Thursday, September 12, 2013

perkataan kot

Setelah sekian lama tak buat entry baru hari ini aku nak buat ulasan tentang perkataan 'kot'. Perkataan ini telah lama digunakan di negeri2 sebelah utara tanah air terutamanya negeri Kedah dan Pulau Pinang. Perkataan kot ini digunakan untuk menyatakan atau menjawab sesuatu yang tidak pasti.
 Contoh :

 soalan - hang nak pi dak kenduri rumah pak leman
              jawab-  nak pi kot - macam tak sure lagi nak pi ke tak tapi lebih kepada nak pi la kan

Setelah masa berlalu musim berganti aku tengok perkataan ini telah mula digunakan dinegeri lain . Tapi maksud kot ni dah lain. kot di negeri lain dah jadi masam perkataan pengesah.

contoh:

dalam 1 drama tu aku tengok si ibu melarang anaknya keluar hingga lewat malam . kemudian si anak menjawab. takkan tak boleh keluar malam-malam saya dah 19 tahun kot.

Itu je la yang aku nak kupas harini. apa komen korang?

1 comment: