Showing posts with label aku dan kerja. Show all posts
Showing posts with label aku dan kerja. Show all posts

Wednesday, May 11, 2011

Sibuk...sibuk...sibuk....

Itulah yang dapat aku katakan sekarang....sejak 2 menjak ni kerja aku di ofis sangat banyak...tugasan datang bertubi-tubi...sampai aku jadi tenggelam punca...di celah2 kesibukan itu aku sempat bercuti di Jakarta selama 5 hari...bos aku takleh kata apa la kan sebab tiket dah beli berzaman...balik dari jakarta aku terpaksa bekerja dengan lebih tekun ken qadha balik kerja2 yangtelah ditinggalkan tu....hadoiiii...kalau la aku ni bini jutawan kan best...sampai x sempat nak buat entry tentang percutian ke jakarta tu...Dalam pada aku tengah qadha keja2 tu odit pulak menyibuk datang...geram aku...masa ku cuti bersalin 3 bulan tu diorang taknak datang...
Namun demikian walaupun tgh bz tahap gaban aku cuba juga luangkan masa menjengah blog kawan2 untuk membalas kunjungan...kalau ada blog yang aku tertinggal utk balas kunjungan harap dimaafkan...sesungguhnya aku ni manusia biasa adakala terlepas pandang...

Sunday, July 25, 2010

Berehat seketika...

Salam semua...dengan ini dimaklumkan bahawa mulai 26-28 Julai yuka akan berehat seketika dari aktiviti blogging...ini adalah kerana pada tarikh tersebut yuka akan ke Pulau Langkawi atas urusan kerja...Kalau ada sesiapa yang menyinggah ke blog yuka pada tarikh2 tersebut terima kasih diucapkan dan  (insyaAllah)  yuka cuba membuat kunjungan balas sekembalinya yuka dari pulau lagenda itu....

Monday, July 27, 2009

kuching oh kuching

sekarang ni aku sedang menghitung hari untuk ke kuching. Serawak jer satu2nya negeri yang aku tak penah sampai di Mesia ni....so pemergian aku kali ini untuk melengkapkan program 1 malaysia aku tu la...hik3...program ni aku rancang nak pi sama2 dengan cikmin konon2 nak sambut besday kitorang kat sana...tapi kita hanya merancang.... masa pelan ni dibuat cikmin lom pegnen dan masatu jugak takder H1N1 ni yang ada cuma B1N1..hehehe...disebabkan 2 faktor itulah cikmin tak jadi pegi kuching tu...

Bagi aku pulak rancangan tetap diteruskan kerana anak2 aku dah tak sabar nak pegi..kesian pulak kalau nka dibatalkan...kalau nak tunggu H1N1 ni abis taktau bila pulak la penyakit ni nak hilang...cuma kena sentiasa berwaspada dan Tawakal jer la kan....

Sebenarnya aku dalam dilema jugak bila nak pi serawak ni sebabnya trip aku pergi bercuti ni pada 29/7-1hb ogos... flight dari kuching tu kol 9.30 mlm...sampai penang mesti la dalam kol 12.00 sampai umah aku pulak dlm kol 1 mcm tu....pagi 2/8 tu aku kena pegi kuching pulak atas urusan kerja...flight kol 8..maknanya pukul 6 pg aku dah kene turun dari rumah... maknanya 5 jam jer aku kat rumah...
disebabkan faktor2 itu ada yg memberi cadangan supaya aku stay terus kat kuching tu tak yah balik dah...mula aku dah setuju.... so ofis aku pun batalkan tiket yang 2hb pagi tu...tp tetiba aku rasa sedeh dan sebab lak..iyerla kan pegi 1 family pastu aku kene tinggal sorang2 kat sana...aku mula la terpk cemana hb aku tu nak handle anak2 aku yg 4 orang tu sendirian atas kapal terbang tu...dah la 2hb tu besday hb aku tu pulak...yang paling aku tak sanggup nak kene tido kat hotel sorang2 kalau aku tak balik...setelah aku pk masak2 akhirnya pembatalan tiket aku tu telah ditarik balik....lagipun susah gak kalau tak balik...sbab nak kena bawak baju byk2 la pi kuching tu... daripada tak penah pegi serawak sekali pergi sampai 2 kali mcm tu...hambik kau...

