Saturday, December 25, 2010

Ahmad Maher Firas First Trip

Hari ini umor AMF dah 26 hari...Hari ini AMF akan di bawa berjalan jauh...sebelum ni jalan2 dekat2 jer sebab nak pegi hospital...hari ini AMF akan pergi ke putrajaya...nak kerumah mak sedara kat sana...bukan saja2 nak pergi makan angin tapi kebetulan ayah AMF ada meeting kat sana jadi kami semua ikutla...boleh lepak2 dengan sepupu AMF kat sana...depa pun tak pernah lagi jumpa dengan AMF...sebenarnya kan sebab utama AMF pergi ke putrajaya ialah mommy AMF tu dah bosan tahap gaban dok memerap jer dalam rumah...rasa lambat bebenor nak cukup 44 hari tu....

Friday, December 24, 2010

Happy 16th Anniversary

Hari ini 25 disember 2010 merupakan tarikh ulang tahun perkahwinan aku yang ke-16...happy anniversary to me....

Tuesday, December 21, 2010

syoknya cuti....

Hai semua...yuka muncul lagi dengan entry baru...kali ini yuka nak bercerita pasal cuti...ingat tak yuka penah buat entry pasal cuti bersalin 90 haritu tu? xper kalau tak ingat, yuka tak kecik hati pun...kalau nak ingat balik boleh tengok kat sini walaupun entry itu hanya beberapa ayat tapi ramai jugak pengunjung yang memberi komen untuk entry itu...
Hari berganti minggu dan minggu berganti bulan kini aku sedang cuti bersalin...aku akur dengan dengan cuti 60 hari yang aku teima itu...tetapi seperti kata pepatah kalau dah rezeki tak kemana...baru2 ini aku dapat tahu cuti bersalin sebanyak 90 hari yang dikatakan akan berkuatkuasa tahun 2011 telah diubah kepada 15 oktober 2010... ini bermakna aku layak untuk ambil cuti 90 hari itu...syukur Alhamdulillah....Ini bermakna aku akan mula bekerja pada awal bulan Mac 2011...bestnya cuti panjang...
Kalau sesiapa yang nak cuti panjang macam yuka, cepat2la beranak..hik3

Friday, December 17, 2010

Hari ke-18

Diam tak diam harini dah 18 hari ahmad maher firas lahir ke dunia...aku pun dah semakin sihat..dah semakin x larat nak baring2 jer...nasib baik sekarang ni macam2 teknologi ada jadi tempoh berpantang tak la bosan sangat... aku boleh berinternet...boleh berblogging..boleh berFB dan macam2 lagi la....masa pantang anak pertama hingga yang ke-3 dulu tu..masa berpantang sangat membosankan...
Selain berinternet aku jugak rajin layan cerita2 kt tv...tp kan apa yg perhatikan kat tv banyak betul cerita indon...tengahari ada cerita 'cahaya', lepas tu 'safa dan marwah', lepas tu 'cinta dan anugerah' lepas tu 'cinta kirana'... semua tu aku tengok...
Selain dari sinetron indonesia tu aku layan gak cerita seruan pulau nami dan putera katak...hahaha ..bila lagikan nak bersenang lenang macam ni...

Semalam aku mula berurut...esok baru habis...selalunya orang berurut masa baru lepas bersalin tapi aku ni start lambat sikit...sebab masa awal2 dulu sibuk dengan baby kena jaundis tu..pastu aku la ralit dari sehari ke sehari kata nak tepon makcik tukang urut tu tapi aku tak tepon pun...cuma 2 hari lepas baru aku tepon makcik urut tu...nasib baik dia xder customer lain...maka boehla dia datang semalam...aku ingatkan makcik2..tup2 bila datang siap pakai jeans dengan blouse lagi...hhahaha makcik urut zaman sekarang...umor dia pun tua setahun jer dari aku...cuma body dia tu jer 2 kali saiz aku....

Hari ini lepas urut aku kakak tu cukur kepala baby firas tu...sekarang baby firas dah botak...nanti aku letak gambar botak dia kat sini...

Oklah yer tuan2 dan puan2 aku nak layan cerita safa dan arwah sat..bye

Tuesday, December 14, 2010

Ahmad Maher Firas In Da House

Salam semua...untuk entry kali ini kau dengan sukacita nak mengumumkan bahawa nama baby aku yang baru ialah Ahmad Maher Firas... Mesti korang ingat aku ni inat maher zain..sebab tu nama anak aku tu MAHER...no..no..no...itu tak betull...( baca ayat ni ikut style shila rosli dalam cerita donut)...sebenarnya aku bukan peminat maher zain tu..tp lagu2 dia aku suka jugakla... HB aku tu lagila...dia taktau pun ada penyanyi nama maher zain....haru sungguh..padahal nama maher zain meletup-letup sekarang ni...
Sebenarnya puas jgakla nak cari nama anak aku ni..tak seperti nama anak2 yang lain belum lahir lagi aku dah siap nama...mungkin aku masih mengharapkan berlaku keajaiban di saat2 akhir...mana tau kan tetiba kuar baby girl..walaupun 2-3 kali scan nampak sah2 baby tu boy...ternyata keajaiban itu tidak berlaku.... oklah berbalik kisah nama tadi...setelah puas mencari akhirnya aku berkenan dengan nama firas ( bermaksud yg cerdik/celik akal) untuk melengkapkan nama itu kau nak letak nama dia muhammad firas...kemudian..FIL aku mencadangkan nama ahmad maher...jadi untuk tidak menghampakan mana2 pihak nama tersebut digabungkan....itulah asal usul disebalik nama anak aku tu...

Saturday, December 11, 2010

kisah 30 November 2010...

Salam semua... entry kali ini aku nak bercerita tentang peristiwa yang berlaku pada 30 november 2010... Seperti yang aku dah cerita dalam entry sebelum ni, baby aku telah selamat dilahirkan pada 30hb jam 10.13 malam...sebaik sahaja aku kuar dari labour room aku mula la msng'sms' dan mms kawan2 rapat aku... tapi dalam ramai2 yang aku sms tu aku tertinggal sorang kawan aku tu...dulu aku dgn dia keja 1 ofis...memang kami sgt rapat..ketika aku mengandung anak ke-4 dia yang sering teman aku pergi klinik...dia jugak yang rekemen doktor untuk aku...aku pun heran cemana aku boleh lupa nak bagitau dia...
lebih kurang 5 hari selepas baby aku lahir, aku dpt sms dari kawan aku tu...sebaik sahaja nampak dia dia di skrin aku mula rasa bersalah... kemudian aku pun baca sms kawan aku tu...panjang jugak la sms tu...dia bertanya akudah bersalin ke belum...bila baca ayat seterusnya aku sangat terkejut apabila dia mengatakan suami beliau telah meninggal dunia pada 30 november...hari yang sama anak aku dilahirkan...
Aku terus menelefon kawan aku tu untuk mengetahui dengan lebih jelas...
Sesungguhnya keterlupaan aku tu ada hikmahnya...kalau aku sms dia pada hari anak aku dilahirkan mesti waktu itu dia tengah bersedih sebab kehilangan orang tersayang...sedangkan aku pulak sedang gembira kerana kehadiran orang baru...

