Showing posts with label kontes. Show all posts
Showing posts with label kontes. Show all posts

Sunday, July 18, 2010

Myfaheem.com ada SUPRISE sempena HARI BAPA

(INI ADALAH ENTRY MELEKAT...ENTRI BARU ADA DIBAWAH)
Salam semua...sempena hari bapa blog myfaheem dengan murah hatinya nak bagi hadiah kepada yang bertuah...semua orang berpeluang untuk menang...apa lagi jomla kita join beramai-ramai.... kalau korang nak tau kan hadiah yang mak faheem ni bagi selalunya yang best2...tak rugi kalau join kontes ni...bukan kena bayar pun...dulu yuka penah la masuk kontes anjuran mak faheem ni dan dapat hadiah minyak wangi pure yang sangat best2 bau dia...sampai kawan yuka pun suka bau tu...

Kalau nak join jom klik kat sini cepat sebelum terlambat

p/s: semoga yuka akan menjadi salah sorang yang bertuah...bukan apa memang yuka tengah mengidam nak dapat hadiah dari myfaheem ni....hik3

Saturday, May 1, 2010

Pemenang Cabaran 35000 Yuka-Luv...



Dengan sukacita diumumkan...pemenang bagi cabaran 35000 ( walaupun saat akhir ditukar ke 1000) ialah blogger ieyza....Tahniah diucapkan kepada ieyza...kepada peserta lain yang turut serta memeriahkan cabaran ini seperti cikmin, kakngah , yanmie dan lain2 terima kasih diucapkan...

Cabaran 35000 Bersama Yuka-Luv....

.......... Dan bawa pulang RM35.00 sebagai ganjaran
Lihat Nombor diatas betul2...sesiapa yang dapat hit nombor 35000 sebelum jam 11.59 mlm 30hb April akan mendapat rm35.00... apa tunggu lagi jom hit sekarang.... sila guna kemahiran masing2 untuk dapatkan nombor itew..anda boleh f5 banyak2 kali...anda juga boleh open new tab banyak2...semua boleh dan tiada pantang larang...kalau dah dapat nombor tu sila emel kan ke sinar_julai@yahoo.com...

Gangguan Teknikal Semasa cabaran yuka-Luv...

Salam semua....di kesempatan ini yuka nak meminta maaf kepada semua yang telah mengambil bahagian dalam cabaran 35000 yuka-luv... Ini adalah kerana semasa cabaran tersebut hampir ke kemuncak secara tiba-tiba kaunter tersebut menjadi 00000... yuka hanya menerima laporan tentang kejadiaan tersebut dari cikmin kerana pada masa itu yuka berada di putrajaya dan tak dapat nak on9...yuka pun tak faham kenapa perkara tersebut boleh berlaku... menurut laporan yang yuka terima berlaku sedikit kekecohan kerana ramai yang tidak berpuas hati kerana dah hampir nak sampai 35000 tiba-tiba jadi 00000....seolah-olah nak menggagalkan usaha orang untuk menang...syukurla dalam keadaan begitu cikmin telah bertindak pantas...dimana dia telah membuat pengumuman supaya hit nombor 1000... nampaknya semua berpuashati dengan keputusan itu...dan pemenang bg nombor 1000 telahpun diperolehi.... Pemenangnya akan diumumkan di entry yang lain...sekian harap maklum dan salam maaf dari yuka

Wednesday, April 28, 2010

Jom Hit Kaunter

MASA TAMBAHAN - oleh kerana tiada siapa yang dapat hit nombor yang dikehendaki selepas masa dah timed...maka yuka dengan baik hatinya telah menambah masa kecederaan sehingga jam 7 pagi 28hb pril 2010...Selamat Mencuba...






Tengok nombor kaunter dalam gambar diatas...24500 kan? Barangsiapa yang dapat menangkap nombor 28282 sebelum jam 10 malam 27 hb April 2010 silalah emel bukti tangkapan ke sinar_julai@yahoo.com... kad prepaid bernilai 20 hengget menanti anda....

