Showing posts with label macam-macam. Show all posts
Showing posts with label macam-macam. Show all posts

Tuesday, March 6, 2012

Doa Ketika Mengerjakan Umrah

Salam Sejahtera semua..yuka doakan semoga anda semua sihat walafiat disamping keluarga dan teman-teman tersayang...Dah lama yuka tak update blog  kan...terima kasih yuka ucapkan kepada pengunjung  blog yuka yang sentiasa memberikan sokongan kepada blog yuka ni...Kebelakangan ini yuka tak dapat nak update blog sebab bz dengan tugas2 kat ofis ...pastu dicelah-celah kebizian tu yuka kena pegi meeting di Jitra la  then 2 hari lepas tu kena pi putrajaya pastu lepas ni yuka nak bercuti panjang pulak...makanya terpaksala siapkan kerja yang banyak itew dalam tempoh yang singkat... Yuka bercuti panjang sebab lusa nak ke Jakarta/bandung ( ada blogger kata yuka balik kampung..hehehe) mana tak balik kampong kan tiap2 tahun pi sana...biasanya yuka pi sana sebab nak jadi orang kaya...jutawan gitu...shopping pun syok jer kat sana...ada kalanya rasa macam selebriti la pulak...mana taknya turun jer dari kenderaan orang datang serbu...tp depa tu bukan la nak minta sain autograf ...Ops da terkeluar tajuk la pulak..len kali la yuka citer pasal tujuan pi jakarta tu...

Sebenarnya entry kali ini yuka nak citer pasal doa ketika mengerjakan umrah. Yuka bukan nak berkogsi doa yang perlu dibaca ketika buat umrah, okey. Yuka nak berkongsi doa-doa yang dikirim oleh anak2 yuka ketika ayah mereka nak pergi umrah 2 minggu lepas. Kesahnya begini, saat2 nak bertolak ke airport tu anak2 yuka tu pesan macam2la kat ayah diorang untuk didoakan disana..oleh kerana banyak sangat permintaan mereka tu..hubby yuka minta anak yuka tulis dalam buku nota sebab takut terlupa bila kat Mekah nanti. Maka anak yuka pun tulis la dalam buku.

Masa tengah bosan dalam kapalterbang tu hubby yuka nak tengokla apa permintaan anak2 bertuah dia tu...kat bawah ni adalah doa yang minta dibacakan oleh ayah mereka ketika di Mekah ( mulanya yuka nak scan jer buku nota tu baru boleh tengok sendiri tulisan diorang tu..tapi x cukup masa la pulak nak buat semua tu. so yuka type balik la apa yang diorang tulis)
Antara permintaan mereka:
1. Bagi Marsya dapat 5A dalam UPSR
2. Bagi Nayli dapat 8A dalam PMR
3. bagi Danial dapat semua A dalam SPM
4.Bagi thaqif dan firas pandai dan rajin beribadat
5. bagi buah kelapa sawit berbuah cepat dan banyak
6.Bagi walid beli kereta starex atau alphard
7. Temukan jodoh kepada bibik
8.Bagi walid dapat banyak projek
9. bagi nayli dapat i-pod
10. bagi keluarga maklong murah rezeki
11.Ampunkan semua dosa umat Islam

perghh banyak betoi permintaan depa tu.   Sangat duniawi kan. hubby aku kata doa yang nombor 7 tu dia tambah sikit. dia doakan bibik dapat jodoh lepas tamat kontrak..hehhe..kalau dapat jodoh sekarang jenuh la pulak kami nak mencari bibik baru...


Tuesday, February 14, 2012

Wau


ewau..ewau..ewau buley..ewau buley teraju tigo...korang penah main wau tak? Aku tak penah main...tengok orang main penah la..tu pun aku tak sure benda tu layang2 ke wau... wau ni orang main kat kelantan jer..kalau di negeri lain orang tempek kat dinding je buat hiasan...kan?

Harini aku bukan la nak cerita pasal kehebatan atau ke popularan wau tu...tapi aku nak citer pasal anak aku yang kena buat wau untuk pendidikan seni.