Monday, December 6, 2010

Biar Gambar Bercerita...

Harini aku cuma upload gambar baby jer.. gambar2 tu ada yang diambil selepas beberapa minit dilahirkan...paling latest masaumor baby 3 hari...sebab lepas 3 hari baby aku dah masuk spital semual disebabkan jaundice...hingga entry ni dibuatpun baby masih kat spital...









Gambar pertama diambil selepas baby kuar ke dunia...

Sunday, December 5, 2010

Alhamdulillah...semua dah selamat.....

Salam semua disini yuka nak update secara ringkas sahaja sebab tenet kat rumah ni masih sengal2 mcm owner blog ni jugak...kang penat type panjang2 tp tak leh nak published pulak.... Berkat doa dari kawan2 semua akhirnya yuka selamat melahirkan baby boy pada 30/11/2010...tepat seperti tarikh yang diberikan oleh doktor... baby tersebut dilahirkan pada jam 10.13 mlm...berat 4 kg!!!
Sebaik sahaja yuka kuar dari labour room tu yuka mms gambar baby tu dekat cikmin kalau nak tengok pic baby boy yuka beberapa minit selepas dilahirkan bolehla tengok kat situ...sebab buat masa ini yuka belum berkesempatan nak upload pic baby kat blog....
Sekian...wassalam....

Sunday, November 28, 2010

Berdebar-debar...

Semakin dekat hari nak bersalin...semakin berdebar aku rasa...masa gini la baru teringat balik pengalaman yang lepas2...sangat sakit okey... tapi tak lama pun sakit tu... sebaik sahaja terpandang wajah anak yang dilahirkan hilang segala rasa sakit...kalau ikutkan date yang diberika oleh doktor aku akan bersalin 30/11...maknanya lusa la tu...tapi kalau boleh aku nak harini jugak...dan seboleh-bolehnya jgn sampai overdue...
Kepada semua doakan agar yuka dan baby selamat

                                                                       Gambar hiasan

Wednesday, November 24, 2010

Harry Potter vs 2 alam


VS


Sapa dah tengok filem2 kat atas tu? Anak2 aku dah tengok harry potter tu...depa kata best... yang 2 alam tu pulak setakat ni belum ada yang kata best.... ada yang kata citer tu bukan boleh pecah panggung kalau nak bagi pecah punggung bolehla....wakakakka
Tadi aku terbaca kat 1 blog tu budak ni kata malu dengan diri sendiri sebab tengok cerita tu....huhuhu...aku taktau la seteruk mana cerita tu...produser target untung 40 juta...pastu siap kata pulak dia tak heran bila filem tu ditayangkan serentak dengan harry potter sebab filem dia pun setaraf dengan harry potter...adoiii statement tak boleh blahh....

Tuesday, November 23, 2010

Buah Roselle

Korang penah tengok tak buag roselle ni? Masa aku kecik2 dulu arwah mak aku ada tanam pokok ni..tapi pada masa tu nama dia tak glemer macam sekarang... dah jadi ala2 orang putih gitu... kalau tak silap aku, orang kampung panggil buah ni  buah 'asam paya' see...sangat tak glemer kan? Waktu itu jugak buah ini  tidak di komersialkan lagi...
Bulan demi bulan dan tahun demi tahun tetiba buah ini mula di kenali ramai...tetapi dengan nama roselle...mungkin yang tu nama saintifik dia kot...gasak la kan...

Kat sini aku nak berkongsi dengan korang semua tentang khasiat buah roselle ni...biasanya buah ni di masak untuk dapat kan airnya...rasa dia masam2 tapi sedap...lebih kurang air ribena la...

Khasiat Roselle

Anti penuaan
Roselle mampu membuatkan pengamalnya kelihatan berseri dan awet muda kerana kandungan Vitamin C yang tinggi dan berserat melambatkan proses penuaan yang disebabkan oleh aktiviti kerosakan tisu dan sel tubuh badan oleh radikal bebas.
Mencegah Penyakit Jantung
Penyakit jantung dianggap “silent killer” dan merupakan pembunuh nombor satu di dunia. Roselle mampu mencegah pembentukan dan penebalan LDL (lemak tidak baik) di bahagian arteri jantung dan mengelakkan juga dari terjadinya penyakit darah tinggi.
Mencegah Kanser
Kanser disebabkan pemakanan dan persekitaran yang terdedah kepada keracunan yang tinggi. Kandungan Vitamin C dan serat yang tinggi di dalam Roselle bersifat anti-oksida dan anti-kanser.
Merawat Demam Panas
Mereka yang sering mengalami demam panas seeloknya mengamalkan Roselle kerana Roselle bersifat sejuk dan mampu menurunkan suhu badan yang tinggi. Selain itu Roselle juga meningkatkan antibodi seseorang.
Penawar Resdung dan Alahan
Stress dan Sukar Tidur
Stress boleh dirawat dengan mengamalkan Roselle yang berupaya menurunkan suhu badan dan mempengaruhi mood pesakit. Dengan kata lain Roselle dapat menenangkan pesakit kerana Stress menghapuskan Vitamin C di dalam badan dan Roselle pula menambahkan Vitamin C. Masalah sukar tidur juga boleh diatasi dengan mengamalkan Roselle sebelum tidur. 
Oleh itu tuan2 dan puan2 mari kita pakat2 tanam pokok roselle

Sunday, November 21, 2010

Sukan Asia : Gud Luck Datuk Lee Chong Wei

Salam semua...yuka kembali setelah sekian lama tidak bersiaran...al maklumla kan sibuk menyambut hari raya haji...pastu sibuk dengan cuti sekolah, pastu laptop pulak buat hal...dan macam2 halangan....
Malam ini ada perlawanan badminton final...lin dan vs chong wei... walaupun aku mengharapkan kemenangan berpihak kepada malaysia...tapi jauh di sudut hati aku rasa susah la nak kalahkan lindan tu...dia tu memang terer tahap gaban la.... tak sabaq nak tunggu game mlm nanti...  dan aku berharap sangat supaya baby aku ni tunggu game tu habis baru dia keluar...hehhehe

