Thursday, November 13, 2008
Berakhirnya satu penantian...
waaah! tengok tajuk tu macam tragis jer.hehehee. Sebenarnyer takder la penantian apa sangat pun. Cuma entry ni berkaitan dengan entry yg sebelum ni tentang keputusan UPSR anak aku. Awal pagi tadi akau dah berjumpa dengan pegawai peperiksaan di ofis aku untuk mengetahui keputusan anak aku tu. Kalau nak tunggu dia ambik kat sekolah lambat sangat. Pukol 10 baru dapat mana larat nak tunggu lama2. Keputusan anak aku seperti yang telah aku ramalkan Jadi aku tak la kecewa ataupun pengsan bagai. Namun begitu aku sedikit terkejut apabila subjek BM Penulisan dia dapat B. seingat aku dia tak pernah dapat B dalam ujian dan lain2 peperiksaan. Biasanya dapat C atau D jer. Kali ini aku menjangka dia akan dapat C rupa-rupanya B. Masa bulan puasa haritu aku terjumpa kad raya yang nak dihantar kepada kazen dia tapi tak jadi. Bila baca apa yang dia tulis dalam kad tu aku tak boleh nak bayangkan cemana dia buat karangan semasa upsr. Walaupun cuma 5-6 ayat aku rasa macam nak guling2 atas lantai sebab kelakar sangat bunyi ayat dia tu. Walaubagaimanapun aku tetap bersyukur dengan pencapaian anak aku walaupun hanya mendapat 4B1C. Memang setimpal la dengan dia yg tak berusaha tu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Alhamdullilah yuka.. kak sya tahun depan lak.. tapi tahun ni tunggu pmr nih .. saspen gak
kaksya - kesuspenan ksya tu lagi besar mula2 pmr pastu nanti spm anis pulak.
Post a Comment