Petang semalam masa balik keja aku tengok anak aku tengah buat wau. Dia tanya aku cemana nak buat corak2 di wau tu. Aku ada gak la bagi idea yang tak berapa bernas sikit-sikit. Pastu yang kelakar tu dia cerita kat aku sebelum aku balik dia ada tanya kat bibik macamana nak buat wau. pastu bibik tu suruh dia ambil buku bahasa arab. yang anak aku ni pun pi la ambik buku bahasa arab bagi kat bibik tu.( Dalam hati heran jugak la cemana bibik tu boleh tau dalam buku tu ada gambar wau.)... sekali tu bibik tu tunjuk kat dia macam ni la wau ( sambil menunjuk ke arah sesuatu dalam buku tu)... Rupa-rupanya bibik tu tunjuk huruf  'wau'..ekekekekeke...sengal kan?

Monday, August 15, 2011

Bedak silky BB foundation powder @ guardian

Mari-mari aku nak cerita kat korang ni....petang semalam lepas balik keja aku hantar anak aku ke kelas tusyen. berdekatan tempat tusyen tu ada guardian. Oleh kerana bedak aku dah habis aku bercadang nak beli bedak kat situ... aku tertarik nak beli bedak keluaran silky girl yg namanya Silky BB foundation powder...almaklumla kan sekarang ni aku tengah pakai BB cream jd bila cari bedak pun nak la yang ada tulis  BB tu...Brand lain pun ada gak yang tulis BB...saja je aku nak try yang silky girl tu. harga bedak tu rm17.90 xder lak diskaun kat situ. Selepas pilih kaler yang sesuai untuk aku dengan dibantu oleh salesgirl kat guardian tu aku pun pegila kat kaunter untuk buat bayaran. Salesgirl td tu merangkap cashier jugak. Lepas bayar dan dapat balik duit belen rm sekupang budak tu bagitau aku resit xder sebab tak boleh nak keluar...memikirkan yang aku bukan nak buat claim apa2 pun dengan resit tu maka aku pun kata xperla xder resit pun dan aku terus keluar dari situ. Sebelum tu aku sempat gak ambik booklet merdeka sale atas kaunter tu.  Aku malas la nak buang2 masa hanya nak dapatkan resit tu kan. Kalau resit roll tu habis dia nak kena buka cash register tu pastu ganti kertas resit baru mesti ambik masa sedangkan aku nak cepat balik.
Sesampainya dirumah aku pun belek2 la booklet yang aku ambik tu nak tengok kot2 ada offer yang menarik. Tetiba aku terpandang bedak yang aku beli tadi tu. Aku beli rm17.90 dalam tu cuma rm14.88 jer...beza 3 ringgit tu. macam2 dah boleh beli dgn 3 ringgit tu. kalau kat sp ni dah boleh dapat murtabak 2 biji!! Sebenarnya aku bukan nak berkira pasal 3 ringgit tu tapi aku rasa macam kesilapan itu disengajakan. Tetiba jer pulak resit tu taknak keluar bagai. Mungkin diresit tu di print harga selepas offer. Aku takla menuduh sangat sebab budak tu nampak baik dan friendly pulak tu cuma bila dah jadi macam ni aku syak la dia buat macam tu. Mungkin jugak dia berani buat macam tu dengan anggapan takkanla disebabkan 3 ringgit aku nak pi lagi kat situ kan....hahhaha memang silap banyakla sebab memang aku akan pergi situ lagi sebab nak ambik anak aku dari kelas tusyen. Masa pergi ambik anak aku tu aku pergi lagi kat guardian tu. Aku tengok masih budak yang sama bertugas. Aku pun terus tanya dia dan tunjuk harga dalam buku offer tu. Budak tu suruh aku tunggu sekejap sebab dia nak pi tanya kat dalam. Lebih kurang 5 minit macam tu budak tu datang bagi balik duit aku rm3 tu. dia tak kata apa2 pun. aku pun malas nak tanya apa2 dah.
So aku nak tanya pendapat korang adakah kejadian itu:
A. Disengajakan
B. Kesilapan Teknikal

