Sunday, December 4, 2011

1 juta money drop Astro...

Semalam bermulalah rancangan 1 juta money drop yang digembar gemburkan selama ini di Astro. Memandangkan yang itu merupaka game show baru aku teringin la nak tengok. cemana perjalanan gameshow tu...ingat best sangat la rupa-rupanya hampehh...peserta2 bengap semacam jer... pasangan pertama baru 1 soalan dah hilang duit 1 juta. soalan bukan susah pun...Aku sabar lagi sebab ingatkan pasangan kedua cerdik la sikit kan tapi sama gak depa tu...soalan senang pun tak reti jawab...ada ker soalan tentang masakan 'masak lemak cili api terkenal di negeri mana' diorang tu punya la pikir macam nak pecah kepala...soalan tu senang nak mampus. kalau taktau jawapan tu takyah hidup kat malaysia ni la...menengokkan keadaan yang macam tu langsung xder nafsu aku nak tgk gameshow tu....baik tukar channel 611 lagi syok.

Thursday, December 1, 2011

Ahmad Maher firas...Dah setahun yer


Semalam, 30 November 2011 genap 1 tahun umor anak aku yang  kecik sekali tu. Tapi semalam x sempat nak buat entry pasal birthday dia sebab aku pi kl...aku cuma ambil gambar2 dia sempena umor dia yg dah setahun tu. gambar2 kat bawah ni kira latest edition yang fresh from oven gitu.....

  
Muka budak noti kan?


Serba serbi bulat....


Thursday, November 24, 2011

Thank You Airasia!!!


salam semua..harini aku nak stori mori pasal airasia...Sejak 2-3 tahun kebelakangan ini aku merupakan salah seorang customer airasia yang agak setia...asal ada offer jer aku mesti takmo ketinggalan... kadang2 tu aku hangkut abih sanak sedara pi jenjalan dengan aku ( aku tukang booking jer ) macam bulan 4 baru2 ni kami pi jakarta bandung sampai 20 orang...Aku ni pulak asal booking tiket mesti nak pergi indon...taktau la kenapa sampai kan dalam 1 tahun , 2 kali aku pi sana...sampaikan ada yang ingat kampong aku ni kat indon nun...Bulan 5 lepas airasia buat big sale lagi... sebagai penumpang yang setia aku tak ketinggalan la beli tiket utk jenjalan bersama keluarga terchenta...Cuba korang teka kali ni aku nak pi mana? yeaa betol tekaan korang ...kali ini aku nak pi Indonesia lagi..wakakaka...tapi kali ini aku ke Medan pulak....seperti biasa kalau booking tiket aku ambik flight yg paling awal sebab dapat maksimakan masa di sana...flight aku pukol 8.50 pg ....tapi kan yang aku tak puas hati tu 2 minggu lepas aku dapat emel dan sms dari airasia bahawa flight telah di rescheduled ( cemana tah nak eja benda tu) dari pukol 8.80 pagi flight aku dah bertukar ke 4.45 ptg....dah rugi 1 hari kat situ...so aku bercadang nak call airasia tu....tapi dari sehari ke seharai asyik tertangguh...pastu kan petang semalam aku dapat panggilan. nombor kat skrin hp aku tu panjang berjela-jela...rupa-rupanya call tu dari airasia indonesia yang bertanyakan aku samaada aku dah maklum tak mengenai pertukaran waktu penerbangan...aku cakap la aku dah aware benda tu cuma kalau boleh aku nak la flight awal sikit. sebab setau aku ada flight pukol 11 pagi. Dengan mudahnya orang tu kata kat aku ' ok flight cik dah ditukar ke pukol 11. sila  check emel untuk pengesahan. lepas tu aku terus buka emel..memang sah flight aku dah di tukar ke pukol 11 lebih...efisyen gila airasia tu... Tq airasia....