Sekarang ni musim cuti sekolah a.k.a musim orang kawen...kalau weekend jer sampai 7-8 jemputan kenduri ...salah sorang yang menyibuk nak buat kenduri time ni ialah adik aku... pada 12hb ni adik aku akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hati dia yang berasal dari temerloh...lokasi majlis ialah dirumah aku...secara tak langsung nama aku dan suami tercetak dibahagian atas kad jemputan kawen itu...bila dah jadi tuan rumah secara rasminya aku telah menjadi busy
body. banyak gak la persiapan nak kene buat...nak cat bilik pengantin, buat langsir bilik pengantin, cari catering, hantar kad jemputan untuk sedara-mara dan kawan2, beli set bilik tido untuk pengantin....yang lain2 tu adik aku yang sedia kan... sekarang ni hampir semua dah setel cuma yang aku geram tu cina kedai curtain tu belum datang lagi ambik curtain2 kat ruang tamu rumah aku tu untuk didobi...dari lastweek dah call...dia kata nak datang tapi batang hidung pun tak nampak...dah la tinggal beberapa hari jer lagi...kalau tak sempat kering nanti cemana kan....aku malas la nak tukar curtain baru sebab curtain sediaada tu masih elok dan menepati warna tema majlis kawen adik aku tu...jadi buatper nak membazirkan.
perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk majlis perkahwinan:
1. Tempahan makan-minum- siap
2. Bilik pengantin - separuh siap ( hari khamis baru orang tu datang hias)
3. Khemah - siap tempah tapi hari Jumaat baru pasang
4. cenderamata tetamu- siap
5.Baju penganti- siap ( adik aku dah berapa kali tah pi try)
6.Pelamin- akan di buat pada hari kamis
7. Persiapan Rumah - hampir siap cuma tunggu orang kedai curtain tu datang ambik curtain lama tu untuk didobi
8.Jemputan- Rasanya semua sedara-mara dan kawan2 rapat dah dijemput
9.PA sistem/DJ siap
10.Baju tuan rumah- yang ni jer tak siap...aku pun taktau lagi nak pakai baju apa
pheww...rupa2nya bukan sennag ek nak buat kenduri ni...macam sekarang ni aku tengah risau manala tau lauk-pauk tak cukup ker, hujan lebat ker... nak order lauk sikit takut ramai yang datang...nak order banyak takut orang tak datang pulak...aduhhh memang serba salah....walaupun apapun aku harap semuanya berjalan dengan lancar...
Oleh kerana rumah aku nak kenduri maka mulai esok aku akan mula bercuti....kalau ada masa terluang aku akan jengah2 jugaklake blog kawan2....
p/s; tiap2 malam sebelum tidor kene sapu losyen kat tangan sebab nanti nak salam dengan ramai orang...hehehe