Monday, November 19, 2012

Promosi Pengenalan.... Kain cotton

Haiii...apa khabar semua pengunjung blog yuka? harap2 semua sihat hendaknya...dah lama yuka tak berinteraksi dengan rakan2 blogger..bukan tak rindu tapi keadaan tidak mengizinkan...Yuka agak bz sejak 2 menjak ni pastu ditambah pulak pc yuka yang nyawa2 ikan membuatkan minat nak blogging i merudum...

Tapi kan diam2 yuka bukan la xdak apa2 yang berlaku..sebenarnya sejak kurang aktiviti blogging yuka dapat ilham untuk berniaga online...setelah puas fikir produk apa yang yuka nak jual akhirnya yuka memilih untuk menjual kain ( kak kain kak...kak tebu kak...penah dgr dak tekateki dulu2 ni? hhehehhe)

Kat bawah ni ada beberapa helai kain untuk dijual..kalau ada yang berminat boleh tanya kt chatbox

PURE ENGLISH COTTON

KOD : PEC01 RM50.00 ( free delivery)


KOD : PEC02 RM50.00 ( free delivery)



KOD : PEC03 RM50.00 ( free delivery)
                                                                     (SOLD)
                                                        


JAPANESE COTTON

KOD : JC01 RM58.00 ( free delivery





KOD : JC02 RM58.00 ( free delivery)

Selamat membeli ya.  

Sunday, October 21, 2012

Jadual Cuti Penggal Persekolahan Tahun 2013

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia...setelah sekian lama  tak update blog harini yuka nak kongsi 1 maklumat yang sangat berguna terutamanya kepada mereka-mereka yang kerap bercuti dengan penerbangan airasia...wah macam gempak je kan? Maklumat yang yuka maksudkan ialah jadual cuti penggal persekolahan untuk tahun depan...maklumat ini sangat berguna untuk orang2 macam yuka ni  yakni orang yang suka melancong tapi bajet ciput so trepaksa la terbang dengan airasia - everyone kan fly maa... Biasala kalau nak dapat harga murah kena booking 2-3-4-5 bulan awal... macam sekarang ni kena dah booking untuk tahun depan...kalau anak belum sekolah xla jadi masalah sangat..kalau ada anak yang dah sekolah terpaksala ponteng sekolah... kalau xdak exam time tu xpa la jugak kan....kalau ada exam cemana?  hujah tersebut jelas menunjukkan jadual persekolahan yang yuka kongsi di entry ini sangat berguna tuan2 dan puan sekelian.

Namun demikian yuka tempel kat sini jadual persekolahan untuk negeri kedah, kelantan dan trengganu sahaja... pembaca blog yuka dari negeri selain 3 negeri tersebut jangan la kecik hati dan gundah gulana sebab negeri2 lain pun boleh jugak rujuk jadual ni cuma lewatkan 1 hari je... yuka tak bermaksud nak menganaktirikan negerei2 lain tapi pc yuka ni sangatla bermasalah... nak download satu2 benda tu makan tahun...sampai jenuh nak tunggu...jadi yuka harap 1 tu pun xper la deh..

Jadual Cuti Tahun Depan:

Cuti Pertengahan Penggal 1  :  22.03.2012 hingga 30.03.2012  ( 9 hari)
Cuti Pertengahan Tahun       :  24.05.2012  hingga 08.06.2012  ( 16 hari)
Cuti Pertengahan Penggal 2  :  06.08.2012 hingga 17.08.2012  ( 12 hari)
Cuti Akhir Tahun                 :  15.11.2012 hingga  31.12.2012  (47 hari)

Yuka harap jadual diatas dapat membantu tuan2 dan puan2 semua membuat perancangan cuti atau nak kenduri kawen untuk tahun depan....

Monday, October 8, 2012

Rindunya nak tulis kat blog

Berkurun lama yuka x update blog ni...