Thursday, November 11, 2010

UPSR 2010

Hari ini keputusan UPSR di umumkan...seperti yang dimaklumkan pelajar akan dapat keputusan selepas jam 10 pagi... namun memandangkan aku bekerja di pejabat yang ada kaitan dengan sekolah maka aku boleh tau keputusan tu lebih awal.... kalau nak ikutkan sebelum jam 8 aku dah boleh tgk...tapi aku lambat sampai ofis tadi...maknay jam 9 baru aku tau keputusan anak aku tu...pastu kawan2 aku pun suruh tolong tgk result anak2 depa...
Alhamdulillah...anak aku nayli dapat 5A... aku pun tak menjangka dan mengharap dia dapat 5a sebab masa periksa2 yang sebelum ni termasuk percubaan dia cuma dapat 3a ... mungkin dah rezeki dia...anak aku tu memang kuat berusaha di saat2 akhir...ketika kami semua sibuk berhari raya rumah sedara mara ...dia sibuk dengan kelas tambahan...
Ada yang tanya nak mintak masuk sekolah asrama ker? aku pun taktau...tapi hb aku tu macam x bersedia jer nak berjauhan dengan anak dia tu...budak tu baru pi kem bina diri 2 hari..yang si ayah sibuk nak pi tengok la... budak tu ikut rombongan sekolah pi KL si ayah dah risau macajm2..abis tu camno? aku rasa dia sekolah dekat2 rumah je la kot...kalau cemerlang dalam PMR baru nak mintak sekolah asrama...masa tu dah besar so tak la risau sangat...

Kat sekolah tadi sempat la aku ambik gambar anak aku tu..saja la nak mengabadikan kenangan dia meraikan kejayaan.... jom kita layann...zasssssss


Ini anak aku...tapi yang baju merah tu bukan aku yer...walaupun muka mereka berdua ada iras2...yang tu merupakan guru bahasa inggeris anak aku..nama beliau madam cheah...

Yang ini baru la gambar aku dan anak aku tu... meriah suasana kat sana tadi tu...


Nayli bersama daddynya.....

Yang ini pulak anak aku marsya (baju biru) yang turut menyibuk kat situ...

Dikesempatan ini jugak aku mengucapkan terima kasih kepada semua guru2 SKPJ yang telah berkhidmat dengan cemerlang sehingga membolehkan keputusan UPSR 2010 meletup....

Wednesday, November 10, 2010

Ketibus- part 2

Entry sebelum ini aku ada bertanyakan tentang ketibus kan? sebenarnya aku sendiri pun baru tau tentang kewujudan ketibus ni...adala dalam 2 minggu mcm tu... mula2 dengar perkataan ketibus tu aku ingatkan dia ni sejenis binatang...ye la kan bunyi pun mcm tikus or arkus gitu...tetapi ternyata ketibus tu bukan binatang...namun demikian ketibus ni merupakan hidupun jugak...jenis mamalia....( benti type sat sebab nak tergelak)

Ok ..sambung balik....100% markah aku bagi kat cikmin sebab jawapan yang dia bg tepat sekali... KETIBUS = orang ketiak busuk ( kan mamalia tu) wakakakakakkakaka

wujudnya perkataan ini kat ofis aku disebabkan adala sorang kat ofis ni yang ketibus...bukan ketibus tahap biasa2 ni..tapi memang tahap gaban atau dengan kata lain hard core la... ( harap2 ketibus tak baca la blog aku ni...kalau tidak tak pasal aku kene cepuk dgn dia) kadang aku heran la dengan spesis2 ketibus ni...depa tak perasan ker yang depa tu ketibus? pastu kita ni yang jadi mangsa pencemaran ketibus taktau cemana nak bagitau...ye la kan takut kecik hati@ terasa... korang ada tak idea cemana nak sedarkan ketibus ni?
Macam aku ni tension gak sebab ketibus ni hari2 masuk bilik aku untuk tanya itu ini....sampai aku rasa deria bau aku dah kurang dah....huhuhuhu

Moral of the story : selalu2 la cium ketiak anda tu...baru tau ketibus ke idak

KETIBUS...

Salam selamat pagi semua....
Untuk entry kali ini aku nak perkenalkan 1 perkataan baru iaitu KETIBUS.... ada tak sesaper yang tau maksud ketibus ni? seblum aku menerangkan maksud ketibus ni, aku bagi masa untuk korang cari maknanya...selamat berfikir...hik3

p/s: kalau xder aral melintang petang ni aku akan bagi maksud ketibus tu...

Monday, November 8, 2010

baby..baby..TQ kawan2...TQ nuff


Tinggal lebih kurang 3 minggu jer lagi aku akan mendapat ahli keluarga baru....persiapan utk baby rasanya semua dah siap...untuk diri sendiri belum lagi...sampai la ni aku belum decide nak makan jamu apa....banyak sangat jamu2 di pasaran...dulu2 aku makan jamu air mancur jer...NR pun aku penah guna...kali ini rasa macam nak beralih angin la...
Kat atas tu barang baby yang aku dah siap...dah lengkap dgn segala baju,selimut, tuala, sarung tgn/kaki,
barut , topi, lampin, tilam bantal, besen mandi, beg baby dan macam2 lagi la...

Kalau korang nak tau kan...semua barang2 tu aku beli dengan menggunakan cek yang nuff bagi kat aku...tq nuff... tq jugak kepada pengunjung2 yang datang blog ni dan suka dengan iklan2 yg ada kt sini... jadi tiap kali guna barang2 tu tentu aku akan ingat jasa korang semua....

Friday, November 5, 2010

Minyak lagi....