Thursday, August 11, 2011

Pelajar Malaysia Kena Pukul dan Samun Semasa Rusuhan Di London

Korang dah tengok tak video pelajar ni kat youtube? kesian asyraf haziq. Dah la bulan puasa, jauh dari mak bapak pulak tu. Sudah la dipukul sampai cedera rahang pastu  di samun ...Masa mula-mula tengok berita di buletin tv3 semalam aku takla berapa kisah sangat ( tengah sibuk dengan baby masa tu) tetiba dengar diorang sebut pelajar tersebut dalam perjalan mencari juadah berbuka di Barking terus je aku fokus kat berita tu. Sebab pertama memang aku nak tau cerita tentang kejadian tu. Sebab ke-2 pulak aku penah tinggal kat Barking tu selama 2 tahun. jadi bila tgk tempat kejadian tu terimbau la semula nostalgia lama..mujur masa aku kat sana tiada kejadian yang tiada diingini berlaku.

Moral of the story: Sebab tu la kerajaan malaysia tak benarkan perhimpunan haram@ jalanan semua tu. Sebabnya takut ada pihak lain yang ambik kesempatan membuat rusuhan semasa berhimpun tu. Britain tu bangga sangat dengan dasar kebebasan bagai tu sekarang tengok apa dah jadi? Orang kata polis malaysia kejam dan zalim sebab pukul orang semasa perhimpunan bersih tu. Aku tengok kat britain pun polis diorang pukol gak. Kalau pukul salah, sembur air salah, lepaskan gas pemedih mata pun salah polis dok rumah jer tengok rusuhan tu dalam tv kan?

Sunday, May 1, 2011

pippa middleton

tiba2 femes adik ipar william ni...dia mendapat perhatian ramai sejak jadi pengapit pengantin...baju yang dia pakai masa weddng tu cantik sangat...nampak sweet jer kan...sapa la agaknya jodoh dia nanti...sejuk perut mak mengandung ...hhahahaha

Sunday, February 20, 2011

Datuk Ct Nurhaliza...melepas lagi

Petang semalam aku pergi rumah kakak aku...dekat jer umah kakak aku tu dalam 2 km jer dari rumah aku...masa aku kat situ bibik aku tepon...dia kata macam ni "Ibu, ct nurhaliza dengan datuk k datang, baru jer sampai .kalau nak tengok balikla cepat"...korang jangan ingat yg tu ct nurhaliza klon pulak...yang dimaksudkan bibik aku tu memang  datuk ct dan datuk k betul2 bukan cobaaaaannnn...Tapi mereka tu bukan datang rumah aku sebaliknya mereka pergi rumah mak sedara datuk k yang merupakan jiran aku...sejak ct kawen dengan datuk k dah banyak kali mereka pergi datang rumah mak sedara datuk k tu...time raya memang wajib depa datang tetapi aku tak pernah berkesempatan jumpa dengan diorang tu...selalu salah timing...bibik aku tu yang selalu dpt tengok...aku rasa bukan aku saja yang teringin nak jumpa ct, sebaliknya ct pun mesti nak tengok aku..hehhee mana taknya tiap-tiap kali dia datang situ tak pernah nampak tuan empunya rumah...statement perasan tak boleh blah kan....harap2 kunjungan ct yang akan datang aku dapat tengok dia secara live...

Wednesday, January 12, 2011

Hari ke-44

Shut up no shut up hari ini dah cukup 44 hari aku berpantang...esok aku akan merdeka...masa baru melahirkan haritu aku rasa tak sabar nak tunggu 44 hari...tapi bila dah sampai masa rasa sedih la pulak....mana tak sedeh kan, sebelum ni aku macam orang OKU jer tak buat apa2 keje melainkan baring2 jer depan tv sesambil menjaga anak kecik aku tu...lepas ni dah takderla keistimewaan macam tu...
Berpantang anak ke-5 dan anak pertama memang jauh berbeza...masa pantang anak pertama dulu aku rasa sangat sengsara...masa tu semua benda aku teringin nak makan...tengok iklan KFC kt tv pun rasa macam nak menitik ayaq liuq...tambahan pula masa pantang anak pertama aku dijaga oleh arwah mak aku...beliau memang sgt strict...makan nasi tak boleh tambah...minum air 4 cawan jer sehari...mana la tak azab kan...nak minum air berais tu jangan mimpi la...cuma bila dah dekat2 nak habis berpantang aku curi2 gak minum air lebih sikit....
Bila berpantang anak nombor 2 hingga 5 aku dah tak teringin sangat nak makan macam-macam...cuma yang ada dalam fikiran aku ni aku nak makan ABC ataupun cendol esok...lepas tu ingat nak makan Pizza...pastu  ingat nak ajak hb aku pi kedai seafood sebab sebelum beranak haritu aku teringin nak makan ketam masak cili tapi tak sempat...