Sunday, April 4, 2010

Hadiah Cabutan Bertuah....

Salam semua...terlebih dahulu aku nak mintak mahap sebab lambat nak tunjukkan hadiah yang bakal dimenangi oleh korang....sebab sejak 2 menjak ni byk sikit kat ofis....
Sebagaimana dijanjikan kat sini aku dah letak gambar2 hadiah bagi 3 cabutan bertuah dan seorang referer....awal2 lagi aku nak mintak mahap lg sekali andainya hadiah yang disediakan tak mencapai tahap piawaian korang seperti yang diharapkan....hanya ini yang aku mampu berikan...mana tau kalau ada rezeki lebih pada masa akan datang, aku akan buat kontes lagi dengan hadiah yang lebih gempak....

Jom kita tengok hadiahnya:



Peserta yang namanya dicabut terlebih dahulu di kira tempat pertama....


Tempat pertama akan menerima sepasang telekung berbunga-bunga kaler pink.....
( kenapa aku pilih hadiah ni? sebabnya sebelum bertolak ke Jakarta, aku tengok semua peserta yang dah join pompuan belaka...jadi hadiah ni sangatla sesuai...tapi bila dah balik dari sana baru la ada peserta lelaki...tapi aku rasa itu tidak menjadi masalah...sebab kalau yang lelaki dapat boleh hadiahkan dekat makwe mak....atau pun boleh gak bagi dekat kawan2 blog yang pompuan...sebagai contoh...mario dia masuk kontes ni atas paksaan pink...apa kata kalau dia dpt telekung ni dia hadiahkan dekat pink...tak ke sweet gitu...)



Hadiah kedua merupakan kain batik lukis halus buatan jawa...memang halus dan lembut..

(reason aku pilih kain ni sama gak macam sebab kat atas....lagipun indonesia kan sinonim dengan kain batik....)


Hadiah tempat ketiga merupakan sehelai t-shirt 100% cotton...

( hadiah ni sesuai untuk semua jantina)

Hadiah untuk referer sama dengan tempat ke 3


Disamping itu semua pemenang akan menerima fridge magnet dan keychain sebagai hadiah iringan.....

Aku harap korang berpuas hati dengan hadiah yang ditawarkan....

Bagi yang berminat dengan hadiah2 tersebut tapi belum hantar penyertaan, peluang masih terbuka.....

update peserta yang layak masuk cabutan bertuah

Sebelum aku menyenaraikan senarai nama peserta yang layak untuk cabutan bertuah, terlebih dulu aku mintak maaf diatas kelewatan ini...sepatutnya aku update benda ni sebaik sahaja pulang dari Indonesia..begitu juga dgn gambar2 hadiah yang belum lagi aku tayang kat sini...ini ada kerana 2 hari selepas balik dari Indon aku telah ke KL untuk menziarah sedara yang sakit...(demam denggi sehingga dimasukkan ke ICU)

Untuk tidak melengahkan masa jom kita tengok siapakah gerangan yang telah menyertai kontes/cabutan bertuah ni ( aku sendiri pun kompius la nak panggil ni kontes ke apa)...senarai ini ikut sapa submit dulu dia dok atas....

2. Pink
5. idah
11. queen
15. Iza
16. adda
17. Nida
18. nadia
19. nia
21. monica
23. juniza
24. anin
28. ogy
30. ANie
31. MaMa
37. Mario
38. meeya
39. sarah
40. nisa
41. D'aNie
44. yana
45. Sofiah
49. zures
50. syuq
52. bunga
57.Asya
59.oYa
63.razi
64.nina
67.nana
68.zhet

catitan :
1. Adya A- sila letakkan link lagi sekali kerana yang ada sekarang x boleh buka
2. selepas ni yuka akan update senarai referer pulak.