bercerita pasal entry minyak RON97 sebelum ini...aku teringatla 2-3 minggu lepas, aku dengan sang suami pergila ke kebun seperti kebiasaannya.kebun tu terletak di kampung yang ada pekan kecik jer kat situ...walaupun kecik tapi adala bank, petrol stesen dan sebagainya.... kat situ ada 2 stesen minyak...1 dah lama manakala 1 lagi baru beroperasi 5 hari...kemudian suami aku tu pergila dekat stesen minyak baru tu nak isi minyak...dah menjadi habitat tabiat suami aku tu kalau nak isi minyak wajib la full tank...oleh kerana kat pam minyak tu xder tempat nak cucuk kad kredit maka aku ditugaskan untuk buat pembayaran kat kaunter... hb aku pun mulala tuang minyak dlm tangki tu....aku yang berdiri kat kaunter tengok jugak kearah keter aku tu...hb aku tak pegang pun pam tu sebab dia dok belek2 apatah kat belakang keta tu...tetiba aku tengok minyak melimpah-limpah kuar...rupa2nya pam tu tak benti walaupun minyak dah penuh....nasib baik gak hb aku berada tak jauh dari situ maka dapat la dia cepat2 hentikan minyak dari terus keluar.... orang2 lain yang tengah isi minyak pun nampak jugak apa yang berlaku...
Aku yang berada di kaunter tu bertanya la dekat cashier tu( ada 3 org dalam tu)...pam tu ada masalah ker? dengan endah tak endah depa jawab..eh ok jer..tadi ada keta isi minyak kat situ ok jer tak tumpah pun...geram gak aku dengan jawapan tu...kalau isi 20-30 hengget memangla tak tumpah sebab pamtu akan berhenti bila dah cukup...tujuan aku bagitau tu sebab pam tu masih baru...boleh la depa buat aduan dekat syarikat yang berkenaan... sakit hati tau...dah la aku kerugian sebab minyak tumpah tu...
Masa dalam keter aku bgtau la dgn hb aku apa yang berlaku kat kaunter tu...hb aku pun geram gak la kan... pastu dia kata xper la dia nak call Z..( aku pun taktau Z tu sapa) dari perbualan hb aku dengan Z rupa2nya Z tu owner stesen minyak tu merangkap kawan hb aku jugak...Z ucap terimakasih kat hb aku sebab bgtau masalah tu...dia kata kalau jd mcm tu memang pam tu ada masalah...dia sendiri pun cakap jarang la penduduk situ isi minyak keter full tank jadi depa pun taktau la yang pam tu ada problem... hb aku pun  bgtau dia mcm tu jugak..tujuan bgtau untuk kepentingan sykt kawan2 jugak bukannya ada niat tak baik...tapi cara pekerja dia tu jawab menyakitkan hati....
Aku rasa kan lepas tu mesti Z call pekerja dia tu...padan muka depa...

Wednesday, November 3, 2010

RON 97

Semalam katanya minyak petrol RON97 naik rega lagi...adoii sabor je la...nasib baik la rumah dengan ofis tak jauh sangat...kalau ikutkan hati aku rasa macam nak naik beskal jer pi ofis..tapi malu la pulak...bukan malu sebab taraf basikal tu ker apa...tapi aku segan sebab zaman la ni  yang dok naik beskal kat malaysia ni orang2 bangla, nepal dan vetnam jer....susah dah nak jumpa orang malaysia naik basikal... kalau ada pun yang naik basikal, basikal brand takasima tu jer...kayuh sampai peluh basah baju tapi dok tang tu gak....

Sunday, October 31, 2010

Kelantan Juara Piala Malaysia...Tahniah!!!!

Di pagi minggu yang dingin ini aku nak ucapkan Tahniah kepada pasukan bola sepak kelantan sebab telah menang dalam perlawanan malam tadi...Walaupun aku tak tengok game malam tadi tapi aku tetap mengharapkan agar kelantan menang... Sebenarnya ada 3 sebab aku nak kelantan menang...

1. Sebab yang pertama... walaupun dibesarkan di Pulau Pinang dan tingggal di Kedah sekarang ni...tapi aku sebenarnya dilahirkan di negeri Kelantan...sebab masa tu arwah ayah aku kerja askar kat sana...Jadi kalau aku sokong kelantan ada kaintan la jugak kan...

2. Sebab ke-2 pulak...aku risau kalau Kelantan kalah, penyokong mereka tak dapat menerima kekalahan  tersebut...lepastu mulala h berlaku pergaduhan...bakar sana bakar sini...macam yang dah jadi sebelum2 ni...

3. Sebab ke-3 pulak...dulu Negri9 dah menang kali ni bagi la Kelantan peluang pegang piala tu pulak...

Akhir kata " majulah Sukan Untuk Negara"

Wednesday, October 27, 2010

Paul Dah Mati

Tentu korang semua ingat lagi kan dengan paul the sotong ni...masa world cup baru2 ni  memang dia glemer la sebab dapat meneka perlawanan 100% betul... tapi sekarang semua tinggal kenangan...Paul ni khabarnya telah meninggal dunia... Lepas ni kena tangkap sotong lain la pulak untuk ganti paul ni...huhuhu

Monday, October 25, 2010

Mari Merempit di Vietnam

Salam semua....untuk entry kali ini aku nak berkongsi pengalaman naik motor semasa aku pi vietnam baru2 ni... jalan raya kat sana ni memang dipenuhi motorsikal...90% kot...pastu pulak jalan bersimpang siur...trafik light pulak tak banyak...aku rasa la kan kalau mat rempit kat sini pegi sana mesti dia orang surrender punya..tak beranila nak wheely bagai...
Aku sendiri pun masa hari pertama sewa motor tu gayat gak nak naik...rasa macam orang nak langgar kaki jer...kat malaysia pun aku tak naik motor tetiba naik kat sana...dah la tengah labu-labi ni... hahha
Jom ar kita layan video tu...



Amacam...best tak naik motor kat sana?

Wednesday, October 20, 2010

Cameron Highland...Percutian Terakhir

Pagi Jumaat ni aku akan mendaki puncak cameron hiland ( untuk kali yang ke berapa belas tah) untuk percutian aku yang terakhir.... Bila sebut terakhir bukan bermakna percutian terakhir dalam hidup aku ni... terakhir disini bermaksud percutian aku yang terakhir untuk tahun 2010...ianya juga merujuk kepada cuti aku yang terakhir sebelum aku kena kuarantin selama 45 hari...
Percutian ke Cameron Hiland akan disertai oleh kakak2 aku jugak...ramai2 baru meriah...untuk tahun ni yang ni kali ke-2 aku pi situ...boleh dikatakan tiap2 tahun aku naik cameron tu...taktaula apa yang best sangat kat atas tu tapi aku memang suka la...anak2 aku pun sama gak...
Tak sabar lak nak tunggu hari jumaat...harap2 aku takla terberanak kat atas tu...hik3

Sunday, October 17, 2010

Andai Ku Tahu....

Andai ku tahu cuti bersalin akan di tambah jadi 90 hari mulai 2011, nescaya akan aku ejas diri aku bagi beranak tahun depan...huhuhuhu.

Tuesday, October 12, 2010

33 minggu...

