Sunday, March 10, 2013

nokia n73

Sekarang ni orang dah guna blackberry, i-phone 5, samsung note II ataupun samsung SIII apa kelas si yuka ni nak bercerita pasal nokia n73 ni kan. orang dah tak pakai dah hp antik macam ni. yuka percaya generasi y  ramai yang tak tau tentang kewujudan hp ni. the worst part is bila baru2 ni yuka pi kat kedai sebab nak beli bateri baru untuk hp ni, budak tu tak reti nak buka kat tempat bateri tu cemana...memang 1 penghinaan sungguh...

Sebenarnya dah masuk tahun ke 7 yuka guna hp ni. masa beli dulu tu memang hp ni yg latest la.masa tu model n95 pun kuar jugak. so yuka ambik yg dan encik hb ambik n95. ada 3g boleh buat video call gitu. syok kan? time tu iphone tak jadi bualan orang lagi...apatah lagi samsung tu..orang x pandang la time tu...

Setelah 7 tahun berlalu yuka masih guna hp ni. sayang pulak nak tukar baru kan. hp ni memang tahan lasak. anak yuka baling keluar dari kereta pun , hp ni masih ok. kamera dia x rosak pun cuma luaran dia je yg cedera sikit. hp ni jugak pernah 2-3 kali kena baling ke dinding oleh ebiboy , tapi hp ni tetap steady...so cemana aku tak sayang kan dengan hp ni.

Haritu aku nyaris2 dah nak tukar hp baru sebab nya bateri hp ni cepat abis. walaupun caj semalaman , baru cakap 10 minit bateri dah kong...diakibatkan itu aku sering di kutuk2 manja oleh anak2 dan rakan taulan. dalam banyak2 kawan aku ni nama dia nym sam. dia ni hampir setiap hari akan call untuk bergayut dengan aku dia tu xdak keja kot kat ofis dulu2 kami boleh bergayut lama. bila bateri hp aku bermasalah baru cakap 5 minit bateri dah nak abis... dia selalu kutuk2 aku suruh tukar hp baru, kata aku tangkai jering la, taik idung masin la... oleh kerana x tahan dan geram aku pun beli bateri baru... lepas dah beli bateri  hp baru aku terus bagitau nym sam tu.." mi lepas ni kita dah boleh sembang dengan senang lenang sebab bhp aku dah x cepat abis bateri macam haritu" pastu si nym sam tanya aku" hang beli hp baru ek? hp apa tu?" pastu cepat2 aku jawab balik " masa bila aku beli hp baru aku belli bateri baru ja" lantas nym tu kata " eee pompuan ni aku geram la ...ingatkan dah tukaq hp baru...ada duit takmo guna...kebun sawit banyak pi la kait buah tu juai boleh beli hp baru"...dan macam2 lagi kata bebelan yang aku terpaksa dengar...hahhaha

p/s: Aku akan terus guna hp ni untuk beberapa bulan( mungkin beberapa tahun kalau tak rosak) yang akan datang

9 comments:

Unknown said...

Teknologi skrg makin laju...wan sndr pun xsempat nk follow. masih setia jugak ngan henfon lama...slagi tak rosak, leh call, leh sms...jadi la...huhu

yuka said...

ridzwan- selalunya orang lelaki yang suka kejar teknologi ni

Anonymous said...

cepat sangat teknologi ni bergerak. baru simpan duit nak beli itu, ini yg latest + mahal keluar. simpan lagi. sampai kesudah tak tukar hp juga. hihi

masa ss bljr dulu, roomate pakai n70. jakun ss nak pgg sebab besar + canggih. masa tu ss guna sony ja.. huhu

sinar said...

shuhaida- dulu kak yuka teringin galaxy note..pastu dlm dok fikir2 nak beli dah kuar note 2..sekarang ni nak kumpul duit nuff nak beli note 4 ...hehehe

thomas said...

talipon nokia lama mcm ni memang tahan lama,saya pun ada satu tapi 5230 yg masih pakai sampai sekarang.
Yg canggih mcm Samsung S3 tu pun saya ada beli tapi baru 3 bulan dah bakar mother boardnya.Kalau boleh jgn guna samsung.

ANISRAHIM said...

Sejujurnya kak, sy pakai phone nokia yg xde color tu =)

yuka said...

thomas- alamak baru nak kumpul sbb nak beli samsung dah kata x bagus pulak...erm nak pakai nokia ni ja la sampai bila2..hehehe

anis- yg xder kaler tu? wow lagi antik kan...xper yg penting boleh call dan sms..yg extra2 tu kita guna laptopla kan

anakMommy said...

haha...meh la join kuarga samsung....

Anonymous said...

ini termasuk Symbian S60v3 kah??