Pemenang Cabutan Bertuah...ole-ole Jakarta Yuka-Luv


Oleh kerana ramai yang dah tak sabar-sabar nak tahu pemenang cabutan bertuah, maka hari ini yuka cari jugak masa nak buat cabutan...pukol 5 pagi dah bangun untuk potong2 kertas dan tulis nama peserta ...yuka sendiri sebenarnya berdebar jugak nak tau sapa pemenang yang bertuah itu...
Upacara gilang gemilang itu dilakukan oleh 2 0rang anak dara aku...rupa2nya depa pun ada calon feveret sendiri...walaubagaimanpun calon feveret diorang kurang bertuah....

Sekarang diumumkan pemenang cabutan bertuah ole-ole jakarta yuka-luv...

tempat pertama .......dimenangi oleh dyahaha
tempat kedua............dimenangi oleh mrs.ecam
tempat ketiga............dimenangi oleh ckynhashim

Terimakasih kepada semua yang telah mengambil bahagian dalam cabutan bertuah ini...Tahniah diucapkan kepada pemenang...kepada pengalah jangan putus asa...cuba lagi dimasa hadapan...

Thursday, April 1, 2010

Pengumuman

Pengumuman kepada semua peserta cabutan bertuah (termasuk yang nama belum update dalam senarai) pemenang akan diumumkan beberapa hari lagi ( bg saspen sikit...ahaks )...penganjur mintak mahap sebab x dapat nak umumkan lebih awal kerana penganjur akan ke trengganu pada ptg ini dan akan kembali bersiaran pada hari ahad...tq

Wednesday, March 31, 2010

Achtung....Panggilan terakhir....

Perhatian kepada semua pengunjung blog yuka-luv...kontes ole-ole Jakarta akan tamat dalam tempoh kurang dari 12 jam...yang belum submit penyertaan sila submit dengan segera sekiranya berminat....

Pesanan dari penganjur : Biar menyesal masuk jangan menyesal tak masuk.....

Thursday, March 18, 2010

Yo ha...yuka dah balik...

Salam semua...dah 2 hari yuka balik dari Indon tetapi baru harini dapat menjengah blog ini... tapi geram betul la dengan tenet ni...suka sangkut2...memudarkan semangat aku nak BW...korang nak tau tak masa kat indon tu aku rindu teramat dengan blog aku nih. pastu rindu nak BW...rindu nak klik2...pastu teringat dengan kontes aku tu risau takut tak mendapat sambutan. Nasib baik ada blog engineer aku tu...dapat gak aku tau sedikit sebanyak tentang perkembangan kontes tu...

Bila tengok di komen entri kontes tu aku rasa seronok sangat sebab sambutan yang diterima amat menggalakkan...namun aku belum sempat tengok semuanya lagi...terima kasih kepada yang telah menyertai cabutan bertuah ni...bagi yang belum, peluang masih terbuka...nanti aku akan update senarai peserta dan aku akan tayangkan hadiah yang bakal diberi...

Monday, March 1, 2010

kecewa....

salam...entry ini aku buat khas untuk melahirkan rasa kecewa aku...sesungguhnya sekarang aku sedang berdukacita....jiwa merana dan hati lara...kerana apa? semuanya kerana aku telah menjadi pengalah dalam kontes yang dianjurkan oleh mr.superman...aku gagal mendapat apa2 hadiah sekali pun...namun demikian ada jugak perakara yang buatkan hatiku gumbira...dlm kontes yang disertai oleh 60++ peserta, aku telah tersenarai dalam top10...not bad la kan...
Kekalahan ini tidak membuatkan aku patah semangat...sebaliknya aku akan mencuba lagi dalam kontes2 yang akan datang...seperti kata pepatah bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor...lgpun mana taukan masa depan hadiah yang ditawarkan lebih karan...contohnya dpt hadiah hp ker...kan best...tambah2 la hp aku sekrang ni gh berpenyakit...

Tuesday, February 23, 2010

'Kenapa Mr Superman perlu bagi kamera digital ini kepada saya'

Entry ini akan melekat sehingga 23hb Januari,sila skrol kebawah untuk entry terbaru TQ!

