Hari ini hari terakhir untuk aku bersuka ria dirumah...hari terakhir untuk aku bangun sedikit lambat...hari terakhir untuk aku jadi tukang hantar dan jemput anak balik dari sekolah...hari terakhir untuk aku tengok tv dari pagi sampai petang...kerana apa?
kerana mulai esok aku dah mula kerja....oh tidak...selepas 90 hari bercuti rasa malas nak pi kerja...
Sunday, February 27, 2011
Wednesday, February 23, 2011
Birthday Datang Lagi...
Tanggal 21 Februari 201 merupakan hari ulangtahun kelahiran anak aku ( gambar di atas) yang ke-15...dah besar panjang kan?
Sunday, February 20, 2011
Datuk Ct Nurhaliza...melepas lagi
Petang semalam aku pergi rumah kakak aku...dekat jer umah kakak aku tu dalam 2 km jer dari rumah aku...masa aku kat situ bibik aku tepon...dia kata macam ni "Ibu, ct nurhaliza dengan datuk k datang, baru jer sampai .kalau nak tengok balikla cepat"...korang jangan ingat yg tu ct nurhaliza klon pulak...yang dimaksudkan bibik aku tu memang datuk ct dan datuk k betul2 bukan cobaaaaannnn...Tapi mereka tu bukan datang rumah aku sebaliknya mereka pergi rumah mak sedara datuk k yang merupakan jiran aku...sejak ct kawen dengan datuk k dah banyak kali mereka pergi datang rumah mak sedara datuk k tu...time raya memang wajib depa datang tetapi aku tak pernah berkesempatan jumpa dengan diorang tu...selalu salah timing...bibik aku tu yang selalu dpt tengok...aku rasa bukan aku saja yang teringin nak jumpa ct, sebaliknya ct pun mesti nak tengok aku..hehhee mana taknya tiap-tiap kali dia datang situ tak pernah nampak tuan empunya rumah...statement perasan tak boleh blah kan....harap2 kunjungan ct yang akan datang aku dapat tengok dia secara live...
Saturday, February 19, 2011
Anugerah Seri Angkasa
Korang tengok tak anugerah seri angkasa yang berlangsung semalam dan hari ini? Sopan-sopan belaka aku tengok selebriti pompuan...semua tutup aurat takder lagi baju seksi2 ala2 kemban gitu... kan bagus nacam tu...semoga fesyen sopan begitu akan dikekalkan untuk ABPBH yang akan datang...
Monday, February 14, 2011
City vs Forte
Ada 1 masaelah... bukan masalah aku tetapi masaalah kawan aku si Ungu Violet. Beliau nak tukar keter baru tetapi tengah fening samaada nak beli city atau forte...cadangan aku suruh dia ambik porsche telah di tolak mentah2...1 lagi usul aku turut ditolak. Aku mengusulkan agar beliau buat solat istkharah tapi kan dengan selamba dia jawab...cari laki pun tak buat solat istikharah takkan nak beli keter nak buat pulak...hehehe . kelakar lak dengar jawapan dia tu...doaku semoga beliau membuat pilihan yang tepat agar tidak menyosal dikemudian hari...
Wednesday, February 9, 2011
Pecah Lagi...
Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca harap balas.
Penah tak korang dengar pantun ni? mesti la penah kan..masa kecik2 dulu kalau hantar kad raya wajib letak pantun ni...untuk entry kali ni aku bukan nak cerita pasal pantun ke apa..tapi aku nak story pasal cermin keter kemri aku yang pecah lagi...geram tau...koman spana betoi... masuk kali ini dah 3 kali pecah...aku tak pasti pengguna keter kemri lain alami masalah macam aku ke tak...kalau pecah disebabkan kemalangan jalanraya ker atau ada benda jatuh atas dia ker takperla jugak...ini tetiba jer tengok dah ada retakan... aku rasa toyolta kena buat postmortem la...
Geram..geram..gerammm...aku jual keter tu baru padan muka aku...
Monday, February 7, 2011
Gong Xi Fa Cai
Gong Xi Fa Cai, Happy Chinese New Year, Selamat Tahun Balu Cina dan semua ucapan yang seangkatan dengannya...Cemana dengan cuti CNY korang? Happening tak? gua punya cuti biasa-biasa saja...lagipun sudah lama gua cuti... cuti haritu gua balik kampung jer tak jenjalan mana2 pun...tapi best gak balik kampung sebab dah 2 bulan lebih tak balik...first time la baby firas pergi rumah datuk dia...ramai kazen2 dia balik...semua sangat happy dapat berkumpul togeder-geder lagi...
Yang takbest tu kan lepas dah habis cuti masing2 nak balik rumah...jammed teruk...abar ipar aku tu nak balik kota damansara... biasanya 4 jam lebih dah sampai rumah dia..tapi haritu dia turun dari rumah pak mertua aku tu pukul 10 pagi tapi pukol 6 petang belum sampai rumah dia...yang kakak ipar aku pulak nak balik ipoh...biasanya 2 jam lebih dah sampai tapi hari sabtu tu dah 7 jam tapi baru sampai kuala kangsar...kesiannn...dahla ada anak kecik... mana dengan lapar, penat minyak keter nak habis...hadoiii....nasib baik la rumah aku dekat jer...setengah jam dah boleh sampai...
Moral of the story ..kalau balik time cuti2 macam tu sediakan bekal banyak2 supaya anda tidak kelaparan...
Yang takbest tu kan lepas dah habis cuti masing2 nak balik rumah...jammed teruk...abar ipar aku tu nak balik kota damansara... biasanya 4 jam lebih dah sampai rumah dia..tapi haritu dia turun dari rumah pak mertua aku tu pukul 10 pagi tapi pukol 6 petang belum sampai rumah dia...yang kakak ipar aku pulak nak balik ipoh...biasanya 2 jam lebih dah sampai tapi hari sabtu tu dah 7 jam tapi baru sampai kuala kangsar...kesiannn...dahla ada anak kecik... mana dengan lapar, penat minyak keter nak habis...hadoiii....nasib baik la rumah aku dekat jer...setengah jam dah boleh sampai...
Moral of the story ..kalau balik time cuti2 macam tu sediakan bekal banyak2 supaya anda tidak kelaparan...
Subscribe to:
Posts (Atom)