Salam kengkawan semua...sekarang kandungan aku dah 33 minggu ...tak lama lagi boleh cuti panjang...yahuuu

Monday, October 4, 2010

Jalan-jalan ke Vietnam- entry bergambar


Salam semua...entry seterusnya tentang percutian aku ke vietnam ni lebih banyak menggunkan cerita bergambar...sebabnya  aku tak larat dan takder idea nak mengarang...
Haritu seabik sahaja sampai di airport kami terus naik teksi menju ke Mai Hotel (pastikan ejaan hotel tu..sebab ada 1 lagi May hotel) aku xder buat booking pun...terus pergi macam tu jer... hotel tu aku cari kat tenet...tengok dalam gambar macam best jer bilik dia...katil pun nampak gebu...sebab tu aku pilih hotel tu...kalau tak best boleh tukar hotel lain untuk mlm berikutnyer ....Hotel kat vetnam macam di Indon jugak...kita boleh tengok dulu bilik tu...kalau berkenan on je la kan...


Inilah bilik yang kitorang ambik...tak dapat jadi VIP kat Malaysia jadi VIP sekejap kat vetnam pun jadi la kan.....
Bilik ni luas...ada ruang tamu...

Kemudahan PC dan internet pun ada... tapi bilik2 lain xder pc...hanya ada WIFI... ok gak kan...kalau hotel kat Malaysia banyak yang takder kemudahan internet free ni...

Ini bilik mandi dia yang sangat besar dan modern style...ada jacuzzi lagi... semua jenis bilik ada jacuzzi ni

Ini bilik tido...katil dia macam dalam gambar yang aku tengok kat tenet tu... selesa dan gebu kan?
Ini sebahagian dari bilik air dia...

Ok dah habis bab bilik...ni aku nak tunjuk apa yang kitorang makan kat sana...



     (aku taktaula knp gambar ni takmau dok kat center tu)
Yang ni lunch hari last...kitorang makan dekat kedai yang nama dia halal saigon...kedai ni tak jauh dari hotel...aku makan mee goreng mamak..hb aku pulak makan nasik goreng...semua harga dia lebih kurang USD14.00
Ni korang pun tau kan buah apa...yang sebelah kiri ialah buah longan yer adik2..manakala yang merah tu buah rambutan...buah rambutan kat sana bulat2 dan kecik sikit size dia...tapi buah longan tu besar...macam size buah laici...rasa dia pulak tersangat la sedap juicy bersari dan seumpamanya...kalau tak silap aku harga longan tu RM10/kg...mahal gak kan...
Ini motor Vespa...masa kat sana hb aku cukup berkenan dengan motor vespa ni...kitorang sampai siap pegi kedai motor tanya harga...tapi memang mahal la... RM23k++ sebijik








Belakang Hb aku tu post office...mula2 kami ingat yang tu railway station...kami pun masukla dalam tu nak tengok cemana rupa stesen keretapi kat sana...sampai dalam tu baru tau yg tu pejabat post...best gak post office diorang tu...kat vetnam tu semua tempat ditulis dalam bahasa ibunda diorang jer...takder dalam bahasa inggeris...tu yang susah sikit
Yang ni pulak  telefon awam yang terdapat dalam pejabat pos...kat vetnam ni susah nak beli simkad...tak macam indon kita boleh beli je kat mana-mana...haritu kami pun menggunakan telefon awam tu la untuk telefon anak2 di rumah...kos panggilan RM1/minit...tak la mahal sangat kan...sekali tu je pun kitorang call ...hari2 lain chat kat FB jer dengan bebudak kat rumah...

Berhadapan psot office ada church.... Haritu adala 2-3 couple yang kawen...lepas kuar church diorang posing2 la kt luar tu...macam2 gaya la depa buat...fotografer pun sampai baring2 atas jalan....

Jom kita merempit...hahaha
Hari ke-3 kami sewa motorsikal...hb aku nak sewa vespa...tapi diorang tak buat sewa sebab vespa mahal...pastu kami pun sewa motor lain bentuk sebijik macam vespa tapi nama dia attilia kot... mula2 tu aku gerun gak nak naik motor kat sana...tapi bila baca blog masviona tentang trip diorang ke vetnam...dimana depa pun sewa motor gak...maka aku pun jadi berani... tapi memang mencabar gakla naik motor kat sana...sebab trafik light tak banyak sangat...pandai2 korang la....

Belakang tu church yang ada orang kawen tadi tu...

Ini pulak dekat lobby hotel...cemana tah pic ni tersesat kat sini...aku pun malas dah nak ubah2..gasakla kan...
Kat lobi hotel tu ada disediakan kemudahan pc dan internet jadi bagi pengembara yang tak bawak laptop boleh la guna kat situ...kebanyakan hotel kat sana sedia kan kemudahan macam tu...bagus kan?

Ini pemandangan di tengah2 bandar...kat depan tu ada Binh Tanh Market...

Yang kedai makan Four Season...sebelah jer dengan hotel yang kitorang stay tu... kawan2 yg penah pi vetnam ramai yang sebut restoran four season ni...tak sangka pulak rupa2nya sebelah hotel kitorang jer...senang nak makan....

yang ni kat salah 1 pulau di Delta mekong..Lunch kat situ la...tapi aku dengan hb makan roti jer....nak tau kenapa? sebanya aku tengok kat first page menu dia tu ada snake rice with soup...siap ada gambar ular lagi...geli geleman tekak aku...so lunch yang kami dapat tu kami sedekah dekat pelancong lain....
yang ni kilang buat coconut candy


Masih di Delta Mekong


Naik boat Besar 

Bila masuk anak sungai kena tukar boat kecik pulak...tapi masih guna enjin
Bila sampai kat sungai yang lebih kecik kena tukar naik sampan pulak...yang ni didayung oleh orang vetnam...gambar sampan tu x sempat nak ambik sebab masa tu hp aku dah xder bateri....


posing di kedai kraftangan...mahal2 barang kt sini...semua dalam USD...baik beli kat Binh Tanh Market


Yang ni dinner kat four season .... makan tomyam/sup ekor/kailan ikan masin...sedap gak...

ni area ho chi minh ...aku taktau belakang tu bangunan apa


Di Vietnam Airport

Bersama receptionis Mai Hotel yang sangat mesra...
Masa untuk Bye2...

sekian sahaja cerita percutian aku kat vietnam...

p/s: terima kasih dekat masviona yang telah berkongsi pengalaman beliau di vietnam dengan sangat detail...trip aku ke vietnam ni aku rujuk dari blog beliau...kalau ada sesiapa yang nak pergi vietnam tanpa melalu travel agen bolehla rujuk di blog beliau tu...

Monday, September 27, 2010

Jalan-jalan ke vietnam - part 2

Hari ini hari ke-2 aku di vietnam...program harini ialah ke Delta Mekong...aku ambik pakej yang budak hotel ni rekemen...harga untuk seorang ialah 180,000.00...kalau dalam ringgit lebih kurang RM36.00. perjalanan bermula pukol 7.45 pg bila bas ambik kitorang kat hotel...pastu bertolak ker Delta Sg.Mekong...sebelum bertolak sempat gak aku caj hp pinjam charger hotel...sempatla bateri aku tu ada 2 bar...sampai di sana kami naik boat besar...lepas tu kena tukar naik boat kecik pulak sebab nak melalui sungai yang kecik...kami pergi tempat buat coconut candy...lepas tu kitorang pegi lunch dekat phoenix island...kat situ ada crocodile farm...tapi lunch yg depa bagi memang tak sesuai untuk Muslim...nasib baik aku bawak bekalan sendiri...kalau tidak mau kelaparan baby dalam perut aku tu...lepas makan kami kuar balik dari sungai kecik tu...kat sana tukar naik bot besar yang mula td...lepas menyusuri Sungai Mekong sekali lagi kena naik boat kecik...bot kali ni memang lg kecik...1 boat 4 orang je boleh naik..dahla xder jaket keselamatan semua tu...tawakal je la kan...masa naik boat ni aku dah takleh bergambar sebab bateri hp dah abis...tap ada couple dari new Zealand tu dia kesian kot kat aku dia pun ambikla pic aku...dia akan emel kemudian...tunggu je la tengok dia hantar ke tak...kami naik bot kecik yg didayung oleh 2 orang wanita vietnam...kesian aku tengok....bot tu bawak kami ke unicorn island...kat sana ada honey bee farm...pastu kami dihidangkan dengan local fruit seperti dragon fruit, pisang mas, limau bali , nenas dan betik...sambil2 makan buah ada la persembahan nyanyian dari orang2 vetnam ...kat pulau tu jugak boleh bergambar dengan ular... tapi aku tak tengok pun ular tu...geli maa...
Oklah aku dah keletihan ni nak beradu sat...esok nak pi jenjalan lagi...tapi dalam city ni jer kot...sampai jumpa lagi...

Bersiaran Dari Vietnam..Ho Chi Minh Part 1

Salam semua..apa kabar kawan2 kat Malaysia... pagi ini aku bersiaran dari vetnam...aku sampai sini tengahari semalam...itupun selepas hampir 2 jam penerbangan tertangguh disebabkan ada passanger yang tak naik flight tapi beg dia dah masuk...semuanya disebabkan oleh masalah sistem komputer semasa checked in... aku taktaula penumpang tu pi mana... puas di cari...dibuat announcement bagai tapi xder gak..akhirnya beg beliau terpaksa di keluarkan...bukan senang tu nak cari beg dia kat perut kapal terbang tu... masa nak ceck in pun lama giler...aku beratur dari pukol 8.20 pukul 9.05 baru selesai...dah la tengah pegnen tu...tapi masa tu x leh komplen la ka...kang orang tak bagi aku naik flight lak...dahla aku risau pasal tu sebelum ni...tapi nasib baik jugak perut aku kecik...kakak aku kata nampak macam 4-5 bulan jer... so masa orang tu tanya aku beranila cakap 19 minggu pegnan...so selamatla semuanya....lepas setel bab check-in...terpaksa berlari-lari anak... ( bygkan maklabu pegnan 31 minggu sedang berlari anak...burukkan?) untuk melalui imigresen pastu nak naik flight...jauh lak tu...dahla rasa nak terkencing bagai...flight patutnya berlepas pukol 9.15 pagi...tapi disebabkan masalah teknikal ramai yang lom check in...akhirnya pukol 10.20pg baru kami terbang....sampai saigon pukol 12.20 waktu malaysia...kat sini 11.20...sini lambat sejam...macam jakarta gak....sampai kat airport terus ambik teksi pi ke Mai Hotel...aku tak buat booking apa pun tapi tgk dalam tenet hotel dia lawa harga pun tak mahal sangat...ada internet semua..masa tu aku frust gak sbb tak bawak laptop...netbook aku tu tak leh nak on  power dia lak...x sempat antar ketar...nak bwk laptop besar malasla pulak...sampai kt lobby aku tengok kat situ ada 2 biji pc untuk guest hotel guna...hatiku berbunga riang...bolehla jengah2 blog..
Pastu kami pun pi tengok bilik...mula2 tgk bilik superior , pastu tengaok bilik deluxe, entah cemana tertengok bilik VIP...dah jatuh cinta pulak dengan bilik vip tu...akhirnya kami ambik bilik VIP tu la...itupun disebabkan budak kat kaunter tu bagi special diskaun untuk bilik tu...kalau ikutkan harga asal bilik tu punya rates hampir 3 kali harga bilik superior...bila dah masuk bilik mula ambik gambar bilik sana-sini ( nanti upload pic lepas balik malaysia) pastu sampai di 1 sudut tu kan aku tengok ada 1 benda yang paling aku suka...guest what?   ada PC maa....sebab tu la yuka boleh update blog ni dan boleh Blog Walking ke blog kawan2...oklah yuka stop sini dulu...kejap lagi nak pergi jenjalan...hari nak naik boat menyusuri sungai mekong...tapi dah takleh bergambar kot...bateri hp dah abis lor...

Saturday, September 25, 2010

Berehat Seketika...

Untuk makluman semua yuka akan berehat seketika dari berblogging kerana akan bercuti di vietnam pada 26/9-29/9...yuka akan kembali aktif ( aktif sangatla konon) bermula 30/9...sekian ...terima kasih

Thursday, September 23, 2010

MERDEKA...MERDEKAA...MERDEKAAAA......

Salam semua...harini merupakan hari terakhir UPSR...aku rasa sangat gumbira... takyah lagi risau2 atau susah hati kalau anak taknak baca buku...tak perlu kelam kabut hantar ke kelas tusyen tiap2 malam...jiwa aku rasa sangat merdeka...kalau aku pun rasa seronok macam ni...anak aku tu apatah lagi kan...mesti lagi gumbira dia tu...boleh berFB sakan... walaubagaimanapun rasa gembira ni bukan lama mana pun ...sebab bila result nak kuar nanti mula la jantung berdegup kencang....walaupun demikian aku takmau la meletak harapan yang terlalu tinggi...nanti kecewa pulak... yang penting semua dah selesai dan anak aku sihat sepanjang UPSR berlangsung...last week dia demam sampai muntah2 kt sekolah...aku cuak gak masa tu... tapi syukur semua pulih seperti sediakala pada minggu ini...
Kepada semua pelajar tahun 6 selamat merdeka dan bergembira....

