Kuciwa akak dikkk... haritu diorang kata PM akan umumkan berita baik untuk 1.4 juta penjawat awam pada 11.3.2013 . Biasanya berita baik ni berkaitan dengan gaji dan elaun la kan...
Tunggu punya tunggu punya tunggu...yang mendapat berita gembira hanyalah anggota PDRM dan ATM sahaja...
Untuk penjawat awam lain x nampak la pulak. mungkin belum upload ataupun memang xdak...kita tunggu je la kan....
dari pada pengumuman tersebut anggota ATM dan PDRM akan dapat manfaat seperti berikut:
Pangkat anggota ATM, PDRM disetara dengan perkhidmatan awam lain
Berkuat kuasa 1 Januari 2013, kerajaan setuju pangkat anggota di Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disetarakan dengan gred perkhidmatan awam lain
Gaji, jawatan koperal ATM dan PDRM setara dengan Gred 22
Datuk Seri Najib berkata, melalui penyelelarasan gred itu, gred jawatan dan gaji koperal dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan Gred 22 perkhidmatan awam
Gaji sarjan ATM dan PDRM disetarakan dengan Gred 22 JPA
Gred jawatan dan gaji sarjan dalam ATM dan PDRM yang kini dalam Gred 17, disetarakan dengan Gred 22 perkhidmatan awam
Gred 41 mejar dalam ATM, superintendan PDRM dinaikkan ke Gred 46A
Gred jawatan dan gaji mejar dalam ATM dan timbalan superintendan PDRM dalam Gred 41, disetarakan dengan gred 46A dalam perkhidmatan awam
Kapten ATM dan Superintendan PDRM disetarakan dengan Gred 44
Jawatan Kapten ATM dan Superintendan PDRM dalam Gred 41 kini disetarakan dengan Gred 44 perkhidmatan awam
Kakitangan awam kontrak disambung setahun lagi
Kakitangan awam yang kontraknya tamat pada 31 Disember 2013 akan disambung selama setahun lagi
Kolonel, ACP disetara dengan Gred 52 perkhidmatan awam
Gred jawatan dan gaji kolonel ATM dan Asisten Komisioner (ACP) polis yang kini dalam Gred 48, disetarakan dengan Gred 52 perkhidmatan awam
sumber dipetik dari http://www.enciknakal.com ..terima kasih encik nakal
18 comments:
bagus..bagus..jasa pejuang di kenang
yup..bila jadi kes lahad datu ni baru org tau susah oayah atm dgn pdrm kan
Tak apa la kak..mungkin sebagai penghargaan atas usaha mereka selama ini..tapi diana ada terbaca yang kakitangan awam yang lain akan diberikan 1 kenaikan gaji bermula julai 2013..syukur walaupun sedikit..dah rezeki mereka kan.. :)
diana- ada lagi ke kenaikan gaji untuk penjawat awam? bestnya...
Untung la keja gomen..tapi tentera ni mmg sesuai la naik, sbb keja diowang pun susah....harap2 kalau kerajaan bertukar tangan pun, biarlaa benda baik mcm ni diteruskan..:)
zuha- yea betul . org tak patut pertikai kalau tentera dapat keistimewaan..sbb keja depa teruk..
tuggu ada pengumuman utk cola dan itp pada 19.03.2013
sektor awam lain x da ek?
19.3 ada lg??banyak naik..banyak la cukai...uhuhu
Seronok dgr berita pasai kenaikan gaji tuh...kami ni di company swasta paham2 jer la...
Anon- betulke ada pengumuman lagi lepas ni? mana tau? bestnya kalau betoi
sop - sektor awam lain pun ada. tp x brp paham apa yg dimaksudkan kenaikan gaji julai tu
anak mommy- xpa la byk cukai pun sbb yg masyuk dah banyak
ridzwan- sesetengah org swasta lagi dasyat . bonus sampai 4-5 bulan
hehehe...betul gak tuh... :)
time ni la kita rasa askar or polis ni sgt2 penting,,huhu,, bagus la tu, at least, memadai la dgn kudrat dorang, lau naik lagi byk pn ok,,hehe
trah- ya la kan...depa tu keje berhujan panas kadang tu. mcm kita dok dalam bilik ada ekon. pastu boleh blogging dan bw lagi...hehehe
mcm phm xphm la pulak..naik ke tak...
seri sokong sbb tugas mereka ada waktunya tak mcm penjawat awam yang lain...
uhhh...mmg keciwa mcmtu kak yuka..
anakMommy- dapat kenaikan gaji biasa dan kenaikan gaji pelarasan. macam 2 kali naik gaji la...
Seri Bahasa- yuka pun sokong
azuria- kak yuka tak jadi kuciwa sebab dgr kata ada jugak kenaikan gaji..hehehe
Post a Comment