Showing posts with label pregnen. Show all posts
Showing posts with label pregnen. Show all posts

Thursday, May 20, 2010

Mengidam ke Teringin?

Hari ini aku nak membincangkan 2 perkataan yang hampir sama maksudnya. Perkataan yang aku maksudkan ialah mengidam dan teringin...
Teringin bermaksud mahukan sesuatu...ataupun keinginan seseorang...semua orang boleh menggunakan perkataan teringin...teringin ni merangkumi kepada semua benda...samada makanan/ pakaian baru / keretabaru / rumah besar dan sebagainya...
Mengidam pula biasanya digunakan oleh wanita yang sedang mengandung...biasanya mengidam ni dikaitkan dengan sesuatu yang teringin nak dimakan oleh wanita mengandung tersebut...kata orang sekiranya wanita tersebut tak dapat makan apa yang diidamkan maka bayi yang akan dilahirkan nanti akan meleleh-leleh airliurnya...taktau la yang ni fakta... tapi aku sendiri pernah mengalami begini...mungkin jugak 1 kebetulan kot...
Tak semua pompuan mengandung suka mengidam... macam aku la...walaupun pegnen tapi tidak la aku mengidam apa2...cuma aku teringin bila orang sebut sesuatu makanan atau ketika bila aku ternampak makanan...( sebab tu la sekarang aku risau nak blogwalking...kot2 terjumpa blog yang tunjuk makanan macam2...)
Citer bab mengidam ni aku adalabeberapa contoh nak cerita kat sini...

kisah pertama : aku ada seorang kawan . 1 hari tu dia teringin nak makan yong tau fu...ketika itu hujan tengah lebat jadi tak dapat la suami dia pi beli....bila hujan dah berhenti, sisuami tu pun siap2 la nak keluar pi beli yong tau fu tu... pastu kawan aku cakap kat suami dia takyah beli dah sebab dia teringin nak makan yongtaufu masa hujan tengah lebat tadi jer... hadoii... itu macam punya orang pun ada ka?

kisah kedua : yang ni kazen aku pulak.sekarang tengah mengandung 7 bulan...dia ni tinggal di klang manakala emaknya di kedah...baru2 ini dia telefon mak dia yang dia teringin nak makan gulai daging + umbut pisang ( batang pisang yg bhg tengah) yang kenduri kawen punya...takmau yang mak dia masak sendiri...tak ke haru macam tu...mungkin dah rezeki dia hari sabtu ni ada kenduri di kampung dia tu dan kenduri disitu memang buat gulai daging akan dia campur umbut pisang...maka dapatla dia merasa.

Untung gak aku tak mengidam yang bukan2... dulu aku penah gak mengidam tapi hb aku tak layan pun.... dia kata aku bukan mengidam tapi ambik kesempatan...huhuhu...nak tau aku mengidam apa? aku bagitau hb aku yang aku mengidam nak pakai rantai emas yang labuh...ahaks....


Sunday, May 16, 2010

Kantoi...

Hari ini aku nak cerita pasal kantoi...bukan lagu kantoi versi zie avie tu atau pun versi afdlin shauki...tapi yang kisah kantoi aku...
Ceritanya macam ni...seperti yang telah aku maklumkan sebelum ini bahawasanya akukan tengah pregnen...namu demikian aku tidak memaklumkan kepada kawan2 dan staff aku di ofis... Aku nak biar mereka nampak sendiri yang aku pegnen... tapi nampaknya perancangan aku tidak menjadi seperti yang aku rancang...ini adalah kerana dengan tidak semena-mena nama aku telah dicalonkan untuk menyertai team bowling pejabat aku untuk bertanding dengan pejabat2 didaerah lain.... mula2 aku beri alasan tak dapat bermain disebabkan masalah kesihatan tapi alasan tersebut tidak diterima kerana aku kelihatan sihat sejahtera....akhirnya terpaksalah aku memberitahu perkara yang sebenar.... Tapi cerita tersebut belum sampai ke pengetahuan staff aku...pagi tadi entah cemana tiba2 saja sorang staff aku yang mengandung 5 bulan tanya aku macam ni " puan, masa puan pegnen kan perut puan nampak besar tak?"... masa tu aku serba salah nak bagitahu aku pegnen atau tidak...namun aku hanya memberitahu bahawa kalau aku mengandung perut aku tidak begitu besar...pertambahan berat badan aku pun tidak sampai 10kg sepanjang tempoh 9 bulan mengandung...staff aku tu pun berpuas hatila dengan jawapan aku tu... tapi aku pulak rasa tak best untuk terus merahsiakan hal sebenar...2 minggu lepas aku penah memberitahu budak tu yang aku mengandung tapi dia ketawa dan kata kat aku macam ni..." puan bukan mengandung tapi mengandungi..." hahahhaampeh jer kan..

Pastu tadi aku nekad nak bagitau staff aku tu lantas aku pun panggil dia...aku kata dia " tadi hasna tanya kalau saya mengandung perut besar tak, kan? la ni saya tengah mengandung 3 bulan tengokla sendiri besar tak..." tiba2 budak tu jawab macam ni..." ek elee puan ni mengada...tak nampak apa pun...awat teringin nak mengandung ka?" ishh budak ni nak kena dengan aku kot...pastu aku kata ' betoila saya mengandung...tak percaya sudah"..... pastu dia tanya lagi " betoi ka ni puan? syoknya puan mengandung"...akhirnya percaya jugak budak tu...dia ingat aku main2 kot...akhirnya cerita aku mengandung bukan lagi rahsia disini...syok gak bila orang tau kita mengandung...sebabnya bila tiba bab makan orang akan ingat kat kita...kalau benda yang sikit orang pegnen akan diutamakan...bestnya....gemokla aku lepas ni...