Wednesday, November 12, 2008

satu keputusan

esok 13 November 2008 keputusan upsr akan diumumkan. Seperti ibu2 yang lain aku rasa berdebar jugakla walaupun aku tak meletakkan harapan yang tinggi. Apapun keputusan tetap diterima dengan hati yang terbuka. Nak buat cemana lagikan. Ramai yang kata kebanyakkan anak lelaki mmg macam tu. Masa awal2 ni tak cemerlang bila di sekolah menengah baru nak menonjol. mengikut sejarah keluarga aku pun memang macam tu. contohnya macam abang aku masa peperiksaan penilaian darjah 5 dapat 1 A jer tp result srp dan spm cemerlang. dapat belajar kat US. yang aku ni pulak periksa penilaian dapat 5A tapi takder la masuk U pun. Takat ITM jer. Aku ingat lagi masa aku darjah 5 sehari sebelum keputusan periksa diumumkan aku di panggil ke bilik guru besar. masa tu waktu persekolahan hampir tamat. GB tu kata hari itu dia nak hantar aku balik. Basikal aku pun di suruh kawan aku yang tolong bawa balik. Gb tu kata nanti dia nak cium pipi aku sampai merah depan mak ayah aku. masa tu aku punya la takut. tapi tak berani nak kata apa2. setau aku GB tu baik dan dia kenal arwah mak aku ( mak aku ajk PIBG takkan dia nak buat benda pelek2 kot. Sepanjang perjalanan tu aku memang takut dan berdebar-debar. rumah aku tu pun rasa jauh sangat. Hati aku rasa lega yang teramat bila dah sampai rumah. Sebaik sahaja masuk ke dalam rumah Gb tu pun menceritakan hal yang sebenar kepada parents aku. Dia kata hanya aku seorang yang dapat 5A. sebab itu dia nak hantar aku balik rumah sebab nak menyampaikan sendiri berita gembira itu kpd parents aku. katanya cikgu2 lain pun dia belom bagitahu kerana katanya parents aku lebih berhak tahu terlebih dahulu. Baik sungguh GB aku tu.
Keesokannya sewaktu perhimpunan GB mengumumkan keputusan peperiksaan. Biasalakan dia akan mulakan yang dapat A sikit dulu baru yg 5A. oleh kerana aku dah tau keputusan awal sehari jadi tak la rasa suspen. Sekarang ni aku tengah suspen tunggu result anak aku tu. Selain anak aku, 3 anak sedara aku jugak mengambil peperiksaan upsr. salah seorang darinya aku yakin akan dapat 5A.

No comments: