Wednesday, April 29, 2009

e-filling - part 2

Korang dah buat ker. Tinggal harini dan esok jer lagi nak buat efilling nih.... Aku dah buat...baru jer buat pagi ni...kalau nak diikutkan dari petang semalam aku dah buat mender ni tp asyik tak menjadi jer. mula2 tu... sistem tu slow giler...lambat...lembap macam siput 'toot'...sampai hilang kesabaran aku nih...padan muker aku jugak kan sebab takmo buat awal2...pastu kol 5.30 lebih aku try buat lagi...masa ni dah okey sikit...laju dah sistem tu... aku pun mula la menginput data2 yang perlu... mula2 masukkan maklumat gaji...pastu maklumat untuk melepaskan diri dari cukai...untuk pelepasan anak2, aku dengan baik hatinya telah membahagi kan anak2 itu dengan sama rata 2 utk aku 2 utk hubby... pastu cari lg pelepasan lain...beli peralatan sukan pun aku isi gak...sebab haritu aku ada beli treadmill yang takasima tu...kira alat sukan la jugak kan...ahaks.. Pastu aku tengok ada lak pelepasan untuk sumbangan dan hadiah... yang ni aku tak berani la nak isi kan...sebab takder la aku sumbang apa-apa pun... hadiah tu takat hadiah besday anak2 tu ada la... takkan nak tolak kat sini jugak kan... tu pun besday ebiboy aku tak bagi hadiah pun tahun lepas.... bukan saja2 taknak bagi tapi dah dia tak mintak...hehehe... kejam kan aku nih? untuk tahun ni pulak aku masih berhutang hadiah dengan anak2 aku yg 2 org tu.. besday dah lepas tp hadiah lom kasi...tak mampu dah nak bagi hadiah ni... kalau LHDN tau sure depa tak sanggup nak mintak duit cukai dari aku ni...sebab kesian...ahaks.
Oklah berbalik citer efilling td tu lepas dah isi segala maklumat last2 aku kene bayar tax ...so untuk yg pertama tu aku tak jadi submit...nak ejas balik kot2 lepas tu aku tak kene bayar...selamat duit aku...leh shopping sakan kat phuket nanti...untuk taksiran kali ke 2 aku ambik lagi sorang hak pelepasan anak tu...tinggal 1 jer kat hubby... tapi last2 masih kene bayar tax... tak boleh jadi ni... aku ejas lagi... yg ke-3 ni semua anak2 aku ambik kat aku...hahaha ( terukkan aku ni)...tapi yang tak best tu bila submit mender tu tetap jugak kene bayar incometax... adehh... tapi takper la sebagai warga yang bertanggungjawab kene la bayar kan.... duit tu pun untuk kegunaan rakyat jelata jugak kan...
Semalam masa tgh drive aku terdengar la tazkirah dari prof.izi yang dekat hot fm tu... dia kata salah satu ciri org yang hebat ialah orang tu kalau berhutang dia akan bayar, satu lagi ialah orang yang menunaikan tanggungjawab terhadap negara...contohnya bayar cukai... so sekarang aku dah jadi orang yang hebat...anda semua taknak ker jadi orang yang hebat? kalau nak jadi orang hebat macam aku cepat2 la buat efilling dan pastu terus bayar...renung2kan dan selamat beramal...(kene baca ayat yg last tu macam profesor izi tu)

Tuesday, April 28, 2009

Taekwando

Pada hari satu lepas ebigurl aku tu ada pertandingan takwando. dia mula blaja tahun lepas dan sekarang baru ada yellow belt. jadi pagi2 sabtu aku dah hantar dia ke sekolah....ekcelly aku bukan tau sangat pun agenda pertandingan tu cemana... ingatkan among plajar sekolah dia jer...rupa2nya ia melibatkan ahli2 taekwando sekitar SP ni...Walaupun dia pegi tu pagi tp giliran dia sebelah petang ...jadi lebih kurang pukul 2.30 ptg aku berserta kakak aku dan anak2 kami pun pergila kesekolah anak aku tu utk bg moral support... best jugak la tengok budak2 ni lawan walaupun aku tak paham pun cemana diorang bg markah... bila pengacara tu umumkan nombor giliran anak aku tu kami sumer dah bedebar lak rasa...pastu dalam masa yang sama tak sabar la pulak nak tengok anak aku tu berlawan...tak dapat aku bayangkan bagaimana anak aku yang manja dan lemah gemalai tu nak lawan dengan orang... kemudian aku dengar pengacara menyebut marsya bt m.fazli dan nor dalini ishar... kami semua sangat excited dalam debaran... aku tengok anak aku dah ready di tepi gelanggang...pastu siap angkat tangan buat simbol peace kat kitorang ni... tapi budak yang lawan dengan dia tu tak nampak rupa pun lagi... setelah tercari-cari akhirnya kami nampak budak tu sedang muntah2 di tepi longkang...ahaks..agaknya terlalu takut dengan anak aku yang konfiden giler tu.... aku tengok si ibu dan coachnya masih beria-ia memujuk budak tu meneruskan perlawanan...di pendekkan cerita perlawanan tidak diteruskan dan anak aku menang tanpa bertanding...kecewa la kami semua sebab tak dapat lihat anak aku tu beraksi...tak lama lepas tu anak aku datang kat tempat kami dia bgtao yang dia kene lawan lg sebab yg td tu semi final...oleh kerana telah menang tanpa bertanding dia dpt masuk final....aku pun tak tau masa biler dia lawan suku akhir tetiba jer lawan semi final yang tak jadi td tu... tp gasak diorang la kan .....
oleh kerana dia dpt masuk final maka dapat la kami lihat dia beraksi....idakla berputih mata kan.....



Aksi anak aku sebelum perlawanan final bermula



Ini pulak video dia tengah lawan... ok la jugak aku tengok...tp dia tewas dan hanya mendapat pingat perak...jadi la kan untuk permulaan.....

Friday, April 24, 2009

Entry Recycle...

Pagi2 jumaat ni tak banyak keje yang nak dibuat... aku baru je lepas basuh bilik air aku tu... dah berkilat-kilat dah lantai cermin sumer... pastu aku teringat nak bukak blog lama aku then ternampak la 1 entry ni... so aku nak publishd kat sini la pulak... kalau ada yang pernah baca enry ni di blog lama aku tu... sila abaikan entry ini...

Lokasi : Atas sofa depan tv

Suatu malam sedang aku membaca newspaper depan TV anak aku yang no 3 datang.
Dia tanya aku: "mummy, 'saya' dalam bahasa Inggeris apa?"
" I " jawab aku sambil meneruskan bacaan"

'kalau 'kata' ?" tanya anak ku lagi
" Say " jawabku
" kalau Ikan paus?"
"whale" aku terus menjawab
"hahahhahahehehhehe " tetiba aku dengar dia ketawa sakan
"kenapa ni" tanyaku heran
" tadi mummy kata i say whale, jadi mummy SEWEL la. hehehhehe"

CISS..CISS..CISSSSSSSS