Kali ini aku nak mencuba nasib dengan menyertai kontes yang di anjur oleh mr.superman...nak menang kontes ni kena karang mengarang ayat pastu pujuk2 sikit bagi mr.superman tu lembut hati...dah lama kontes ni bermula tapi masa tu aku tak bercadang nak masuk...bukannya tak berminat tapi aku tak reti nak buat yang sticky mode tu...hehehe rabun IT la katakan...nasib baik la aku ada blog engineer yang sedia membantu bila2 masa dan dimana jua...( kalau menang ni kene share gak la dgn blog engineer tu)


Sebab apa mr.superman perlu bagi digital kamera ini kepada saya?...ok aku akan try la bagi alasan yang kukuh dah concrete lagi padu untuk mr.superman...tapi untuk kontes ni kena guna ganti nama 'saya' la sebab tajuk dia macam tu...kalau tidak keluar tajuk pulak...

Hujah saya yang pertama:

Saya memang belum ada digital kamera...dulu ada la tapi dah rosak...lepas rosak dah tak beli lain sebab saya beli henpon yang ada kamera...tapi kamera di henpon mana sama dgn yang kamera digital kan... sebab henpon saya tu pun yang cikai jer...camera dia 3.2 mega pixel jer...sebab tu bila tengok gambar kat blog saya macam tak berapa best ja... kalau guna digital kamera baru la nampak lagi cun dan comei...(tapi nak tanya gak la kamera yang nak bagi tu berapa mega pixel?)
hehehe...ngengada jer kan...

hujah yang kedua pulak :

Saya ada adik pompuan ( bukan nak rekemen adik tau) bulan 6 ni dia nak kawen....jadi saya perlukan kamera untuk ambik gambar masa kenduri kawen tu...memang la dia ada ambik khidmat jurufoto.... tapi kan jurufoto tu mesti dok fokus ambik gambar pengantin saja...gambar kakak pengantin yang glemer dan cun ni depa bukan nak ambik pun...rugi la kan pakai lawa2 dan vogue tapi tak ambik gambar...jadi saya sangat perlukan kamera digital itu untuk ambik gambar syok sendiri.... boleh terima tak alasan tu?

hujah yang ketiga:

saya ni suka pergi jalan2 makan angin...selalunya ambik gambar guna kamera henpon jer...yang jadi masalah sekarang ni bila pi jenjalan selalu lupa bawak charger henpon tu...baru bercuti 2 hari bateri henpon dah kong dan kering kontang...tak boleh dah nak bergambar. bila jadi macam tu terpaksa la menumpang kamera kawan ( kalau tak percaya tanya dengan CIKMIN...saya selalu menyendeng kat kamera dia kalau kami pi jenjalan) ...kalau bateri kamera tahan lama...orang la kata...saya taktau la betul ker tak sebab saya kan xder kamera...kalau mr.superman bagi saya kamera tu baru la saya boleh buat kajian tentang kesahihan fakta itu...


hujah yang ke empat:

Yang ni jangan habaq kat orang tau....(mode bisik2 ni) saya kan ada anak dara...orang kata kan kalau nak mengorat anak kena ambik hati mak dia dulu...jadi bagi la kamera tu kat saya (ahaks..relevan ker nih? gasak la kan)

hujah yang ke 5 pulak:

hujah yang ni agak menyentuh perasaan sikit la...untuk pengetahuan mr.superman, saya ni merupakan seorang anak yatim piatu...tak berayah dan tidak beribu.......memang besar pahala orang2 yang membantu anak yatim piatu ni...jadi apa tunggu lagi...bagi la kamera tu dekat saya...( ada harapan tak nak dapat kamera tu?)

hujah yang ke 6:

hujah yang terakhir ni berbentuk cadangan. apakata markah diberi berdasarkan umor peserta? lagi byk umor orang tu lagi byk markah dia....kalau mr.superman buat macam tu kompom la saya boleh menang.....hik3

Itu saja hujah2 yang dapat saya sampai kan untuk memenangi kontes ni...

p/s: kalau tak letak banner kat tepi tu disqualified ker?