Akhirnya aku dah tau sapa yang akan bertanding ditempat aku bakal membuang undi nanti....sebelum ni ada la dengar papagomo nak bertanding kat situ atas tiket bebas. pastu dengar pulak cerita anwar ibrahim nak bertanding di perak....tapi berita terkini yang aku dengar khabarnya anwar kekal di permatang pauh...
Calon BN yang akan menentang anwar ibrahim ni namanya dr.mazlan. aku tak kenal pun dia ni sapa. katanya anak tempatan. berasal dari kg simpang tiga ( tak jauh la dengan kg aku)..pastu katanya dia ni ada phd...dan dulunya dia ni orang kuat pas..
maklumat yang aku dapat berkaitan dr.mazlan dari blog drMiM
'Yang menariknya ialah Dr Mazlan Ismail merupakan bekas Naib Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang dan juga bekas Pengarah jentera pilihanraya PAS negeri pada tahun 1998 dan 2004. Beliau dikenali di dalam parti PAS sebagai seorang pemimpin yang kuat bekerja dan seorang pemimpin yang bersih.
Selama 20 tahun Mazlan Ismail menjadi ahli dan di dalam kepimpinan PAS Pulau Pinang tetapi selepas itu keluar daripada parti PAS pada tahun 2004. Apabila ditanya sebabnya, Mazlan Ismail mendedahkan bahawa beliau sudah tidak percaya dengan perkahwinan PAS dengan parti-parti lain terutamanya parti DAP'.
ermm macam tu lah politik..org bn kuar bn masuk pas..org pas kuar pas masuk bn dan macam2 lagilah...
Dulu-dulu time nak mengundi aku tak pernah pun ambik tau sapa calon kat situ.sekarang ni kena tengok betul-betul la kan...jangan tersalah pilih...
mode: x sabaq nak balik mengundi
No comments:
Post a Comment