Thursday, July 28, 2011

28 Julai 2011

Hari ini si putih gebuku telah di bawa lari...........

p/s : happy birthday cikmin...yang ke 27 kan?

Wednesday, July 27, 2011

Friday, July 22, 2011

Anak aku vs Mat Bangla

3-4 hari lepas ketika sampai dirumah setelah balik dari ofis, aku ternampak bibik aku sedang berdiri ditepi pagar (lebih kurang 40 meter dari rumah aku terdapat sekolah menengah) sambil mendukung baby sebab di sebelah sana pagar sedang berlangsung acara sukan tahunan bagi sekolah tersebut. Ditepi bibik aku tu ada ebiboy yang turut menyaksikan acara sukan berkenaan. Disitu juga aku lihat ada 3-4 orang lelaki yang menonton acara sukan sambil bercakap-cakap dengan bibik tu. Melihatkan panorama sedemikian geram la jugak aku ni dengan bibik tu. dah tau ramai mat bangla kat situ yang dia pun menyibuk kat situ apa kejadahnya kan. Aku pun melambai bibik tu bagi isyarat suruh balik. kemudian bibik tu pun balik la bersama baby firas dan ebiboy. sesampai jer kt rumah aku pun kata la kat bibik tu " bibik ni dah ramai bangla kat situ yang dok pi situ jugak kenapa" teiba kan u all nak tau bibik tu jawab macam ni " lah ibu ni mat bangla apanya...yang tu anak ibu la si daniel dengan kawan2 dia"....alamak...anak haku rupanya...hehehhe

Wednesday, July 20, 2011

Wordless Wednesday: Blackberry PlayBook

                                             

Tuesday, July 12, 2011

Big Thank You!

Jualan Murah Airasia kembali lagi....cepat la beli tiket  sementara stok masih ada.....

Wednesday, July 6, 2011

Wordless Wednesday....

Tuesday, July 5, 2011

Beli 5 Percuma 1!

Bila tengok tajuk di atas apa yang korang faham? Mengikut fahaman aku la kan...bila dikatakan beli 5 percuma 1, maknanya kita hanya membayar untuk 5 barangan sedangkan kita mendapat 6 benda yang sama. Contohnya kalau kita beli megi...kadang2 kat pek tu dia tulis beli 5 percuma 1. So dalam pek tu ada  6 bungkusan megi. Bagi aku ianya berbeza dengan ungkapan beli 5 dapat hadiah percuma.  Korang sependapat tak dengan aku? Kenapa aku buat entry ni? Sebenarnya macam ni...hari selasa lepas aku pegi giant bersama 3 orang anak aku dan jugak bibik. Pastu masa kat situ ebiboy nak eskrim jadi aku pun nak beli la eskrim tu untuk kami semua kecuali baby firas la sebab dia lom boleh makan eskrim secara sah. Makan curi2 suap tu ada la...Aku pun ambik la 4 eskrim untuk kami ber4 pastu salesgirl yang jaga tong eskrim tu kata kak kalau beli 5 dapat free 1. pada mulanya aku dok fikir2 gak nak ambik 4 ke 5 sebab kami cuma ber4. Pastu bila fikir2 balik ok gak kalau beli  5 nanti dapat free1 dah jadi 6 semuanya. cukup la untuk 2 org lagi anak aku yang tak datang tu. Aku pun ambik la 6 eskrim tapi nak bayar untuk 5 je la...tetiba budak tu kata kak kena bayar untuk 6 sebab yang free  eskrim lain . pastu dia pun tunjukla eskrim yang depa nak bagi free tu ( eskrim yang koman dari aku beli tu) hangin betoi aku masa tu...lain kali cakap la kalau betul2 ni saja jer macam nak mengena orang...dalam hangin2 tu sempat jugakla aku 'mengajar' budak tu bahasa melayu mengenai penggunaan ayat yang betul dengan percuma.
Aku nak tanya pendapat korang betul tak kefahaman aku dalam hal ini? bukan apa kalau aku yang salah faham naya jer budak tu kena dengan aku haritu..huhuhu