Tuesday, January 11, 2011

Anugerah Juara Lagu AJL25

Shut up no shut up ( pinjam kata2 FBI) dah 2 hari AJL25 berlalu.... tetapi seperti biasa ...bak kata pepatah rumah siap pahat berbunyi...mana2 majlis anugerah pun macam tu...keputusan juri mana boleh puaskan hati semua pihak...ada je ryang tak kena...kali ini yang menjadi isu ialah kemenangan lagu Ana Rafali tu...Aku pun tak faham kenapa diorang tak puas hati sangat dengan lagu tu...bagi aku kalau sesebuah lagu tu layak masuk final maka lagu tersebut layakla untuk menang..tak gitu?
Dalam entry ni aku bukan nak pertikai tentang sapa menang dan sapa pengalah...sebab aku tak kisah pun sapa yang menang...kat sini aku nak kongsi pandangan tentang majlis tu...sana sini orang bercakap tentang kemeriahan dan kegempakkan majli situ...semua finalis buat persembahan yang bagus...dasyat2 dan hebat2 belaka...itu kata orang la... kata aku pulak macam mana? sebenarnya aku tak berapa layak nak cerita lebih2 pasal AJL ni...nak tau kenapa? ini adalah kerana sepanjang AJL berlangsung aku asyik terlelap jer...padahal aku yang tak sabar2 nak tengok AJL tu...masa ana rafali tu buat persembahan..aku tengok ana rafali pakai baju putih...pastu aku terlelap beberapa saat... bila dah tersedar tengok2 baju dia dah jadi kaler merah...hampeh jer kan aku ni...yang paling tak boleh belah tu bila faizal tahir nyanyi lagu hanyut pun aku boleh terlelap...masa dia mula2 nyanyi tu aku berusaha untuk tidak terlelap  sebab nak tengok apa gimik dia nak buat...takkan sekadar menyayi dalam kandang tu jer..mesti ada dia nak buat apa2 lagi ..tapi rupa2nya aku terlelap jugak...aku tersedar bila dengar sorakan yang kuat dari penonton di stadium...masa tu aku tengok faizal dah basah... apa kes lak mamat ni sampai basah macam tu...aku tanya anak aku kenapa Faizal tu basah..pastu anak aku kata dia terjun dalam air...alaaaaa aku dah missed part tu...lepas tu beberapa kali gak la aku terlelap...
Nasib baik dalam rancangan MHI pagi semalam depa ada tunjuk part faizal buat persembahan...maka dapatla aku tengok apa yg dia buat malam tu...
Secara peribadi aku terhibur jugakla dengan AJL25 tu walaupun ada beberapa lagu tu bukannya taste aku pun....

Saturday, December 25, 2010

Ahmad Maher Firas First Trip

Hari ini umor AMF dah 26 hari...Hari ini AMF akan di bawa berjalan jauh...sebelum ni jalan2 dekat2 jer sebab nak pegi hospital...hari ini AMF akan pergi ke putrajaya...nak kerumah mak sedara kat sana...bukan saja2 nak pergi makan angin tapi kebetulan ayah AMF ada meeting kat sana jadi kami semua ikutla...boleh lepak2 dengan sepupu AMF kat sana...depa pun tak pernah lagi jumpa dengan AMF...sebenarnya kan sebab utama AMF pergi ke putrajaya ialah mommy AMF tu dah bosan tahap gaban dok memerap jer dalam rumah...rasa lambat bebenor nak cukup 44 hari tu....

Friday, December 17, 2010

Hari ke-18

Diam tak diam harini dah 18 hari ahmad maher firas lahir ke dunia...aku pun dah semakin sihat..dah semakin x larat nak baring2 jer...nasib baik sekarang ni macam2 teknologi ada jadi tempoh berpantang tak la bosan sangat... aku boleh berinternet...boleh berblogging..boleh berFB dan macam2 lagi la....masa pantang anak pertama hingga yang ke-3 dulu tu..masa berpantang sangat membosankan...
Selain berinternet aku jugak rajin layan cerita2 kt tv...tp kan apa yg perhatikan kat tv banyak betul cerita indon...tengahari ada cerita 'cahaya', lepas tu 'safa dan marwah', lepas tu 'cinta dan anugerah' lepas tu 'cinta kirana'... semua tu aku tengok...
Selain dari sinetron indonesia tu aku layan gak cerita seruan pulau nami dan putera katak...hahaha ..bila lagikan nak bersenang lenang macam ni...

Semalam aku mula berurut...esok baru habis...selalunya orang berurut masa baru lepas bersalin tapi aku ni start lambat sikit...sebab masa awal2 dulu sibuk dengan baby kena jaundis tu..pastu aku la ralit dari sehari ke sehari kata nak tepon makcik tukang urut tu tapi aku tak tepon pun...cuma 2 hari lepas baru aku tepon makcik urut tu...nasib baik dia xder customer lain...maka boehla dia datang semalam...aku ingatkan makcik2..tup2 bila datang siap pakai jeans dengan blouse lagi...hhahaha makcik urut zaman sekarang...umor dia pun tua setahun jer dari aku...cuma body dia tu jer 2 kali saiz aku....

Hari ini lepas urut aku kakak tu cukur kepala baby firas tu...sekarang baby firas dah botak...nanti aku letak gambar botak dia kat sini...

Oklah yer tuan2 dan puan2 aku nak layan cerita safa dan arwah sat..bye

Wednesday, November 24, 2010

Harry Potter vs 2 alam


VS


Sapa dah tengok filem2 kat atas tu? Anak2 aku dah tengok harry potter tu...depa kata best... yang 2 alam tu pulak setakat ni belum ada yang kata best.... ada yang kata citer tu bukan boleh pecah panggung kalau nak bagi pecah punggung bolehla....wakakakka
Tadi aku terbaca kat 1 blog tu budak ni kata malu dengan diri sendiri sebab tengok cerita tu....huhuhu...aku taktau la seteruk mana cerita tu...produser target untung 40 juta...pastu siap kata pulak dia tak heran bila filem tu ditayangkan serentak dengan harry potter sebab filem dia pun setaraf dengan harry potter...adoiii statement tak boleh blahh....

Wednesday, November 10, 2010

Ketibus- part 2

Entry sebelum ini aku ada bertanyakan tentang ketibus kan? sebenarnya aku sendiri pun baru tau tentang kewujudan ketibus ni...adala dalam 2 minggu mcm tu... mula2 dengar perkataan ketibus tu aku ingatkan dia ni sejenis binatang...ye la kan bunyi pun mcm tikus or arkus gitu...tetapi ternyata ketibus tu bukan binatang...namun demikian ketibus ni merupakan hidupun jugak...jenis mamalia....( benti type sat sebab nak tergelak)

Ok ..sambung balik....100% markah aku bagi kat cikmin sebab jawapan yang dia bg tepat sekali... KETIBUS = orang ketiak busuk ( kan mamalia tu) wakakakakakkakaka

wujudnya perkataan ini kat ofis aku disebabkan adala sorang kat ofis ni yang ketibus...bukan ketibus tahap biasa2 ni..tapi memang tahap gaban atau dengan kata lain hard core la... ( harap2 ketibus tak baca la blog aku ni...kalau tidak tak pasal aku kene cepuk dgn dia) kadang aku heran la dengan spesis2 ketibus ni...depa tak perasan ker yang depa tu ketibus? pastu kita ni yang jadi mangsa pencemaran ketibus taktau cemana nak bagitau...ye la kan takut kecik hati@ terasa... korang ada tak idea cemana nak sedarkan ketibus ni?
Macam aku ni tension gak sebab ketibus ni hari2 masuk bilik aku untuk tanya itu ini....sampai aku rasa deria bau aku dah kurang dah....huhuhuhu

Moral of the story : selalu2 la cium ketiak anda tu...baru tau ketibus ke idak

KETIBUS...