Wednesday, September 22, 2010

UPSR 2010

Hari ini hari kedua UPSR...3 paper dah selesai...esok sains dan english pulak... paper BM semalam anak aku kata susah...dia buat karangan pun sampai ketaq2...paper maths pulak katanya senang nak mampus...anak kakak aku pulak kata paper maths senang gila... elok la tu... harap2 esok anak aku akan dapat jawab dengan lebih baik... selagi tak abis UPSR ni aku pulak yang tak senang duduk...
Kepada teman2 blogger yang ada anak ambik UPSR yuka ucapkan selamat berjaya...untuk anak bujang cikmin gudluck aunty yuka ucapkan...

Sunday, September 19, 2010

Bersara Umor 60

Sekarang ni cuepacs tengah mendesak supaya had umor bersara di naikkan ke 60 tahun. korang setuju tak? aku sangat tidak setuju...sebabnya kalau had umor dinaikkan kesian kat bebudak yang baru abis belajar xder peluang pekerjaan untuk diorang tu...aku pun taktau apa rasional cuepacs mintak macam tu...katanya negara2 lain semua dah buat macam tu...mesia jer yang ketinggalan... tapi buatpa kita nak ikut negara lain kan...kita biarla dengan acuan kita sendiri....aku terbaca kenyataan cuepacs tu dia kata umor bersara 60 tu bukan wajib tapi pilihan...memang pilihan la tp aku tengok contoh yang dok ada depan mata...biasanya orang yang rajin kerja depa dah takmau sambung sebabnya tak sanggup nak pegang tanggungjawab lagi dah...tp yang malas2 tu biasanya nak sambung...sebabnya depa rasa kerja tu relaks... kalau ikut pendapat aku bersara umor 56 tu dah ok apa...masa tu hutang rumah /kereta biasanya dah selesai...anak2 pun dah habis belajar....cuma sebahagian kecil jer masih ada anak yg tengah belajar... jadi cukup la perbelanjaan depa dengan duit pencen tu...bagi la peluang dekat budak2 lepasan u yang baru nak hidup tu...
Kalau had umor bersara ni sering dinaikkan baik takyah ada had umor ..baik kerajaan kata macam ni..sesiapa yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam kena keja sampai mati...senang cerita...

Thursday, September 16, 2010

Vietnam dalam Dilema....

Aku dah merancang lama untuk ke vietnam ni....tiket semua dah beli...sepatutnya pada 26hb Sepetember ini aku akan terbang ke vietnam....tapi yang menjadi dilema sekarang boleh kah aku terbang kesana-kemari dalam keadaan pregnent 7 bulan ++ macam ni? ada tak sesiapa yang kerja dengan airlines ataupun yang tau mengenai rules untuk ibu mengandung naik kapal terbang ni? mana tau kot2 ada syarat2 tertentu...aku ni bukannya apa..satgi orang kampung semua dah tau aku nak ke vetnam tup2 aku tak dibenarkan naik pesawat pulak...saper yang malu? akakkkk jugak...

Wednesday, September 15, 2010

Hari Raya dan UPSR

Rasanya masih belum terlambat untuk yuka mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua Muslimin dan Muslimat yang mengunjungi blog yuka ni.  hari ini 6 syawal , yuka dah mula bekerja...dah tak larat nak pergi raya wehhh...lagi 1 mood raya tahun ini agak berkurangan kerana anak yuka akan mengambil UPSR...jadi takkanla anak nak ambik UPSR mak nak beraya sakan kan?... berbalik kepada cerita UPSR tu cikgu tusyen anak aku tu sangat bersemengat nak memulakan kelas tusyen...kalau boleh hari raya ke-2 dah nak mula ajar..tapi mana bley kan...masa tu dok di kampung lagi...selepas tawar menawar dengan dia akhirnya kelas tusyen anak aku mula pada hari raya ke -4... aku memang puji la sikap perihatin cikgu tusyen tu...hari raya ke-4 tu dia bagi tusyen dari pukol 2.00-5.30 ptg... sampai tak larat nak aku kata...dia tu siap bagi air kotak bagai untuk anak aku tu... tapi memang kebiasaan pun mcm tu...kalau pi tusyen dia bagi air dutchlady  la, cokelat cadbury la dan macam2 lagi la...mungkin jugak sebab yg belajar dengan dia anak aku sorang jer jadi bolehla bagi macam2...masa anak ku pegi tusyen tu dia kata kat anak aku raya sakan... pastu aku kata kat anak aku tu kenapa tak cakap raya setahun sekali jadi kena sakan la...pastu anak aku kata mana boleh kata macam tu sebab cikgu tu tanya dia...dalam seumor hidup berapa kali boleh ambik UPSR? berdasarkan soalan cikgu tu aku buat kesimpulan kena pulun sakan untuk UPSR tu dari beraya sakan...

harini suasana kat ofis agak lengang kerana ramai yang masih bercuti...staff aku semua cuti...jadi bila staff aku xder secara tidak langsung kerja aku pun takder la...makanya dapatla aku guna kesempatan ini untk BW dan juga untuk update blog....

Sunday, September 12, 2010

Kesian Budak Itu... ( kisah benar )

Pagi tadi semasa mesyuarat boss aku ada memaklumkan perihal seorang kanak-kanak berusia 8 tahun yang hidup sebatang kara...sejak kecil mak bapak tak berhati perut telah meninggal kan dia dan sehingga sekarang tak dapat dikesan...sejak itu kanak2 tersebut tinggal bersama-sama dengan neneknya...sebelum ramadhan baru2 ini nenek kanak-kanak tersebut telah meninggal...oleh kerana dia takada sedara mara...jiran kanak-kanak itu menumpangkan kanak2 itu dirumah beliau sebab kesian ketrana sekarang ni bulan puasa...namun demikian jiran itu hanya bersetuju untuk memelihara kanak2 itu pada bulan puasa saja...lepas raya kanak2 itu kena cari tempat tinggal lain...ini ada lah kerana jiran tersebut juga orang susah dan mempunyai anak ramai... Boss aku telah merujuk kes ini kepada pejabat kebajikan tetapi maklum balas yang dia dapat pihak jabatan tidak dapat mengambil kanak2 tersebut kerana dia bukan yatim piatu.... dalam kes ni aku bengang jugakla...dah sah2 mak bapak dia xdak tapi jabatan kebajikan x dapat tolong budak ni...memangla makpak dia masih hidup tapi xder sapa yang tau depa tu kat mana...entah2 dah mati ker kena baham dek buaya ker...
Jadi bos aku minta bantuan kot2 ada sesiapa yang boleh bagi cadangan dimana kanak-kanak ini boleh ditempatkan sekiranya tiada yang berminat untuk ambil dia sebagai anak angkat...Aku sangat terharu mengenangkan nasib kanak2 itu...walaupun hidup terbuang tapi disekolah dia berada di kelas yang cemerlang...
Semoga hidupnya akan berubah selepas ini....

