Tuesday, January 29, 2013

Char kue teow

Sapa suka makan char kue teow? rasanya ramai yang suka makan CKT ni..termasukla yuka dan anak-anak.    kat SP ni ramai jugakla yang menega CTK ni. Dulu2 yuka suka la makan dekat 1 tempat ni , tak jauh dari rumah yuka...sedap CTK kat sini....mula2 makan x perasan lagi keaadan tukang goreng CTK ni...sekali tengok adoii tukang goreng tu punya la comot macam mekanik baju dia...dah la masak tak pakai apron pastu muka dia pun berminyak semacam terus yuka tak lalu dah nak makan kt situ...
Kendia yuka pun cari la port baru untuk makan CTK ni...yuka pun pergila kat situ sebelum ni pun penah pi dah kt situ..tapi geram sebab CTK dia ciput sangat tu yang lari ketempat pertama tadi tu...tapi dah jadi kes kat tempat pertama terus yuka datang balik ke sini...kali pertama pergi kedai ni semua ok walaupun CTK dia kurang sedap berbanding tempat pertama...tapi demi kebersihan yuka makan jugakla kt sini....pastu kali kedua yuka datang kedai ni terus trauma... nak tau sebab apa? masa tu yuka pergi bertiga
( yuka+hb+anak)...  dah sampai tu terus la order kan...haritu orang agak ramai jugakla so lambat jugakla nak dapat CTK tu...sementara menunggu tu yuka tengok la kearah tukang goreng CTK tu...ada 2 orang...tapi salah sorang tu tengah menggaru ketiak kiri dia dengan penuh ghairah...wuekkkk terus yuka rasa kembang tengkuk...ingatkan sekali tu je..2-3 minit lepas tu dia garu lagi...kali ni yuka suruh anak yuka tengok sebagai saksi...memang lama gila la dia garu ketiak tu... dalam hati yuka hanya mampu berdoa jangan la CTK yuka dia tu yang goreng...Alhamdulillah doa yuka dimakbulkan...sebab x lama selepas itu dia pergi kebelakang untuk buat keja2 lain..sebaik sahaja yuka dah dpt CTK yuka baru dia tu sambung balik keja2 mengoreng CTK...tapi insiden itu buat yuka trauma dah nak makan kt situ...
So orang2 SP ada tak cadangan tempat nak makan CTK yang sedap?

13 comments:

Nurul Amira Mohamad Salleh said...

CHAR KUEH TEOW DOLI kat taiping sedap sgt2.. tp haritu pegi tak jumpe2 pulak kedainye.. dah pindah mayb.. tak pasti lah.. huu.. sedeh.. haru..

yuka said...

mira- doli tu kueteow goreng bukan char kue teow..tp mmg femes la doli tu...nasi ayam kt situ pun sedap

http://unguviolet10.blogspot.com/ said...

CKT kat umah i saujana putra pon sedap... SANI CKT namanye...puas hati walaupon ciput..

aini said...

waduhhh... udah lupa berblogging laa.. camner nk komen pon dh tak reti.. huhu

yuka said...

aini- meh kita aktif blogging balik

krole said...

CKT sedap ble buh kerang skali yummy~hihhi awak...silap taip r kat entri tu...ce tngok... CKT=CTK atau krole yg silap ni hihihi~

yuka said...

krole- betul la silap type..yg mula je betul pastu yg lain semua salah...tq na sebab perihatin

.: iEyLa :. said...

ce akk masak tuk adik..hiks

yuka said...

ieyla- tak thrill la masak ckt ni...senang sangat

Mohd Huzaini Hassan said...

Minat juka CKT ni.. tetapi di kuantan susah nak cari yang best..

Mohd Fauzli said...

adus... terus rasa lapar ni... mana nak cari ckt ni...

Mohd Fauzli said...

sedapnya...

yuka said...

huzaini- buat sendiri je ..cari resipi kat internet...

mohd fauzli- sekarang merata-rata tempat org jual ckt ni..cuma taktau sedap ke tak..tp kalau sedap kebersihan out x boleh jd jugak