Sebelum bertolak ke kl haritu suami aku sempat jugakla meninjau pekerja2 di tapak binaan.
Ni pulak view dari tingkap hotel yang aku duduk tu. Lawakan pemandangan dier. Nampak la awan kelabu di puncak bangunan pencakar langit.
Yang ni pulak gambar di dataran merdeka. (Semasa di kl haritu sepatutnyer sebilik 2 orang tapi tah cemana roommate aku tak datang. Malam yg mula2 tu aku tido tak lena sebab takut. aku ni memang trauma sikit kalau tido sorang2 kat hotel. Mula la aku dok pk yang bukan2. Jadi hari yg ke 2 aku mintak hubby datang temankan aku di hotel. Anak-anak tak nak ikut sebab diorang lagi suker stay di rumah kakak aku sebab boleh main dgn kazen diorang.) Kebetulan malam tu takder aktiviti jadi aku dan suami pun meronda-ronda kat kl. Bila sampai kat dataran merdeka nampak org tengah buat raptai untuk sambutan Melaka bandar warisan. so kitorang pun berhenti sekejap kat situ.
Hari jumaat tu lepas check-out aku terus ke puchong sebab nak jumpa kawan aku yang kat dalam gambar ni. Dia ni kawan aku sejak di form 1. Dulu dia kerja kat MBF tapi sekarang ni dah berhenti buat bisnes laundry. dulu ada 1 kedai sekarang dah ada 2. caya lah. Dah jadi tauke.
Dalam gambar tu kitorang kat kedai makan Ipoh Station. Kedai tu ala2 old town la jugak. banyak barang2 antik ada kat situ.
Yang ini pulak tempat mandi kat presint 9. Dalam gambar tu anak2 aku dan anak sedara sedang mandi manda. Ebiboy aku tak dibenarkan mandi sebabnya dia nak mandi berbogel. puas pujuk suruh pakai seluar dia taknak jugak. akhirnya terpaksa hantar dia balik rumah. kesian dia menangis-nangis nak mandi. apa nak buat kan . mana boleh mandi bogel kat tempat publik macam tu.hehehhee.
Lepas ni aku kene kursus di langkawi pulak.. yahooo i likeeeeee. boleh soping2 maa. gaji pun dah masyukk time tu.