Datuk Sosilawati dibunuh Kejam

Salam takziah aku ucapkan kepada keluarga arwah datuk sosilawati...berita yang mengejutkan ini aku ketahui ketika sedang menikmati sarapan pagi di pagi syawal yang ke-3...seperti biasa tengah bekfes uncle surat khabar datang hantar surat khabar...demi terpandang berita yang mengejutkan itu terus terbantut selera nak makan... sedih rasa...walaupun aku bukan sedara mara arwah dan bukan juga pengguna produk kecantikan NV tetapi aku tetap mengharapkan siasatan kes kehilangan kehilangan beliau akan berakhir dengan gembira... Berita kematian arwah beserta 3 yang lain sangat menyedihkan apatah lagi mereka telah dibunuh dengan kejam...
Kepada anak-anak beliau aku ucapkan takziah dan semoga tabah menghadapi ujian ini... marilah kita sama-sama mendoakan agar roh mereka ditempatkan dikalangan orang-ornag yang beriman....Al-Fatihah....

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Dari Yuka

Sempena 1 Syawal yang mulia ini yuka mengucapkan Selamat Hari Raya Ampun Dan Maaf Dipinta kepada semua rakan2 cyber yang sering berkunjung ke blog yuka dan sentiasa memberi sokongan kepada blog yuka yang tak seberapa ni...kepada yang sering meninggalkan komen terima kasih diucapkan...

Selamat Hari Raya...Hati2 Di jalan Raya...Pandu Dengan Cermat...Ingat Orang Yang Tersayang...

Wednesday, September 8, 2010

Terima kasih Nuffnang...

Semalam sesampai saja dirumah aku tengok ada surat untuk aku...bila buka tengok2 dapat cek HSBC dari nuffnang...aku sangat happy...hilang segala penat... tak sangka la cepat jugak aku dapat cek tu...namun demikian...walaupun cek tu dapat menjelang raya, aku tak bercadang nak guna duit tu untuk perbelanjaan raya...sebabnya masa aku cashout duit tu aku dah bercadang nak guna duit yang aku dapat tu untuk beli keperluan baby... jadi segala apa yang aku beli untuk baby nanti macam hadiah dari kawan2 blog la kan...terima kasih kepada semua yang telah menambahkan duit tabungan untuk beli barang2 baby tu....
kepada nuffnang tq very september much ....

Monday, September 6, 2010

Dia...Lelaki Melayu Terakhir

Terjawab sudah persoalan dan tiada lagi surprise meprise tentang baby dalam perut aku ni... lastweek masa aku beria-ia nak tau jantina dia, dia malu2 takmau tunjuk...tp bila aku nak bagi surprise takmau tau jantina dia ... selamba jer dia bg tengok...aku pun lupa nak pesan dengan doktor tu jangan bagitau jantina baby tu...tapi dah terlambat...tp ok gak bila dah tau ni kan..senang nak buat persiapan...boleh beli kaler biru2 bagai...dah boleh cari nama siap2...sebelum ni aku sangka nak dapat baby girl...so aku hanya mencari nama2 pompuan je la...mulai sekarang aku kena cari nama lelaki pulakla...tapi nama pompuan pun aku nak cari gak...manala tau kot2 berlaku keajaiban...ingatkan lelaki tetiba yang kuar tu pompuan...kan?kan?kan?

Sunday, September 5, 2010

Shopping Raya...

Hari Jumaat baru2 ni aku sekeluarga pergi beli kelengkapan hari raya...tapi belom setel sepenuhnya...untuk aku/hubby dan anak bujang yg besar tu dah siap semuanya...yang tak selesai lagi tu anak dara aku yang 2 orang tu dan jugak ebiboy...anak dara yg besar tu lain2 semua dah siap tapi baju kurung lom beli...anak dara yg kecik tu pulak lain2 semua dah beli tapi kasut pulak lom dapat...yang ebiboy tu lagi best...1 apa pun x beli lagi untuk dia...memang cukup susah nak beli baju atau kasut untuk dia ni...dia tak suka benda2 baru...dia nak pakai baju yang sedia ada kat rumah tu jer...kasut pun sama gak...memang susah nak bagi dia try kasut kat kedai tu...kasut yg kita pilih semua dia kata buruk...baju pun macam tu...semua dia kata buruk...kalau nak bagi dia pakai baju baru kena beli yang ada gambar kereta atau motor kat depan tu baru dia mau pakai....susah betoi bila kecik2 dah cerewet...
Sebut bab beli baju ni...baru aku perasan yang anak2 aku dah besar2...kalau tahun2 sebelum ni aku boleh beli baju kiko, gotcha, poney kat anak lelaki aku tu...tahun ni dia dah takmau...malu dah nak pakai baju brand2 mcm tu...walaupun ada size untuk umor 14... jadinya kenala beli baju brand orang2 dewasa...john master , edwin semua tu...anak dara yang besar pun sama gak...dah takmau baju kikilala/ power puff girl bagai... dia nak beli baju dan kasut di bahagian orang dewasa... sekarang baru aku tahu yang anak aku dah besar2...dan baru aku tahu yang aku ni dah semakin veteran...huhuhu...

Thursday, September 2, 2010

Lelaki ke Perempuan?

Sekarang aku dah mengandung selama 27 minggu...segala alahan semua dah xder...cuma selera makan masih kurang... bila perut dah makin besar ni kan orang selalu tanya baby aku ni lelaki ke pompuan... sampai sekarang aku sendiri taktau jantina anak aku ni...mula2 dulu ada gak rasa nak biar jer sampai baby keluar baru saspen sikit....tapi bila orang asyik tanya aku pun jadi teringin nak tau...lastweek aku pi scan...anggota lain semua nampak jelas..mata,hidung,mulut,tangan...aku tunggu jer bila doktor tu nak bgtau jantina anak aku tu...dah lama sgt asyik2 dok tunjuk benda yang sama aku pun tanya la kat doktor tu...rupa2nya memang doktor tu dari awal cuba nak nak tengok anu baby aku tu tapi x nampak.... jadinya sekarang aku masih berteka-teki la...tapi dari segi rupa nampak macam pompuan....
kalau dapat pompuan barula girl power jd 3-2 la...sekarang ni tengah seri 2 boys 2 girls...
Sebenarnya walauapapun jantina aku tak kisah sangat..yang penting semuanya sihat dan selamat....

Tuesday, August 31, 2010

Selamat hari Merdeka @ Hari Kebangsaan

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-53 kepada semua rakyat Malaysia...marilah kita sama-sama menghayati erti kemerdekaan....