku la...Abih kalau dah tak minat cemana aku boleh terbeli kemera tu kan? meh nak citer... sebenarnya anak2 aku la yang beria-ia nak sangat kemera dslr tu. Dah lama diorang suruh beli. suruhan tu jadi semakin hebat sejak awal tahun haritu. Sebabnya diorang nak masuk kelab fotografi kat sekolah. syarat nak masuk kelab fotografi kena ada kemera dslr ...materialistik betol sekolah2 zaman sekarang...zaman aku dulu xdak kemera pun boleh jadi ahli. Oleh kerana tak tahan dengan asakan demi asakan maka dekat nak hari raya haritu aku pun beli la kemera tu. mula2nya nak beli nikon5100..tapi entah cemana tokey kedai tu berjaya memujuk kami sekeluarga ambik canon la pulak....
Sejak dari beli aku tak penah pun belek2 kemera tu. Anak-anak aku yang ber3 tu jer la yang ligat ambik gambar. hujung bulan ni aku nak pergi kursus fotografi. Untuk tidak memalukan diri sendiri semalam aku dah kursus dulu dengan anak aku kat rumah. Nak tau apa yang aku belajar dengan anak2 aku tu? Aku belajar benda paling asas la. Yang pertama cemana nak on mende alah tu...dan perkara ke-2 ialah cemana nak buka cover lense kat depan tu...huhuhu siyes aku taktau buka benda depan tu. ingatkan main tarik jer. rupa-rupanya kene tekan sikit kat tepi tu...hadoii..kesian aku kan? Aku dah rasa tak sabar nak pi kursus walaupun rasa cuak gak. Lepas ni bolehla aku letak pic yng cun2 kat sini...

Friday, October 21, 2011

From Cameron Highland with Love...

Yoohaa...sekarang yuka bersiaran dari cameron highland...ekceli baru jer sampai dan tgh lepak2 kt bilik...nasib baik ada WIFI so tak sia-sia la bawak laptop...oklah nak rest jap...satgi nak pi cari buah stoberi lak...bye..adiosss

Wednesday, October 12, 2011

WordLess WednesDay

my sister
p/s: kepada yang dok kirim salam tu....kirim salam la ek..huhuhu

Tuesday, October 11, 2011

Alfatihah- Penyanyi Ahmad Jais telah kembali ke Rahmatullah


SHAH ALAM 11 Okt. – Penyanyi terkenal era 60-an, Datuk Ahmad Jais meninggal dunia pukul 9.20 pagi ini akibat kesukaran bernafas ketika dirawat Unit Rawatan Rapi, Hospital Pakar DEMC di sini.
Jenazah akan dimandikan di Masjid Negeri di sini sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Seksyen 21. - Utusan

Sunday, October 2, 2011

PMR 2011

Lusa PMR 2011 akan bermula...dah bersediakah anak-anak semua?

p/s: Anak nak peksa mak yang terseksa