Get ready semua. malam ni tido awal. sebab esok nak serbu mcdonalds... jangan taktau esok
(18 mac 2013) mcd nak bagi egg mcmuffin free sempena world breakfast day. seperti biasa hanya seribu orang yang pertama jer dapat free bermula dari jam 7.00 pagi hingga 10.00 pagi yang mana dulu la kan... rasanya kol 9 dah habis kot 1000 biji mcmuffin tu....
Sunday, March 17, 2013
sticky traditional hand-made yummy
Korang penah makan tak sticky ni? sticky ni sejenis gula-gula yang dibuat secara tradisional menggunakan tangan. candy yang masih lembut di uli dengan tangan. nak buat corak dalam sticky tu pun guna tangan sehinggalah ke peringkat memotong sticky tu. sebab tu la sticky tu ada yang panjang ada yang pendek size dia.
Uniknya gula-gula sticky ni kat dalam dia tu ada corak/gambar. ada gambar buah-buahan, kereta, tulisan sticky dan macam-macam lagi. gula-gula sticky ni sangat kiut okay! nak makan pun sayang. pastu rasa dia pun sangat la sedap. sesetengah gula-gula tu warna jer berlain tapi rasa sama. tapi sticky ni tak macam tu. ada rasa lemon, kiwi, grape, mint pun ada kot.
Monday, March 11, 2013
MAPPA 2013: Berita Baik yang di tunggu-tunggu oleh Penjawat Awam
Kuciwa akak dikkk... haritu diorang kata PM akan umumkan berita baik untuk 1.4 juta penjawat awam pada 11.3.2013 . Biasanya berita baik ni berkaitan dengan gaji dan elaun la kan...
Tunggu punya tunggu punya tunggu...yang mendapat berita gembira hanyalah anggota PDRM dan ATM sahaja...
Untuk penjawat awam lain x nampak la pulak. mungkin belum upload ataupun memang xdak...kita tunggu je la kan....
dari pada pengumuman tersebut anggota ATM dan PDRM akan dapat manfaat seperti berikut:
Pangkat anggota ATM, PDRM disetara dengan perkhidmatan awam lain
Berkuat kuasa 1 Januari 2013, kerajaan setuju pangkat anggota di Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disetarakan dengan gred perkhidmatan awam lain
Gaji, jawatan koperal ATM dan PDRM setara dengan Gred 22
Datuk Seri Najib berkata, melalui penyelelarasan gred itu, gred jawatan dan gaji koperal dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan Gred 22 perkhidmatan awam
Gaji sarjan ATM dan PDRM disetarakan dengan Gred 22 JPA
Gred jawatan dan gaji sarjan dalam ATM dan PDRM yang kini dalam Gred 17, disetarakan dengan Gred 22 perkhidmatan awam
Gred 41 mejar dalam ATM, superintendan PDRM dinaikkan ke Gred 46A
Gred jawatan dan gaji mejar dalam ATM dan timbalan superintendan PDRM dalam Gred 41, disetarakan dengan gred 46A dalam perkhidmatan awam
Kapten ATM dan Superintendan PDRM disetarakan dengan Gred 44
Jawatan Kapten ATM dan Superintendan PDRM dalam Gred 41 kini disetarakan dengan Gred 44 perkhidmatan awam
Kakitangan awam kontrak disambung setahun lagi
Kakitangan awam yang kontraknya tamat pada 31 Disember 2013 akan disambung selama setahun lagi
Kolonel, ACP disetara dengan Gred 52 perkhidmatan awam
Gred jawatan dan gaji kolonel ATM dan Asisten Komisioner (ACP) polis yang kini dalam Gred 48, disetarakan dengan Gred 52 perkhidmatan awam
sumber dipetik dari http://www.enciknakal.com ..terima kasih encik nakal
Subscribe to:
Posts (Atom)