Sunday, June 28, 2009

Kursus di Langkawi...

Dayang Bunting Sedang Tidur




Pada hari khamis 25/6/09 aku telah ke langkawi lagi ( munkin kali yang 37 kot...hik3) untuk berkursus...kursus ini melibatkan semua staff dan pegawai di ofis aku...atas sebab itu la ianya diadakan pada hari cuti...kalau buat hari biasa saper lak nak jaga ofis kan? Mula tu aku rasa macam tak best jer nak pi langkawi ni sebab dah selalu sangat...tapi ternyata pemergian aku ke langkawi ini sangat bermakna dan berbeza dari sebelum2 nya.. Nak tau sebab apa? sebabnya kan dalam kursus kali ini kami dibawa untuk Island Hoping....kami ke pulau beras basah, pulau dayang bunting dan geopark ( tempat bg helang makan) . walaupun dah 36 kali aku langkawi, inilah kali pertama aku sampai ke tasik dayang bunting... kat tasik tu aku sangat berhati-hati...takut air tasik termasuk dalam mulut...hik3...bukannya apa kalau dibuatnya semua yang pergi tu pegnen lumpuh la ofis aku tahun depan...hehhehe. Gurauan semata-mata yer tuan2 dan puan2....

berposing sebelum memulakan permainan


Sebelah malamnyer pulak ada pertandingan bowling... kene main sampai 4 game...penat tuuuu ...bila game ke -4 nak angkat tangan sendiri pun dah tak larat...kalaula kena main sampai 5 game maunyer kena guna 2 belah tangan nak lontar bola tu....

Selain dari aktiviti diatas aku juga tak melupakan aktiviti membeli coklat...best sgt beli coklat kat sana tu ...antara yang aku beli coklat daim, kisses, kinder bueno, cadbury dan van houten...entry ni pun aku type sesambil makan coklat cadbury...ermmm sedapnya....

Harini semua orang kat ofis aku merungut sakit2 kaki... aku sendiri pun sakit yang teramat di bahagian perut betis...kalau orang tengok aku jalan harini memang buruk bebenor...tak ayu langsung...ni semua gara2 naik bukit untuk ke tasik dayang bunting tu la...

Monday, March 16, 2009

leisure vs keje

Setelah hampir 10 hari aku tak masuk ofis disebabkan bercuti dan berkursus di pulau lagenda, harini aku masuk ofis dengan semangat yang berkobar-kobar. Aku dah terbayangkan diatas meja penuh dengan segala surat-menyurat dan dokumen untuk buat payment... tapi kan sangkaan aku meleset sama sekali. Atas meja aku kosong jer . sama seperti ketika aku tinggalkan haritu... rupa2nya sistem masih down. sumer keje tak leh buat lagi. tapi yang paling best streamyx da ok. makanya dapat la aku update blog dan menjengah blog kawan2. Sekian sahaja untuk kali ini sebab aku nak sambung lawatan sambil belajar ke blog kawan2....

Tuesday, March 10, 2009

Salam dari Pulau Lagenda....

Hai... sekarang aku bersiaran dari pulau langkawi. told ya before kan aku der kursus kat sini... aku sampai kat sini kol 2 petang. 2 perkara yang aku suka pasal kursus ni ialah kursus
ni di buat kat hotel bayview yang terletak di tengah2 pekan kuah dan dikelilingi kedai2. rambang mata aku tengok coklat yang pelbagai spesis. Nak shopping memang senang takyah dah naik teksi. yang penting kena siap duit byk2 la... Aku takder la bwk duit byk2 sebab nak beli coklat jer. Malas nak beli pinggan mangkuk sumer tu sebab susah nak bawak...Petang tadi aku dah beli banyak coklat. dah siap faraid pun sbahagian coklat tu. masa beli tu aku rasa nak makan 1 bar sorang2 baru puas sebab kalau di rumah tu kene makan ramai2 berebut-rebut dengan anak aku...ahaks... ingatkan bestla makan tanpa gangguan rupa2nya tak best la. tak sampai separuh aku makan dah muak lak rasa.... kene balik makan kat rumah la jugak nampaknya...
sebab ke-2 yang aku suka pasal kursus ni ialah kat hotel ni boleh tenet free... ni yang aku boleh update blog ni... kalau macamni kursus tiap2 bulan pun aku tak kesah...ahaks.