Sunday, October 31, 2010

Kelantan Juara Piala Malaysia...Tahniah!!!!

Di pagi minggu yang dingin ini aku nak ucapkan Tahniah kepada pasukan bola sepak kelantan sebab telah menang dalam perlawanan malam tadi...Walaupun aku tak tengok game malam tadi tapi aku tetap mengharapkan agar kelantan menang... Sebenarnya ada 3 sebab aku nak kelantan menang...

1. Sebab yang pertama... walaupun dibesarkan di Pulau Pinang dan tingggal di Kedah sekarang ni...tapi aku sebenarnya dilahirkan di negeri Kelantan...sebab masa tu arwah ayah aku kerja askar kat sana...Jadi kalau aku sokong kelantan ada kaintan la jugak kan...

2. Sebab ke-2 pulak...aku risau kalau Kelantan kalah, penyokong mereka tak dapat menerima kekalahan  tersebut...lepastu mulala h berlaku pergaduhan...bakar sana bakar sini...macam yang dah jadi sebelum2 ni...

3. Sebab ke-3 pulak...dulu Negri9 dah menang kali ni bagi la Kelantan peluang pegang piala tu pulak...

Akhir kata " majulah Sukan Untuk Negara"

Wednesday, October 27, 2010

Paul Dah Mati

Tentu korang semua ingat lagi kan dengan paul the sotong ni...masa world cup baru2 ni  memang dia glemer la sebab dapat meneka perlawanan 100% betul... tapi sekarang semua tinggal kenangan...Paul ni khabarnya telah meninggal dunia... Lepas ni kena tangkap sotong lain la pulak untuk ganti paul ni...huhuhu

Monday, October 25, 2010

Mari Merempit di Vietnam

Salam semua....untuk entry kali ini aku nak berkongsi pengalaman naik motor semasa aku pi vietnam baru2 ni... jalan raya kat sana ni memang dipenuhi motorsikal...90% kot...pastu pulak jalan bersimpang siur...trafik light pulak tak banyak...aku rasa la kan kalau mat rempit kat sini pegi sana mesti dia orang surrender punya..tak beranila nak wheely bagai...
Aku sendiri pun masa hari pertama sewa motor tu gayat gak nak naik...rasa macam orang nak langgar kaki jer...kat malaysia pun aku tak naik motor tetiba naik kat sana...dah la tengah labu-labi ni... hahha
Jom ar kita layan video tu...



Amacam...best tak naik motor kat sana?