Salam selamat pagi semua....
Untuk entry kali ini aku nak perkenalkan 1 perkataan baru iaitu KETIBUS.... ada tak sesaper yang tau maksud ketibus ni? seblum aku menerangkan maksud ketibus ni, aku bagi masa untuk korang cari maknanya...selamat berfikir...hik3

p/s: kalau xder aral melintang petang ni aku akan bagi maksud ketibus tu...

Wednesday, October 27, 2010

Paul Dah Mati

Tentu korang semua ingat lagi kan dengan paul the sotong ni...masa world cup baru2 ni  memang dia glemer la sebab dapat meneka perlawanan 100% betul... tapi sekarang semua tinggal kenangan...Paul ni khabarnya telah meninggal dunia... Lepas ni kena tangkap sotong lain la pulak untuk ganti paul ni...huhuhu

Thursday, August 26, 2010

Cinta Kirana dan Sejuta Cinta Marshanda (SCM)

Saper yang folow cerita Cinta Kirana? sila angkat tangan... sebenarnya aku tak ikut sgt cerita ni tak seperti aku mengikuti cerita Benci Bilang Cinta tu...antara faktor yang menyebabkan aku tak tengok sangat cerita ini ialah disebabkan kesuntukan masa...time tu kan tengah sibuk nak beli lauk-pauk dan kueh mueh di bazar ramadhan...faktor lain pulak aku ni dari dulu tak minat dengan Nia Ramadhani tu...mungkin disebabkan pengaruh cerita bawang putih bawang merah kot... lepas tu pulak hero cerita ni pun tak karan sangat... kalau dimas yang dalam cerita BBC tu gerenti aku layan cerita ni...
Dengar khabar di Indonesia tu baru jer selesai ditayangkan cerita SEJUTA CINTA MARSHANDA...aku tgk promo cerita ni macam best jer....tak sabar nak tunggu cerita ni kat tv sini pulak...kalau tak ditayangkan kat sini terpaksala aku beli CD cerita ni bila pegi indon tahun depan...
Dalam cerita SCM ni kan Dimas dan Winda berlakon...tu yang tak sabar nak tengok...Asyraf Sinclair pun berlakon gak...bangga gak la kan org kita boleh berlakon kat sana... dalam SCM ni korang jangan la terkejut kalau tengok dimas tu...sebab rambut dia dah potong pendek... muka dia nampak lain sangat sampai aku pun tak perasan mula tu...kata kawan aku blogger UV muka dimas dalam cerita tu macam Krill Sinar.FM...hehhehe betoi gak kata dia tu...tapi dimas ensem sikitla... kalau korang  nak tgk muka dimas yang baru boleh la cari kat youtube.....

Tuesday, April 13, 2010

Suami...isteri...asid

Ingat tak minggu lepas ada masuk newspaper pasal isteri yang telah disimbah asid kerana enggan melayan suaminya tu? Semalam suami tersebut telah dijatuhkan hukuman 6 tahun penjara dan 2 kali sebatan...adakah ianya setimpal? Aku rasa sepatutnya orang macam tu patut menerima hukuman disimbah asid sebagaimana dia buat kat orang...aku sangat geram dengan kes macam tu...bukan salah besar sangat pun isteri dia tu sehingga terpaksa menanggung sengsara demikian...tgn kita terpercik minyak panas keika goreng kepok lekor pun dah rasa sakit giler inikan pulak kena asid...adussss x dapat aku bayangkan kepedihan dan kesakitan itu... itu sakit luaran...tapi hati didalam lagi pedih sebab suami sendiri tergamak buat macam tu...

Wednesday, April 7, 2010

e-filling @ LHDN

Korang dah setel ker hal income tax? aku baru jer selesai buat e-filing sekejap tadi... jenuh ejas sana-sini sebab xmo bagi kene taxt...tapi kene gak...ingatkan tak kene la tahun ni sebab aku dah buat potongan zakat..rupanya kene jugak...sebagai rakyat yang bertanggungjawab aku kene la akur kan... so korang yang belum buat sebab terlupa atau sengaja buat2 lupa baik buat sekarang...kang kene denda lagi naya...

Monday, April 5, 2010

kerana ABPBH

Nasb baik aku tengok ABPBH mlm tadi....kalau tak kerana ABP aku taktau pun ada tempat nama melbourne kat USA...ingatkan ada kat astolia jer....ingatkan scha sila cakap rupa2nya aku yang taktau...hik3...kesian aku kan?

Sunday, March 28, 2010

Sakitnya hati!!!

Sakitnya hati dengan lappy aku ni....ada ker patut kol 12 mlm jer dia mula buat hal...kalau sebelum tu aku boleh BW sesambil klik apa yang patut... tetapi sebaik saja kol 12 dan ciknab tgh meriah dia mula buat hal...kalau aku BW time tu aku tak boleh npk iklan...word ciknab tu pun aku tak boleh npk... dah 2 malam perkara ni terjadi...malam yg pertama tu aku tak perasan apa yang berlaku tapi aku hairan kenapa orang lain sibukla klik yang tu klik yang ni..tapi aku x nampak apa2...

lepas tu baru aku terperasan yang word ciknab pun xder kat situ...bila aku try buka blog di laptop lain ok jer pulak...tapi yang jadi masalah pada masa tu ebiboy taknak tukar laptop dengan aku ....sampai nangis2...munkin dia nak balas dendam kot...sebab biasanya dia nak guna laptop aku, aku tak kasi...aku cakap nanti rosak...malam tu bila aku ajak tukar laptop dengan dia, dia bagi alasan macam ni "tak boleh nanti laptop rosak, mummy marah" (dengan bahasa baby dia yang masih pelat2 tu la)...macam la mummy tu orang lain....walaupun tengah geram tapi aku nak tergelak gak dengan telatah ebiboy tu....

Malam tadi perkara yang sama berlaku...tapi nasib baik mood ebiboy ok jer...aku ajak tukar laptop dia mau la pulak... so bolehla aku BW dengan sambil klik2...tapi tak bertahan lama....tak sampai 20 minit dia nak tukar balik...memang kacau daun betol....bila aku tak bagi, dia duduk sebelah aku pulak tengok aku klik2 tu...tetiba kuar la mr.p....aku cukup risau kalau kuar mr.p time ada ebiboy...sebabnya dia suka iklan tu...jd dia nak tgk yg tu jer tak bagi aku buka yg lain...abis kena replay lg dan lagi dan lagi dan lagi....hadoiiii...sabor je la

Harap2 malam ini perkara tersebut tidak berulang....

Monday, March 8, 2010

Rahsia No.9

Penah tak korang dengar mengenai rahsia no.9? Mungkin bijak pandai matematik dah sedia maklum mengenai rahsia no.9... aku bukan bijak pandai ilmu hisab ni...makanya aku pun baru tau tentang rahsia ini...Rahsia ini telah di dedahkan oleh mantan boss aku yang sukakan fakta yang berkaitan angka...selain dari no.9 dia juga mendedahkan rahsia no.5..yang tu aku dah tak ingat...dia juga memberi teknik cepat untuk mengetahui hari sesuatu tarikh...(contohnya: hari ini 8/3/2010 dia boleh jawab dengan cepat kalau ditanya 26/3/2010 hari apa)...teknik tu pun aku dah tak ingat...melayu mudah lupa

Ok berbalik kepada Rahsia no.9 tadi...boss aku kata rahsia no.9 ialah setiap nombor yang di darabkan dengan 9 akan memberi jawapan 9 bila dicampur....boleh faham tak?

Ok meh aku bagi contoh yang mudah:

3 x 9 = 27.........2+7 = 9
9 x 9 = 81.........8+1 = 9
6 x 9 = 54.........5+4 = 9

meh kita guna nombor yang lebih besar

217 x 9 = 1953.....1+9+5+3 = 18....1+8 = 9

637 x 9 = 5733.....5+7+3+3 = 18....1+8 = 9

Kalau nak cuba nombor yang lebih besar boleh la try test buat lepas ni....

Itulah sahaja rahsia yang yuka cuba berkongsi pada hari ini....